Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Thursday, December 10, 2009

Pening

Awak rasa pening ke?
Tak.. (dalam hati tertanya2.. kenapa dia tanya aku macam tu??)

2minit kemudian..
hmm.. ha'ah la.. saya rasa pening.. (apsal pening semacam ni.. nak muntah pun ada.. huhuhu.. sejuk..)

sejuk tak? nak tambah selimut? (dia datang dan selimutkan aku.. sambil merendahkan aras kepala aku)
ha'ah.. sejuk  sangat ni.. kenapa nih?

this is your 2nd time kan.. bibir awak pucat.. (dia tambah lagi selimut)
yerps.. sebelum ni.. ok je.. (sejuk nyer.. huhuhu..)

takder per2.. bawah anak mata still pink.. rehat.. tido dulu pun boleh..
saya nak minum air boleh.. ?

tak boleh.. awak kena rehat dulu..
(aku tarik nafas dalam2.. kumpul segala oksigen yang ada.. huhuhu..)

macam mana? rasa ok skit?
dh ok skit.. hmm.. lepas lunch tadi saya trus datang sini..

ic.. oksigen / darah tertumpu ke perut.. thats why awak jadi macam nih..
hmm.. (patut ler.. huhuhuhu... sambung lagi tarik nafas dalam2 kumpul semula oksigen.. terasa darah kembali ke kepala.. alhamdullillah..)

jap saya periksa tekanan darah awak..
(dah rasa boleh senyum dah... alhamdullillah.. )

tekanan darah dah ok.. tapi rehat dulu.. amik air ni.. awak dah boleh minum..
(terima kasih.. syukur2.. umur masih panjang.. )




Awas!
1. Jangan derma darah semasa time lapar.
2. Jangan derma darah selepas makan (terutama ketika selepas makan lunch yang heavy sebab pagi tak sarapan)
3. Jangan derma darah jika anda tak cukup tido (sekurang-kurangnya 5 jam).

Thursday, September 10, 2009

Orange

I think i need to change my blog wallpaper. Takder mood tengok my own blog. Haiiya.. since the last changes macam dull je blog nih. So hari ni.. gue tukar semula background blog ini kembali kepada gambar yang asal. Tapi try to tukar the color bagi jadik oren.. kita tengok selama mana kaler ini boleh bertahan.. kalu tak tahan jugak.. kita tukar lagi le.. apa susah kan.




coklat kepada oren


Nak berubah adalah satu perkara yang susah. Terutama daripada jahat / nakal kurang baik kepada lebih baik. Kalu susah nak berubah, kita cuba skit2.. tak perlu ubah keseluruhan.. yang penting kita berusaha untuk berubah.

Monday, August 31, 2009

Merdeka

31 Ogos 2009, jatuh dlm bulan puasa.. tiada sambutan di Dataran Merdeka, tiada konsert2 seperti selalu.

Namun yang penting kesedaran orang ramai tentang kenapa kita merdeka! Bagaimana kita merdeka? Kenapa kita perlu merdeka! Adakah kita masih merdeka?? Jawapan ada dalam diri masing2, pasal aku takder masa nak tulis apa aku rasa.. it will take hours to write hahaha.. berkajang2 lak idea aku karang..

Anyway still dapat berbuka puasa di kampung @ di rumah yang menjadi tongkang yang masih pecah. Debu2 bertaburan.. We oulz buat ikan bakar sama ayam bakar cicah air asam buatan tangan mak.. yuummmiez..

Nota : Ikan bakar sumbat balut ngan daun pisang. Ayam potong 4 dibakar with 2 jenis kaedah. 2 bahagian dibakar atas dapur arang dan 2 lagi dibakar dalam oven. Each kaedah masing2 dibalut samaada dengan daun pisang atau daun kunyit. Yang dibakar dalam over akan dibalut jugak dengan kertas foil. The taste?? Each method taste difference lor.. yumm..yumm.. yumm..

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan 1430

Ramadhan datang lagi..
Alhamdullillah aku dan kita masih dapat dan berkesempatan untuk menunaikan ibadat puasa ini. Selamat berpuasa!! Tingkatkan amalan pahala dan kurangkan dosa.

