Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Cili potong


Baki cili potong yang tidak habis dimakan dijadikan hiasan kepada pinggan yang kosong.

Nota:
1. Jarang order cili potong jika makan diluar.
2. Kalau ada akan dimakan (sedikit), kalau tiada tidak mengapa, makan seadanya.
3. Macam la rajin makan diluar kan.
4. Hari ini dan esok ada training 'Technical Writing'
5. Semoga kami mendapat ilmu yang bermanfaat. 
6. Amin3x

Tuesday, December 06, 2011

Ganjaran ais cream

Jika kita sudah berhempas pulas bekerja, belajar ataupun berusaha akan sesuatu perkara, seharusnya kita perlu menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu hadiah, kecil atau besar, mahal atau murah tidak menjadi masalah, yang penting kita menghargai diri kita sendiri sebagai ganjaran atau upah atas segala usaha kita.

Belanja diri sendiri makan ice cream magnum classic juga adalah satu ganjaran kepada diri sendiri.

Espresi mata sudah membayangkan keceriaan makhluk Allah ini! 

Menikmati Aiscream!?? PM dia belanja ais cream rupanya! 

Sesekali belanja orang makan ais cream, boleh merapatkan silaturrahim. 

BungaOren pun kena tembias dibelanja diri sendiri makan aiscream Magnum Classic.

Nota:
1. Adakah anda menganjarankan diri anda?
2. Apakah yang menjadi batu pengukur yang menyebabkan anda akan memberi ganjaran kepada diri anda?
3. Apakah yang anda akan beli untuk diri anda sebagai ganjaran atas usaha anda?
4. Berikan ganjaran yang sepatutnya dan sebaiknya kepada diri anda.
5. Tapi! AWAS! Sila jangan membazir!

Monday, December 05, 2011

Buah Cermai



Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau pun dicicah sambal kicap, belacan, gula, dan cili potong. Sedap dimakan diwaktu petang di atas pangkin dibawah pokok nangka bersama tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Thursday, November 24, 2011

Kuey teow kung fu

Apa nak tulis untuk hari ini yer? Ada yang suggest untuk cerita tentang pertarungan Malaysia dengan Syria semalam, dimana Malaysia kalah 2-0. BungaOren rasa pertarungan Malaysia Syria semalam agak hambar, mungkin dek kerana kepenatan sang harimau kelmarin masih belum reda. Next! Aina, budak ofis sedang asyik bercerita tentang pemain-pemain cute kegemarannya. Antara nama yang sering disebut Nazmi Faiz, Baddrol Bakhtiar memang bungaOren tak kenal pemain-pemain itu. Next!

Cerita pasal pemain yang baru berumur 17 tahun, Nazmi Faiz, bungaOren kena pi cari gambar Nazmi Faiz dulu baru boleh cerita pasal dia. Next! Nak cerita pasal Baddrol Bakhtiar, kena buat research dulu. Kalau salah statement boleh kena kungfu dek peminat2 mereka kan!. Tapi memang tak sangka pemain Baddrol Bakhtiar  yang disebut-sebut Aina menjadi bahan sasaran telefon tangan bungaOren kelmarin. Ketika merakamkan gambar pemain malaysia semasa perlawanan Malaysia menentang Indonesia di Sukan SEA 2011 (rakam dari kaca TV je pun ngehngehngeh)


Gambar kuey teow kungfu ini dirakamkan menggunakan kamera iPhone4

Plastik sampah kuey teow kungfu, purnama merindu, Cheras. (Beli bungkus, balik makan di pejabat)

1. Nak eja Kueytiau Kungfu kuey teow kung fu pun saya tak reti! Tragis kan!..
2. Kueytiau Kungfu Kuey teow kung fu, di Gerai Purnama Merindu, Cheras memang sedap!
3. Pegi department sebelah, untuk cari paper semalam.
4. Dapat sekeping dua gambar Nazmi Faiz dan Baddrol Bakhtiar dari paper
5. Harap esok ada ilham untuk cerita pasal mereka.

