Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Thursday, September 01, 2011

Resepi Dodol

Tahun ini, telah wujud kerajinan dikalangan ahli dalam rumah untuk membuat dodol. Dodol selalunya dibuat jika ahli-ahli lelaki didalam rumah ramai dan cuti awal. Dodol dibuat sendiri dirumah lebih sedap. (-_-)y

Berikut disertakan bahan-bahan yang kami gunakan untuk membuat dodol.

Bahan2
1. 1 kilo pulut
2. 2 kilo gula melaka
3. 1 kilo gula putih
4. 8 biji kelapa (Santan kelapa)

Cara2
1. Pulut dimesin halus menjadi tepung dan diayak
2. Gula melaka dihiris halus
3. Asingkan santan menjadi 2 bahagian
4. Masak sebahagian santan didalam kuali
5. Gaulkan sebahagian lagi santan kelapa dengan tepung pulut yang telah diayak
6. Masukkan adunan santan dan tepung pulut kedalam kuali bersama santan yang telah dimasak
7. Masukkan gula melaka dan gula putih
8. Kacau sehingga menjadi dodol  (lebih kurang 5 jam)






Nota:
1. Raya ketiga baru berkesempatan membuka blog dan menaip entry.
2. Penat dan sibuk sungguh.
3. Penat mengemas mengemas dan mengemas.
4. Aktiviti memasak diserahkan kepada chef dan pembantu chef dirumah yang tidak dinafikan kepakarannya.
5. BungaOren ada juga menolong didapur
6. Namun dek kerana kerja2 mengemas dipandang sepi oleh orang ramai didalam rumah.
7. Maka terpaksa bungaOren memandang kerja2 mengemas dengan lebih serius lagi.




1.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...