Target bulan puasa kali nih.. hmm.. hmm.. hmm.. will see..

Note: Dapat start puasa di kampung.. yeeepiiee.. walaupun rumah dah macam tongkang yang sangat pecah.. huhuhu..

Tuesday, August 11, 2009

Sleeping beauty

Pada suatu hari... masa tengah drive nak balik kg.. wit adikku dan anak2 nya..
Dalam perjalanan tu.. I had learn something..
I learn how to teach a small kid to how speak.. i want to sleep..

First session.. sebut sikit2..

MLily : Umairah.. ikut yer..
Merah : (diam)

MLily : I want
Merah : I want
MLily : to sleep
Merah : to sleep

Session ini berulang 2-3 kali sehingga siMerah hampir fasih.
Then, the second session.. sebut satu ayat penuh..

MLily : I want to sleep
Merah : I want to sleep (ucap Merah, tersekat2)

Session ini juga diulang2, 2-3 kali sehingga siMerah hampir fasih..
Then third session... lengkapkan ayat..

MLily : I ... (dengan harapan siMerah sambung 'want to sleep')
Merah : I want to ... three four five six seven eight nine ten.. (disambung dengan penuh confident)
Aku : Hahahahahaha (kantoii)

MLily = Mak Umairah
Merah = Umairah ( umo 2tahun lebey time perisitiwa ini berlaku)

Sunday, August 09, 2009

Bertukar

Interface blog sudah bertukar sedikit demi sedikit..

Next week ada exam WSS sama MOSS..
Baca? Blum..
Hafal? Blum jugak..
Lulus? Semoga aku lulus cemerlang...
Imposibble? Nothing is imposibble..
Usaha dan doa tangga kejayaan.. chaiiyork..

:P --> Macam poya..

Friday, July 24, 2009

Harapan


Bila mencari engkau sembunyi.. Bukan tiada usaha dijari..
Mungkin masih tiada rezeki..
Namun bila telah ditentukan jodohnya.. Pasti tiba hari yang dinanti..
Hari yang dinanti telah pun tiba..
Sesudah lama dikau ku cari.. Barulah kini kita berjumpa..
Dikau penganti yang mirip si dia.. Yang tak bisa ku abai begitu saja..
Gaya ringkas penuh pesona.. Namun tetap menjerat jiwa..
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Huhuhu.. jumpa jugak template blog yang version baru punyer.. Yang irasnya template version lama.. Ingat nak ubah kaler.. Tukar mood jadik kaler biru terquise bind ngan coklat.. or kaler oren.. hmmm... still thinking.. still looking the best wallpaper..
Pencarian takkan tamat.. selagi kederat masih berfungsi..
Note : Alhamdullillah.. jumper jugak..

Thursday, July 23, 2009

Cantik

Niat yang sudah lama..
Usaha yang belum pudar..
Namun aku masih belum berjumpa dengan yang sesuai..
Masing2 sudah bertukar..
Namun aku masih mencari..
Mencari sesuatu yang sesuai denganku..

Apa yang ada dengan ku?
Hanya papan kecunci dan tikus tanpa nyawa..
Bukan tak suka dengan apa yang terpapar ini..
Namun sesuatu perlu dilakukan ..
Keterdapatan ketidakcukupan yang memaksa aku mengubah..
Sesuatu yang sudah ku rasa cantik..

Akan ku teruskan niat ku ini..
Walaupun mendapat halangan..
Kemalasan peringkat yang amat tinggi..

Maka dengan itu aku tertanya2..
Warna apa ek? Yang sesuai untuk tema / design baru untuk blog aku ni..
Currently Merah dan Hitam masih kekal dihati..
Namun Biru dan Coklat cuba dimunculkan dengan inspirasi yang melangit..

Friday, July 03, 2009

Aku seorang penerbitan sistem web

Aku seorang penerbitan sistem web. Sungguh sedih.. Sungguh penat. Setiap jam ada benda yang nak diterbitkan. Currently.. notebook aku adalah the only notebook yang available utk jadik publisher.

Wei.. Adik2 yang manis bergula. Sila jangan ganggu den time tido. Baca rules nih..