Monday, November 21, 2011

Resepi kuah laksa

Resepi laksa kedah @ laksa utara air tangan makbonda memang sedap. Versi kuah laksa ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kisahnya, jumaat lepas, bungaOren terjumpa bunga kantan dan daun kesum di dapur rumah. Rupanya makbonda hendak buat laksa, dah lama tak makan laksa kisahnya kita orang ini. Laksa yang sering dimasak makbonda adalah laksa version laksa kedah. Kuahnya sedikit pekat. Klik laksa untuk tengok contoh output laksa (-_-)y




Bahan-bahan untuk kuah laksa
1 kilo - ikan kembung / ikan curut (biasanya orang panggil ikan sardin) / ikan selayang / ikan tamban
30 biji cili kering
10 biji cili padi (jika nak pedas)
2 biji bawang besar
sedikit belacan
1 1/2 - 2 liter air

5 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan
seikat daun kesum
garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam
2. Asingkan isi ikan dari tulang-tulang ikan (jangan buang air rebusan ikan yer)
3. Blander isi ikan dan tapis
4. Blander tulang ikan dan tapiskan (buang bahan2 yang tidak lumat)
5. Blander cili kering, cili padi, bawang merah dan belacan
6. Masakkan bahan yang diblander tadi dalam periuk besar  bersama air rebusan ikan
7. Setelah mendidih masukkan asam keping yang direbus bersama ikan tadi
8. Masukkan daun kesum, bunga kantan
9. Masukan garam secukup rasa
10. Selesai dan boleh dihidangkan.

Kuah laksa ini sedap dimakan bersama laksa (of coz la kan), dan bahan-bahan ulaman seperti timun, cili padi, bawang besar, bunga kantan, daun salad, daun salom atau mungkin daun gajus yang telah dipotong halus.

Nota:
1. Setiap orang akan kata masakan emak mereka adalah masakan yang paling sedap didunia.
2. Saya setuju!

Saturday, November 12, 2011

Resepi Betik muda masak air

Betik muda masak air adalah antara makanan kegemaran bungaOren. Senang dan simple dan yang penting sedap di tekak bungaOren. Sayur betik muda ini sedap dimakan  sebagai hidangan tengahari bersama nasi putih panas2, ikan kembung goreng dan sambal belacan. Memang sedap.



Bahan-bahan
1. 1 biji betik muda
2. 2 ulas bawang merah
3. 2-3 biji cili padi / cili kering
4. Sedikit belacan
5. Sehelai daun kunyit
6. 2 gelas air

Cara-caranya
1. Kupas kulit betik dan buang bijinya.
2. Potong kecil betik (senipis 1cm dan selebar 3 cm - lebih kurang)
3. Hiris halus bawang merah.
4. Hiris cili padi / cili kering
5. Masukkan betik yang telah dipotong, bawang merah, cili padi dan belacan ke dalam periuk
6. Masukkan air
7. Rebus bahan-bahan tersebut sehingga mendidih
8. Masukkan daun kunyit yang dipotong kasar. Biarkan seketika.
9. Siap untuk dihidangkan.


Nota:
1. Nak makan apa yer hari ini?

Thursday, March 17, 2011

Resepi : Cucur Udang

Salah satu makanan kesukaan cik bungaOren adalah Cucur Udang. Cucur udang selalu menjadi santapan kami diwaktu pagi ataupun ketika berbuka puasa. Berikut dilampirkan resepi cucur udang versi air tangan mak cik bungaOren

Bahan blander
- Bawang besar (sebiji besar)
- Cili kering
- Telur ayam

Bahan lain
- Kucai
- Taugeh
- Udang
- Kunyit serbuk (sedikit sahaja)
- Garam (secukup rasa)
- Air (secukupnya)

Cara-cara
1. Masukkan bahan blander dan bahan-bahan lain ke dalam satu bekas kecuali air
2. Gaulkan bahan-bahan sehingga rata
3. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul. Jangan terlebih tuang air nanti cair sangat.
4. Panaskan minyak di dalam kuali
5. Goreng campuran bahan cucur udang tadi sehingga garing.
6. Angkat cucur udang dan toskan
7. Tuang sos cili dan makan.

