Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Monday, December 05, 2011

Buah Cermai



Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau pun dicicah sambal kicap, belacan, gula, dan cili potong. Sedap dimakan diwaktu petang di atas pangkin dibawah pokok nangka bersama tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Saturday, November 12, 2011

Resepi Betik muda masak air

Betik muda masak air adalah antara makanan kegemaran bungaOren. Senang dan simple dan yang penting sedap di tekak bungaOren. Sayur betik muda ini sedap dimakan  sebagai hidangan tengahari bersama nasi putih panas2, ikan kembung goreng dan sambal belacan. Memang sedap.



Bahan-bahan
1. 1 biji betik muda
2. 2 ulas bawang merah
3. 2-3 biji cili padi / cili kering
4. Sedikit belacan
5. Sehelai daun kunyit
6. 2 gelas air

Cara-caranya
1. Kupas kulit betik dan buang bijinya.
2. Potong kecil betik (senipis 1cm dan selebar 3 cm - lebih kurang)
3. Hiris halus bawang merah.
4. Hiris cili padi / cili kering
5. Masukkan betik yang telah dipotong, bawang merah, cili padi dan belacan ke dalam periuk
6. Masukkan air
7. Rebus bahan-bahan tersebut sehingga mendidih
8. Masukkan daun kunyit yang dipotong kasar. Biarkan seketika.
9. Siap untuk dihidangkan.


Nota:
1. Nak makan apa yer hari ini?

Tuesday, May 24, 2011

Pokok Peria Katak

Dari kecil sampai sekarang bungaOren memang suka bercucuk tanam. Masa menetap sementara di banglow mewah 4 tingkat pun bungaOren masih meneruskan hobi itu.

Entah mengapa walaupun menetap banglow 4 tingkat yang kekurangan tanah dan ruang, pokok peria katak menjadi pilihan. Mungkin kerana keinginan untuk memanipulasikan struktur rupabentuk pokok peria dalam bidang penangkapan gambar. Sebab dalam 2-3 kali bungaOren menanam pokok itu, hanya sekali sahaja berjaya mendapatkan hasil tuaian sebiji buah peria katak.


Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.

Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.


Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peria_katak






Nota:
1. Menurut kajian setiap seorang perlu menanam / menjaga 20 pokok bagi memastikan udara dibumi kekal segar.
2. Rajin-rajinlah bercucuk tanam
3. Selamatkan bumi kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...