Rules @ myRules :P
Coding2 yang nak dipublish / combine
1. mesti diletakkan dalam folder Update kat server
2. mesti letak dalam folder Update \tahun hulan hari \ jam am|pm
3. jangan replace coding orang lain.
4. sila make sure anda dalam mode latest coding.
5. sila confirmkan apa yang nak dicombinekan. sebelum letak kat folder update.
6. sila buat checklist benda2 yang hendak dicombine
7. bagi yang buat Readme utk publisher sila bagi penerangan yang benar yer.
8. sila jangan mengamok bila coding tak latest. Siasat dulu.
9. sila bersabar
10. sila tambahkan tahap kesabaran anda.
11. sila makan jika ada makanan..
bla..bla..bla..


Kepada Unit Aduan Programmer
1. saya kerap kali diganggu programmer dan sa junior yang suker combine. saya rasa terganggu.
2. programmer dan sa junior ituew sangat garang. saya merasa sangat takut
3. Taip2 hari bila saya combine dan publish , musti ada sorang guru besaq dok tunggu sambil cekak pinggang sambil tanya dah publish blum? (dengan nada yang sangat garang dan setiap 2 minit lak tu tanya!) haaiiiya.. nasib saya tau dia berdarah jenis O. Maka saya marah dia balik. hahaha..
4. dba sistem selalu curik power kabel saya masa saya tngah publish. Pun saya marah dia jugak. Weiihh.. aper nih.

Note : orang darah O memang suker kena marah ngan orang darah B ke? Orang darah B mana reti marah orang daaa...

Lastly... Ada sapa nak combine? Ada berani? :P


Marah ke?

Bertenang

Dengar dulu .. buka minda

Pastu pk balik.. nak marah ke tak!
Kepada yang bakal kena marah.. time ni la nak cabut.. hihihi

Kisah Lapar

Jam 530ptg. Aku berjaya mendapatkan sign daripada Doctor Zainal. Setelah 2 jam berdiri menerangkan dan menahan perasaan dan penat.

Hari ini ada training utk user system EP. Maka ada makanan free. Aku terskip hidangan makan petang yang dihidangkan. Maka ada 2 piring roti jala yang sedap disimpankan khas untuk aku dan fiza.

Jam 6ptg yang hening. Semua orang sudah meninggalkan bilik MIS ini. Tinggal aku dan fiza, yati dan shira berada di bilik yang lain. Masih tekun. Masih setia menyiapkan kerja masing2.

Fiza duduk dimeja bertentangan aku. Kerana kasihankan fiza maka aku berikan sebiji roti jala kepadanya. Fiza bz siapkan migration data, sehingga mengabaikan makan tengahari. Suasana masih bening. Hening.. Sunyi..

Aku potong 1/3 roti jala dan suapkan ke mulut. Sedap. Bahagian kedua kusuap.. yumm..yumm..yumm.. sambil cuba memerhatikan fiza dari sebalik monitor notebookku. Aku cuma nampak umbun kepalanya saja. Tekun sungguh. Kucuba lagi untuk memerhati (menyibuk).

Aku tergamam! Masih tergamam.. (Sekarang aku dah bleh ketawa). Sungguh ngeri. Kesian sungguh fiza. Lapar ye... :P

Budak comot maisarah pun tergamam

Wednesday, June 24, 2009

2nd Submission

The submission 10 submission10 rejection / not approved
new submitters must receive approval on at least seven (7) of ten (10) submission.. all 10 submission were unable to be approve because of this reason

#1 - Poor Lighting & Composition
#2 - 7 of 10 must be approved
#3 - Composition#4 - Poor Lighting
#5 - Poor Lighting
#6 - Trademark & Poor Lighting & Composition
#7 - Poor Lighting
#8 - 7 of 10 must be approved
#9 - Poor Lighting
#10 - Focus

being invited to resubmit in 30days.. usaha tangga kejayaan.. wish me another luck..

note : 2 of 10 patutnya approved. since 7 of 10 must be approved so automatic yang 2 tu.. jadik tak approved.. still happy pasal ada sedikit peningkatan.. chaiiyork

Monday, June 15, 2009

Durian

Need to send my sister g rumah mak mertua dia kat Melaka..

