Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Showing posts with label pemandangan. Show all posts
Showing posts with label pemandangan. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Luar tingkap kapal terbang

Pemandangan daripada atas kapal terbang selalunya cantik, boleh tengok awan dekat-dekat boleh jenguk bumi dari jauh. Hilang rasa gayat bila tengok pemandangan cantik ciptaan Allah. (-_-)y

Pemandangan daripada atas kapal terbang sekitar Pulau Langkawi 

Ramai orang suka ambil gambar awan yang berkepul-kepul memutih di angkasa.

Nota:
1. Mata kuyu
2. Tidur lewat semalam, sibuk edit gambar-gambar melancong zaman dulu
3. Sungguh tak boleh stop bila dah start sorting-sorting gambar
4. Rajin juga bungaOren melancong @ jalan-jalan dulu
5. Tiba-tiba rajin nak buat entry kisah bungaOren jalan-jalan
6. Semoga saya dan anda semua diberikan kesabaran yang tinggi.
7. (-_-)y wordless wednesday tak macamam wordless..

Tuesday, January 17, 2012

Rombongan ke Langkawi

Teringat semasa dahulu, rombongan pekerja pejabat ke Langkawi. Perjalanan bermula dengan menaiki kapal terbang ke Langkawi daripada KLIA ke Lapangan Terbang Langkawi. Kami menginap di Hotel Langkasuka selama percutian selama 4 hari 3 malam di sana. Banyak tempat menarik yang dikunjungi dan diterjahi seperti Langkawi Cable Car, Marina Bay, Pantai Chenang, Langkawi Underwater World, Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah, Eagle Feeding dan tempat wajib pergi iaitu Dataran Lang. (Sungguh skema ayat2 itu)

Perlukah mengambil gambar signboard Langkawi Pulau Bebas cukai apabila tiba di Lapangan Terbang Langkawi? 

Subhanallah! Pemandangan matahari terbenam di Dataran Lang.  

Monumen burung helang yang dibina sebagai mercu tanda di Dataran Lang

Nota:
1. Kawan-kawan datang dan pegi
2. Harap masa saya juga akan tiba
3. Maka keluarkan gambar-gambar daripada cakera keras bergerak.
4. Gambar-gambar sebagai kenang-kenangan yang mengembirakan
5. Harap persahabatan kekal selamanya
6. Ada orang sebelah saya kata Langkawi dah canggih sekarang ni..
7. Yer la.. nanti saya pegi la semula lawat Langkawi..

Tuesday, January 10, 2012

Kandang kuda

Last-last-last month ago (dibaca sebagai pada masa dahulu), bungaOren meneman kawan menguruskan urusan pengajian beliau. Kemudian kawan bungaOren mengajak bungaOren terjah kandang kuda. Dia kata pemandangan kat situ cantik. Dia rasa bungaOren tentu suka ambil gambar kat situ. 

Alkisahnya, kawan bungaOren yang sorang ni selalu pergi situ bersama famili dia. Cuma ada beberapa kawasan yang dia nampak dari jauh dan teringin nak terjah.Tapi dia tak boleh nak terjah bersama famili dia. Maka dia ajak bungaOren subahat untuk terjah bersama dia. ngehngehngeh.. Maka bungaOren pun setuju.  

Dan pada hari itu kami berdua pun menerjah ke kandang kuda yang mempunyai pemandangan yang sungguh cantik itu.

 Tilt-shift kuda - 'Kuda atanya korang dapat permission tak? Snap gambar kami nih?

Gambar asal kuda - Kami cakap dalam hati - 'Kena minta kebenaran ke?' 

Tilt-shift kuda yang sedang melihat kami - Kuda-kuda itu memandang kami dengan kehairanan. 

Gambar asal kuda yang melihat kami itu 

Tilt-shift kuda terpisah dek pagar - rupanya kuda-kuda ini dipisahkan dengan pagar - mungkin bagi mengelakkan sumbang mahram. 

Gambar asal kuda-kuda yang dipisahkan dengan pagar

Nota:
1. Masih kemaruk meng' tilt-shift 'kan gambar-gambar pemandangan
2. Baru beberapa folder gambar yang bungaOren terjah
3. Harap pemerhati dan pembaca dan kawan-kawan semua bersabar dan bergembira.
4. Agak-agak korang tau ke kat mana kandang kuda nih?
5. Rasanya ramai yang tau kan! hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...