Resepi laksa kedah @ laksa utara air tangan makbonda memang sedap. Versi kuah laksa ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kisahnya, jumaat lepas, bungaOren terjumpa bunga kantan dan daun kesum di dapur rumah. Rupanya makbonda hendak buat laksa, dah lama tak makan laksa kisahnya kita orang ini. Laksa yang sering dimasak makbonda adalah laksa version laksa kedah. Kuahnya sedikit pekat. Klik laksa untuk tengok contoh output laksa (-_-)y
Bahan-bahan untuk kuah laksa
1 kilo - ikan kembung / ikan curut (biasanya orang panggil ikan sardin) / ikan selayang / ikan tamban
30 biji cili kering
10 biji cili padi (jika nak pedas)
2 biji bawang besar
sedikit belacan
1 1/2 - 2 liter air
5 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan
seikat daun kesum
garam secukup rasa
Cara-caranya
1. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam
2. Asingkan isi ikan dari tulang-tulang ikan (jangan buang air rebusan ikan yer)
3. Blander isi ikan dan tapis
4. Blander tulang ikan dan tapiskan (buang bahan2 yang tidak lumat)
5. Blander cili kering, cili padi, bawang merah dan belacan
6. Masakkan bahan yang diblander tadi dalam periuk besar bersama air rebusan ikan
7. Setelah mendidih masukkan asam keping yang direbus bersama ikan tadi
8. Masukkan daun kesum, bunga kantan
9. Masukan garam secukup rasa
10. Selesai dan boleh dihidangkan.
Kuah laksa ini sedap dimakan bersama laksa (of coz la kan), dan bahan-bahan ulaman seperti timun, cili padi, bawang besar, bunga kantan, daun salad, daun salom atau mungkin daun gajus yang telah dipotong halus.
Nota:
1. Setiap orang akan kata masakan emak mereka adalah masakan yang paling sedap didunia.
2. Saya setuju!
Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Monday, November 21, 2011
Saturday, November 12, 2011
Resepi Betik muda masak air
Betik muda masak air adalah antara makanan kegemaran bungaOren. Senang dan simple dan yang penting sedap di tekak bungaOren. Sayur betik muda ini sedap dimakan sebagai hidangan tengahari bersama nasi putih panas2, ikan kembung goreng dan sambal belacan. Memang sedap.
Bahan-bahan
1. 1 biji betik muda
2. 2 ulas bawang merah
3. 2-3 biji cili padi / cili kering
4. Sedikit belacan
5. Sehelai daun kunyit
6. 2 gelas air
Cara-caranya
1. Kupas kulit betik dan buang bijinya.
2. Potong kecil betik (senipis 1cm dan selebar 3 cm - lebih kurang)
3. Hiris halus bawang merah.
4. Hiris cili padi / cili kering
5. Masukkan betik yang telah dipotong, bawang merah, cili padi dan belacan ke dalam periuk
6. Masukkan air
7. Rebus bahan-bahan tersebut sehingga mendidih
8. Masukkan daun kunyit yang dipotong kasar. Biarkan seketika.
9. Siap untuk dihidangkan.
Nota:
1. Nak makan apa yer hari ini?

Thursday, September 01, 2011
Resepi Dodol
Tahun ini, telah wujud kerajinan dikalangan ahli dalam rumah untuk membuat dodol. Dodol selalunya dibuat jika ahli-ahli lelaki didalam rumah ramai dan cuti awal. Dodol dibuat sendiri dirumah lebih sedap. (-_-)y
Berikut disertakan bahan-bahan yang kami gunakan untuk membuat dodol.
Bahan2
1. 1 kilo pulut
2. 2 kilo gula melaka
3. 1 kilo gula putih
4. 8 biji kelapa (Santan kelapa)
Cara2
1. Pulut dimesin halus menjadi tepung dan diayak
2. Gula melaka dihiris halus
3. Asingkan santan menjadi 2 bahagian
4. Masak sebahagian santan didalam kuali
5. Gaulkan sebahagian lagi santan kelapa dengan tepung pulut yang telah diayak
6. Masukkan adunan santan dan tepung pulut kedalam kuali bersama santan yang telah dimasak
7. Masukkan gula melaka dan gula putih
8. Kacau sehingga menjadi dodol (lebih kurang 5 jam)
Nota:
1. Raya ketiga baru berkesempatan membuka blog dan menaip entry.
2. Penat dan sibuk sungguh.
3. Penat mengemas mengemas dan mengemas.
4. Aktiviti memasak diserahkan kepada chef dan pembantu chef dirumah yang tidak dinafikan kepakarannya.
5. BungaOren ada juga menolong didapur
6. Namun dek kerana kerja2 mengemas dipandang sepi oleh orang ramai didalam rumah.
7. Maka terpaksa bungaOren memandang kerja2 mengemas dengan lebih serius lagi.
1.

Labels:
Resepi
Thursday, March 17, 2011
Resepi : Cucur Udang
Salah satu makanan kesukaan cik bungaOren adalah Cucur Udang. Cucur udang selalu menjadi santapan kami diwaktu pagi ataupun ketika berbuka puasa. Berikut dilampirkan resepi cucur udang versi air tangan mak cik bungaOren
Bahan blander
- Bawang besar (sebiji besar)
- Cili kering
- Telur ayam
Bahan lain
- Kucai
- Taugeh
- Udang
- Kunyit serbuk (sedikit sahaja)
- Garam (secukup rasa)
- Air (secukupnya)
Cara-cara
1. Masukkan bahan blander dan bahan-bahan lain ke dalam satu bekas kecuali air
2. Gaulkan bahan-bahan sehingga rata
3. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul. Jangan terlebih tuang air nanti cair sangat.
4. Panaskan minyak di dalam kuali
5. Goreng campuran bahan cucur udang tadi sehingga garing.
6. Angkat cucur udang dan toskan
7. Tuang sos cili dan makan.
Amaran: Jangan masukkan ibu apom atau yis atau seangkatannya. Dah jadi rasa lain cucur udang itu.
Okey, selamat mencuba.
Nota:
1. Tak suka makan cucur udang yang dicampur ibu apum
2. Rela masak sendiri kalau teringin nak makan cucur udang
3. Kalau cucur udang yang dijual di kedai depa suka letak ibu apum
4. Memang sangat jarang beli cucur udang di gerai2 atau dikedai2
5. Kenapa depa suka letak ibu apum?

Subscribe to:
Posts (Atom)