31January 2009, adalah trip ke Singapura, negara yang pernah dilanggar atau diserang sang todak dan akhirnya berjaya diselamatkan oleh seorang kanak-kanak pintar. Trip ini melibatkan seramai 4 orang iaitu lin, ita, fidah dan saya.
Perjalanan awal pagi daripada LCCT menaiki AirAsia ke Lapangan Terbang Changi. Setibanya di Singapura kami terus menuju ke hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Royal Plaza on Scott. Hotel bertaraf 5 bintang ini terletak ditengah-tengah bandar berhampiran dengan Orchard Road Singapore Mega Shopping Malls, ION Orchard, 313 Somerset, Orchard Central, Paragon Shopping Center, Takashimaya, Isetan, danTangs Departmental Stores. Kita hanya perlu berjalan kaki ke tempat2 tersebut kerana ia terletak bersebelahan sahaja. Dan yang paling penting hotel ini mempunyai sijil Halal.
Kami sangat mengantuk kerana perjalanan kami bermula seawal 6 pagi daripada rumah lin ke LCCT. Namun setelah tiba dibilik perasaan bertukar gembira. Dekorasi biliknya sangat simple tetapi sangat menarik. Lihat pada katilnya, terasa empuk dan rasa macam nak tidurkan?
Lin telah bookkan kami 2 bilik yang bersebelahan di mana ada 1 pintu yang menghubungkan bilik kami. Memang havoc.
Selepas check-in dan selepas makan tengahari kami ke Jurong Bird Park dan kembali semula ke hotel untuk berehat sebentar kerana disebelah malam kami akan ke Night Safari. Setibanya kembali kami di bilik hotel, kami dikejutkan dengan kek harijadi kepada lin oleh pihak hotel. 31januari adalah hari lahir Lin dan hari berikunya iaitu 1 februari adalah harilahir saya. so we shared the cake. (^__^)y
Nota:
1. Travel on your birthday, nanti dapat kek
2. Tapi kena make sure orang yang daftar hotel tu punya birthday la. kalu ahli kumpula tidak dikira.
3. Kek itu sangat sedap
tak ajak pun...kalau k.fida baca ni...hi k.fida..next time ajak Cik Peah sekali ya...harap 'absolutely emy' ni..takdela...gamaknyer
ReplyDeleteNew Entry: Money And I
New Entry: Edaran Eighteenth Annual General Meeting Snapshots
peah
ReplyDeletecik peah pegi awal sebulan daripada kitaorang.. tak hingat ke? :P
cik peah pun tak ajak kitaorang g singapore..