Pagi2 buter aku dah dikejutkan.. Si Maisarah dah lepak kat tepi aku sambil senyum2.. hahahaha.. anak oi.. hang da salah orang ni.. ini maklong.. bukan mak Lili... tak sabat balik Melaka ke.. sampai kejutkan mak long pagi2 buter ni..

730 pagi kami gerak ke Putrajaya amik Ann.. 815 dari putrajaya.. kul 1030 baru sampai Melaka.. slow ke aku drive? or kami sesat?? hahaha.. rest jap.. dalam 30minit.. makan2.. mee goreng sama durian.. duriannya sangat yummy.. mengenangkan itu rumah orang.. so aku makan skit je.. kalu kat kg.. abis da aku bedal..

kul 11.. gerak g melaka sama Ann.. tak plan apa2.. just redah je.. kasik bawak Ann g tour bandaraya melaka.. sebab dia selalu kena tinggal..

kami g naik Eye on Malaysia.. g round2 carik parking.. anyway.. masa carik parking tu.. aku redah je la lorong2 kecik area bandaraya tu.. Ann jadik photog jap.. snap pemandangan bandaraya bersejarah.. pastu aku park keter n kami jalan kaki redah.. masuk Jonker Walk.. Pusing2 area building2 merah.. pusing2 taman..

Last masa perut betul2 lapaq baru g makan.. kul 4 petang baru balik KL.. penat tak payah citer la.. memang penat pun.. hahaha..

Note : sori tak dapat pegi kenduri sesiapa yang menjemput.. sesiapa yang nak jumper aku nak tunjuk toy baru.. sowi sangat2.. family come first.. :P aku kena hantar adik aku.. next time kita jumpa yer..

Sunday, June 07, 2009

Remis

Hari ni plan nak g mandi pantai.. Pantai Teluk Senangin.

kul 8 pagi..
zaida : mi.. aku kat pantai remis nih!
aku : uik? pantai remis mana? hahaha..
zaida : pantai remis kat perak la..
aku : datang la rumah aku.. dah tak jauh tu..
zaida : takbleh.. tapi aku nk tau kat mana tempat jual ikan tu..
aku : kat sini.. bla.. bla.. bla.. jumpe?
zaida : ok.. dah sampai tempat tu.. orang tu kata.. derang tak g ke laut la..
aku : la.. sori takder rezeki korang..

kul 930.. on da way ke teluk senangin..
aku : 'mungkin derang still ada area ni.. see what we can see.. haaa.. NBY 9..'
aku : zaida..
zaida : haaaaaaaaaaa.. ko..
aku : hehehe sampai jugak ko.. ok la saja mai tegur.. aku nak g pantai.. bubbye..

kul 10 tiba diteluk senangin.. kul 1230 dah kena gerak balik ke rumah.. mak gue kena g makan kenduri.. nanti datang lagi la..

Saturday, June 06, 2009

Panas

530pg..
Pagi2 adik bongsu dah msg.. katanya mak suh balik awal dari shahalam.. But 2 budak kecil itu sangat susah untuk dibangunkan.. maka penyudahnya kul 830 baru kami bergerak.. perjalanan 4 jam yang meriah..

tiba di Kg kul 2ptg..
Masing2 tak tenang.. cuaca panas.. panas.. dan panas..
what should we do?
we should go to.. waterfall !!
mandi air terjun la.. best kan.. panas2 terik g mandi air terjun yang sejuk membeku.. just 15 minit perjalanan dari rumah.. mandi 1 jam.. pastu balik..

nota : ingat nk kutip pucuk paku.. cam tak boleh je.. dah macam kena racun je rupanya.. melepas..

Wednesday, May 27, 2009

Step by step

Semalam aku telah berjaya!
Berjaya menyelesaikan masalah.. kebuntuan dan ketakutan yang telah menghantui aku selama beberapa minggu kebelakangan ini.

Need to settle few steps more to complete the solution of my problem. This is life cycle, every problem should have cara penyelesaiannya. Yang penting kita perlu bertenang dan banyak bertanya supaya jalan yang kita pilih tidak tersesat. Kalaupun kita sesat.. kita telah tahu awal2 yang kita akan sesat! hahaha.. maka bersedialah untuk membuat pusingan U.