Amaran: Jangan masukkan ibu apom atau yis atau seangkatannya. Dah jadi rasa lain cucur udang itu.




Okey, selamat mencuba.

Nota:
1. Tak suka makan cucur udang yang dicampur ibu apum
2. Rela masak sendiri kalau teringin nak makan cucur udang
3. Kalau cucur udang yang dijual di kedai depa suka letak ibu apum
4. Memang sangat jarang beli cucur udang di gerai2 atau dikedai2
5. Kenapa depa suka letak ibu apum?

Wednesday, March 09, 2011

Menu : Roti cicah bubur durian

Durian dah habis gugur. Namun memori masih dalam ingatan. Kesedapan roti cicah bubur durian seolah-olah terasa ditekak. Yummm..

Tiba-tiba teringin nak makan bubur durian.

bubur durian


Nota:
1. Durian sedap
2. Bubur durian sedap
3. Biasanya bubur durian sedap dimakan dengan pulut tanak.
4. Tiada pulut, roti pun sodap
5. Burps!!!!
6. Eh..? Bukan ke cik bungaOren sedang diet?
7. Sedang?
8. Yang sedang-sedang saja

Tuesday, March 08, 2011

Menu : Mee Bandung Tangkak

Semua orang tahu tentang Tangkak. Tangkak terkenal dengan kedai-kedai menjual kain. Memang banyak kedai-kedai kain di sana. Cik bungaOren pernah beberapa kali ke sana. Bukan memborong cuma membeli semeter dua kain. Sungguh tidak berbaloi datang dari jauh untuk membeli semeter kain. Tapi tak mengapa, jauh perjalanan luas pemandangan.

Sambil-sambil melihat pemandangan yang luas, kita singgah makan. Tidak jauh dari kawasan kedai-kedai kain itu (menghala ke Lebuhraya Tangkak) ada deretan gerai kecil. Di situ kami singgah makan Mee Bandung. Mee Bandung yang sedap.





Nota:
1. Kena diet
2. Tak boleh makan makanan berminyak
3. Tak boleh makan makanan berlemak
4. Nak makan apa nih?
5. Burps.. !!!
6. Eh... tiba2 plak..
7. (-_-)y

Tuesday, February 22, 2011

Gila Kentang

Apa korang buat kalu korang tiada kerja yang perlu dilakukan? Mengulor? Menikus? Mendesign?

Saya suka mendesign. Kawan-kawan saya pun ada yang punya hobi macam saya. Kami telah menghasilkan satu design yang sangat cantik. Bukan apa, design makanan adalah bukan termasuk dalam skop kerja design kami. Tetapi kami telah mencubanya. Anda bagaimana?

Maka terima lah hasil kerja tangan kami yang sungguhlah cantik itu.. hehehe..




Asal kentang yang kami design adalah daripada Meatball kedai makcik roIKEAh.  
Sungguh kretif kami ini kan. (-_-)y


Nota:
1. Pada satu hari kami telah berjaya menjalankan satu misi kerja
2. Untuk menselebratekan kejayaan itu kami telah mengulorkan diri ke kedai makcik roIKEAh
3. Kami sungguh gembira
4. Kami rasa kami berhak untuk selebrate kejayaan itu.
5. Maka kami pun selebratelah kejayaan yang tak seberapa itu
6. Anda suka selebrate kejayaan anda?
7. Saya suka. Rasanya kawan-kawan saya pun suka (-_-)y
8. Walaupun dengan hanya berjaya menyelesaikan masalah yang kecil.
9. Kita patut bangga (-_-)y
10. STK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...