Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Saturday, January 01, 2011

Azam duniawi - Selamat datang 2011

Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011.

Setiap kali tahun baru pasti akan ada azam duniawi yang akan kita lafazkan. Saya nak kahwin, nak sambung belajar, nak travel sini sana, nak kurus, nak itu.. nak ini.. semuanya kita nak. Apa-apa pun, azam kita selayaknya berdasarkan kemampuan kita. Jika tidak berkemampuan, azam akan hanya jadi angan-angan. Namun tidak semua angan-angan tidak menjadi kenyataan. Jika doa anda dimakbulkan, insyaAllah. Allah itu Maha Kuasa, yang penting kita kena YAKIN dan berusaha.

Masih ingatkah kita akan azam kita tahun2 yang telah berlalu? Sudahkah azam kita itu digapai dan dicapai? Capaian dengan kejayaan penuh kecemerlangan ke? Jika ada azam-azam kita yang telah dicapai tu.. maka patutlah kita bersyukur, kerana bukan semua orang dapat yang diimpikan walaupun mereka telah berusaha semampu dan sedaya mereka.

Bagaimanakah kita mencapainya?
Dengan cara yang mudahkah? Ataupun dengan susah payah? Atau macam hujan turun dari langit? Atau dengan secara terpijak? Kalau ada yang dapat dengan mudah, bersyukurlah. Kepada yang banyak susah daripada mudah, bersyukur juga, kerana anda sedang diuji oleh-Nya.

Saya pernah berangan-angan untuk membeli sebuah rumah.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hehehe.. mahal tak? Banglow tu..




Azam duniawi tahun baru
1. Nak beli aquarium, nak bela ikan gapi. (ingat senang ke nak carik duit nak beli aquarium time skrang ni)
2. Nak beli lego tiruan rega rm69.00 kat Jusco tu. (suke susun2 lego, tapi kena kumpul duit juga nak beli ni)
3. Nak turunkan berat badan kepada 48kg dalam masa 6 bulan (kena ada milestone, cara yang betul, kena beli penimbang yer)
4. Nak beli kamera Lumix LX5 (ini lagi le kena usaha lebey, mahal ooo...)
5. Nak lulus first entry untuk join ShutterStock (dah dua kali anto, hanya 2 gambar je diterima daripada 20 gambar... susah oooooo)
6. Nak start belajar menyimpan. kena dapatkan nasihat pakar iaitu Cik Peah
7. Uish.. banyak rupenyer azam duniawi  tuan punya blog ni.
7. Biar list tu dekat wall private tuan blog dulu le. Menyampah kang korang baca. pasai banyak sangat.

7 comments:

  1. Happy New Year Emy... Semoga 2011 baik2 aja untuk kita...

    ReplyDelete
  2. Nak bela ikan gapi? Hui. Rajinnya dia.

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru.. Takpe biar ada azam.. tak kira baru ke lama.. janji ada matlamat yang nak dicapaikan.. mahal sungguh rumah lego tuh.. kalau p ambik gbr rumah betul jek.. print buat frame besar2 pun ok kan hehehe ;)

    ReplyDelete
  4. betul tue ..belajar menyimpan cik peah memang handal...nie pun ngah ambil ilmu perlahan...

    ReplyDelete
  5. Jake Daughter
    Amin.. semoga semoga tahun mendatang hidup kita lebey dirahmati Allah..

    a.d.a.m
    ikan gapi paling senang nk jaga actually.. lagi pun.. bleh tenang tengok ikan kecik2 ni.. :)

    iina
    betul2.. setiap masa mesti ada matlamat.. print gambau pastu frame besaq2 pun matlamat jugak kan.. hmm akan difikirkan..

    ein auzai'y
    ambil jangan tak ambil.. sementara masih free khidmat consultant cikpeah tu.. hehehehe...

    ReplyDelete
  6. saya nak beli 2 lot bunglow tu.. 4 kali bayar.. ;)

    heppy new year kak.. yeah.. semangat nih.. mari kita realisasikan azam.... :)

    ReplyDelete
  7. hahaha...lerr..korang tatau ke..tahun Cik Peah ada consultation fees..

    Azam baru..kata Cik Peah...

    New Entry: Water Chalet, Avillion, Port Dickson

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...