Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Wednesday, December 15, 2010

Resepi : Sayur petola masak air


Bahan-bahan

1 biji petola (buang kulit dan potong bulat)
Suun (direndam)
Fish cake (ganti telur : egg in the house is out of stock)
Bawang putih  (dihiris halus)
Bawang merah (dihiris halus)
Cili kering (dihiris halus)
Air
Minyak (guna olive oil jika anda seorang pendiet)
Garam (secukup rasa)


Cara-cara

1. Panaskan sesudu minyak dan tumis bahan yang dihiris (bawang putih; bawang merah; cili kering).
2. Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan air secukupnya.
3. Setelah air mendidih, masukkan petola yang telah dipotong bulat.
4. Masukkan suun.
5. Pecahkan telur dan kacau. Atau masukkan fishcake dan biarkan seketika.
6. Masukan garam secukup rasa.
7. Hidangkan




Menu sayur petola masak air dimakan bersama ikan rebus ini ditujukan kepada iera yang sedang mengamalkan diet atkins @ protien. Agak susah tekak ini menerima masuk resepi sesimple ini (i mean ikan rebus). Walaubagaimanapun saya mengucapkan selamat berjaya kepada beliau yang telah turun banyak kg. Tahniah!!

Nota:
1. Ini adalah percubaan saya untuk memasukan resepi didalam blog ini.
2. Maka resepinya adalah resepi yang mudah-mudah dahulu dan telah saya cuba.
3. Resepi yang bakal dipaparkan tiada kuantiti item yang digunakan kerana ia adalah versi resepi dapur tercampak. (campak2 bahan masuk dalam kuali dan ikut mood pencampak)
4.Jika ada kuantiti disertakan makna resepi itu saya ikut buku atau arahan dari chef2 saya.
5. Gambar makanan yang tiada resepi adalah 80% daripada air tangan orang lain dan bukanya saya.
6. Harap maklum.
7. Sebelum terlupa, hati2 semasa memilih petola. Jangan pilih petola yang telah tua.
8. Macam mana nak pilih petola saya tak pasti. Saya tak habis berguru lagi.

22 comments:

  1. sangat mengujakan la kak bungaoren..lagi2 ngah berpose ni..tak tahan2..

    ReplyDelete
  2. thanks bungaoren..lagi bersemangat tuk turun kan berat lag walaupun suffer..hehehe

    ReplyDelete
  3. petola kalau dalam pics memang mengancam... tapi kalau makan... hee....

    ReplyDelete
  4. iera
    sabar ler skit.. kata diet..
    dan selamat berusaha :)

    ReplyDelete
  5. papabear
    hihihi.. kira berjaya ler saya kali ni nak nampakkan sayur petola ni sedap.. kan3x

    nanti nak try masak peria lak.. agak2 manis tak rasanya..

    ReplyDelete
  6. aisey.. sori la, tapi tak suka makan petola.. huhuhu... tapi gambar petola tak pe..

    ReplyDelete
  7. sungguh... saya jeles tgk gmbr2 awak. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  8. Emy,

    i like i like, memang suka masak/makan sayur petola macam ni, ratah semangkuk pun boleh.

    mm..selalu2 lah bagi resepi dapur tercampak, senang nak follow..hehe

    :-)

    ReplyDelete
  9. waaaaa...inilah salah satu favourite untuk masak kat rumah,makan ngan ikan kukus + sambal belacan!!memang terbaik!!:)

    ReplyDelete
  10. menyelerakan.. kalau makan dengan nasi putih + ikan goreng + kuah ikan singang, mesti best

    ReplyDelete
  11. nm02 & e.d.y
    jeles takper.. jangan bom blog saya udah.. heheheh

    anyway.. TQ for visiting.. :)

    ReplyDelete
  12. cheqna
    resepi tercampak yang saya campak ni.. tak banyak actually.. tapi boleh ler skit2 nak share..

    ReplyDelete
  13. atoyis
    diet atkins tu.. diet protien.. maknanya dalam seminggu atau 2 minggu pertama tak bleh makan makanan yang mengandungi karbohidrat cthnya nasi, roti, dll.

    selepas tempoh pantang tu.. baru boleh makan tapi sikit2.. sampai dapat berat badan ideal.

    refer kat blog ni utk lebey lanjut
    http://ierasyahirastory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. mashimaro
    sambal belacan ek.. memang terbaik ler idea tu..

    mata hati
    sayur petola ni makan ngan ikan goreng ngan kuah singgah ek.. sedap juga tu..

    sepatu hijau
    sedap sebab fresh.. dan saya sudah lapar kembali..

    ReplyDelete
  15. boleh sy tau jenis font awk?

    ReplyDelete
  16. Jng di pandang simple mskan ini...lihat khasiatnya dgn hasilnya yg jga bdn....mencegah lebi baik dr mrwt..slmt beramak smua renung2kan huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...