Maka dengan kejayaan ini telah menyebabkan sebiji batu besar lagi berat melekat dengan cantik dibahuku. Kehadiran batu ini bakal menyebabkan aku tidak dapat bergerak dengan selesa bersama anggota2 kongsi gelapku. Namun akan kucuba menggerakkan dan meringankan batu tersebut dengan kuasa mafia yang ada pada aku. Moga Allah permudahkan segala urusan aku. Amin.

note: i have a dream. I dream of a dream wit a big dream. so what is my dream? sapa yang tau sila diam.

Bila bulan bicara

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Aku masih terkebil2 aku membaca coding. All process dah patut dsubmit last week! Aku kena juga siapkan kerja2 nih. Walaupun aku dah malas nak mengadap.

Selagi aku tak siap keje2 ni.. aku tak boleh concentrate buat keje 'lain'. Walaupun aku bleh je nak concentrate.. but amanah is priority.. aku telah dibayar gaji.. Lagi skit je me.. huhuhu.. I can do it.

Jam 3 pagi.. aku masih melayan coding2 nih.. masih lagi melayan 3 lagu kegemaran aku.. masih tak jemu.. masih memberi erti kepada ku..

pernahkah ko bermimpi seketika..
berada dtempatku?
membayangkan pahit manis berlalu..
entah siapa yang tahu..

mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata yang menyesatkan
takkan kubu mu kebal tiada pertimbangan

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
aku takkan menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam memutuskan
biarlah rahsia


Aku sering terfikir kenapa aku dijadikan sebagai aku?
Alhamdullillah.. aku adalah aku..
Aku bertanggungjawab kepada diri aku diakhirat kelak..
Semoga Allah kuatkan iman aku..
Semoga Allah kekalkan iman aku hingga ke akhir nyawa.. Amin

Tuesday, May 26, 2009

Sembunyi

Hari sudah lewat malam. Rumah masih jauh. Perjalanan masih berbaki 2 jam. Singgah sebentar ke R&R mengisi minyak.

Aku keluar sebentar utk ke tandas. Kehadiran aku kembali kedalam kenderaan tidak disedari oleh mereka2 itu. Pak supir menggerakkan kenderaan perlahan2. Lantas mereka2 itu bersuara memberitahu yang aku masih belum keluar dari tandas.

Pak supir tetap menggerakkan kenderaan ke tempat yang lebih tersorok. Mereka2 pun mula risau sambil membebel. Bimbangkan aku. Namun aku masih berdiam diri disebelah mereka.

Tiba2 budak yati toleh ke arah aku! Namun dia trus membebel. Tak nampakkah dia akan aku yang comel ini? Atau aku telah menjadi halimunan setelah kembali dari tandas? Uit? Aku renung pak supir melalui cermin depan. Aku dapat rasa yang dia nampak aku sambil senyum kat aku. Kurang asam pak supir. So aku pun join subahat sama pak supir.

Mereka trus dan trus membebel2 pada pak supir. Pak supir hanya senyum dan senyum. Aku? Aku tahan nafas macam dalam citer cina tu. Kunun2 derang tak bleh nampak aku kalu aku tahan nafas.. betul ke? Hik.. hik.. hik.. aku tahan gelak. Budak eyan memandang ke arah tandas? Nampak aku tak?

Tiba2. 'Pak supir? kalu parking sini nanti kemy nampak! Mata dia tajam!'

Itu ayat bimbang ke ayat nak subahat sama pak supir nak kenakan aku?

Aku nak marah pun ada.. tapi aku sabaq. Kita tengok sapa yang kena!

dan akhirnya budak yati pun toleh kali ke dua kearah aku. Hik.. hik.. hik.. aku tahan nafas dan gelak. Chait!! Dia dah nampak aku daa... Maka terburailah ketawa diantara yati eyan pak supir dan jugak aku.

Oleh yang demikian.. sapa yang terkena skrang ni? Cuba korang habaq kat aku?

nota : paksupir sebutannya sasuke!

Bersamamu

Trip redah dan terjah kali ini adalah ke Setiu, Marang, Tganu atas alasan Endurance. Bergerak lambat dari yang sepatutnya, kerana kejadian yang menguji kekuatan fizikal serta keakraban persahabatan diantara mereka.

Trip perjalanan yang panjang. Almost 12 hours berada dalam kenderaan. Sungguh jauh perjalanan itu. Terpaksa melihat antara satu sama lain tanpa henti. Tak jemukah mereka? Tapi perjalanan ini masih menyeronokkan.

Tiba di Setiu pabila waktu telah dinihari. Mata2 mereka sudah makin rapat. Mendapati keadaan bilik yang bakal dihuni amat menyedihkan maka dkuatkan perasaan bersabar dengan sebaiknya. Maka tidur jua mereka akhirnya.

Bila mentari timbul, mereka keluar mencari ilham. Melupakan seketika perkara semalam yang menyedihkan. Namun masih ada yang bersedih. Maka bila perut dah diisi. Penjelajahan pun dimulakan mencari sesuatu yang boleh menghilangkan kesedihan. Jauh perjalanan luar pemandangan. Akhirnya jumpa jua apa yang dihajati. Mereka pun senyum sampai ke telinga.

Petang baru mereka bergerak ke tempat yang sepatutnya mereka berada. Mengambil gambar kuda2 yang gagah perkasa. Namun aku terkilan. Tak berkesempatan mengambil gambar Tuanku Mizan menunggang kudanya.

Bila malam tiba mereka menjelajah lagi. Mereka masih tak jemu menjelajah. Ditemani oleh famili adik pak supir. Lewat malam baru mereka menjergah teratak baru mereka yang cantik menawan. Dan mereka pun tidur dengan nyenyaknya.

Pagi2 buter aku tlh mengganggu tidur eyan. Maka pagi2 jugak dia membalasnyer. Lepas solat subuh aku dan eyan kembali ke tapak endurance menyambung hajat kami ke sini. Masih ada lagi pertandingan. Masih ada lagi gambar yang boleh diambil.

Sebelum balik kl, kami ke rumah adik pak supir kami. Menjamu perut dengan mee goreng sebagai sarapan pagi. Sambil melayan telatah anak2 sedara pak supir dan kawan2nya. Meriah. Sambil2 mangambil buah mempelam yang tumbuh dikeliling rumah mereka. Terima kasih daun keladi. Nanti kami datang lagi ye.

Usai azan zohor kami bergerak kembali ke kl. Perjalanan yang panjang kami tempuhi lagi. Namun terjahan demi terjahan dibuat bagi menghilangkan kebosanan. Mereka terjahi kedai keropok lekor, pasar payang, masjid, R&R, dan kedai makan. Maka dinihari jua lah baru mereka tiba di rumah mereka.

Akan ada lagikah perjalanan yang sebegini nanti? Biarlah masa yang menentukan. Malas nak plan. Tapi impian tetap ada.

Nota kaki : terima kasih kepada pak supir.. yang sanggup menjadi supir dan masih sanggup menjadi banker kami ini. nanti kita leh g jalan2 lagi yer :P

Tuesday, May 19, 2009

Dugaanku

This few week adalah wek2 yang membuatkan aku tak tentu arah.. banyak benda nak pk.. banyak decision nak kena buat.. kalau pun tak banyak.. tapi berat dan besar ertinya untuk aku.. bukan decision nak letak combobox atau freetext ataupun gridview.. ia lebih berat dari itu.. dan bukannya decision tentang jodoh.. harap2 lepas ni.. i will face this problem..

anyway harap semuanya berjalan dengan lancar.. i will go wit the flow.. apa yang ada kita rembat.. anyway.. tadi terbaca satu blog yang selalu aku baca.. sebab jiran meja sebelah aku selalu baca.. jadi lama2 aku pun suka baca.. banyak pengisiannya.. one day aku akan approach jugak blooger tu.. just to say nice blog n TQ..

ni ayat aku amik dari blogger tu.. Aku taklah mengharap sangat kerana aku sedar kudrat aku bagaimana. Tetapi kesemuanya adalah ketentuan Allah. Dalam kita merancang, Allah juga mempunyai perancangan buat kita. Sebaiknya adukan perancangan kita kepada Allah agar Dia akan mengaturkan yang terbaik buat kita.. insya allah.

tiba2 aku rasa beratnyer dugaan aku terima.. dah lama tak rasa dugaan berat macam ni.. sekian terima kasih..

Monday, May 18, 2009

I was in Beijing

I was in Beijing for a week. From 11-17 May 2009. For free. And for gud. Hope to be there or country beside it sooner. Still don't have enuf time to shoping there. Just put my head, ears, eyes, and hands alert to the trainer. TQ for the knowledge.

'I was in beijing' is tiru title blog Peah.

Thursday, May 07, 2009

The best job in the world

'Apa yang paling penting bagi saya dalam hidup ialah untuk memiliki kerjaya yang seronok yang membuat saya gembira dan membuat orang lain tersenyum selain mencapai matlamat yang mencabar.'

Kalau la aku yang dapat keje tu.. anyway.. keje aku skrang ni pun best jugak.. pasal kena je @ sipi2 nak kena ngan motto mamat omputeh yang menang tu.. hehehe

Monday, April 27, 2009

Samudera Raya



Hari Terbuka Armada memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk melihat dengan lebih dekat lagi aktiviti tentera laut di TLDM Pangkalan Lumut dan dibenarkan naik kapal2 tentera laut terpilih.

First time naik kapal tentera laut ni.. masa kecil2 dahulu.. tak berapa nak ingat sangat.. yang aku ingat.. aku pernah naik tempat meriam tu.. pernah masuk kabin krew kapal.. pernah dok lepak2 kat atas kapal mengadap laut.. dan yang paling penting.. kapal tu bergerak merentasi laut selat melaka.. but it was long time ago.. kecik2 lagi.. kamera pun takder.. feel pun takder..

skrang dah berbeza.. semua orang bleh naik semua kapal2 tu.. tapi kapal tu tak bergerak.. huhuhu.. kalaulah kapal tu bergerak..

Laksa mee



Laksa mee adalah makanan yang mungkin hanya dikenali di beberapa daerah di Perak. Bukan dan bukan mee udang. Kerana cara masakannya berbeza. Maka rasanya pun jauh berbeza.

Makanan ini terdiri daripada 4 pecahan.. 1. mee sanggul 2. sambal tumis udang kering 3. kacang panjang + lobak masin 4. Kuah udang @ sup udang.

Rasanya?? Aku rasa sangat sedap..!! Especially when the mak is cooking la..

Nasi lemak



Makan nasi lemak pagi2 memang menyeronokkan. Nasi lemak sambal tumis udang. Udang laut dibeli direct daripada nelayan yang baru pulang dari laut.. Sedap rasanya..

Perut dah kenyang.. So jom ler bersiap2.. kita nak ke JomHeboh, Lumut. Nak g naik kapal navy.

Friday, April 24, 2009

Cuba



Nearly 2 week.. or more.. aku dok cuba dan terus mencuba untuk meng'install driver sound card pc kat ghumah. Dah lebey dari 10 kali install / reinstall Windows XP.. sampai dah bleh hafal serial # dia.. Dah banyak driver yang patut install.. dah di'install.. masih tak jalan2 lagi..

Yerps.. Aku takkan mengalah.. I need to do what i donno how to do.. there must be a road.. but which road..? huhuhu..

Monday, April 20, 2009

How old are you?

Public Function GetAge(ByVal Birthdate As System.DateTime, _
Optional ByVal AsOf As System.DateTime = #1/1/1700#) _
As String

'Don't set second parameter if you want Age as of today

'Demo 1: get age of person born 2/11/1954
'Dim objDate As New System.DateTime(1954, 2, 11)
'Debug.WriteLine(GetAge(objDate))

'Demo 1: get same person's age 10 years from now
'Dim objDate As New System.DateTime(1954, 2, 11)
'Dim objdate2 As System.DateTime
'objdate2 = Now.AddYears(10)
'Debug.WriteLine(GetAge(objDate, objdate2))

Dim iMonths As Integer
Dim iYears As Integer
Dim dYears As Decimal
Dim lDayOfBirth As Long
Dim lAsOf As Long
Dim iBirthMonth As Integer
Dim iAsOFMonth As Integer

If AsOf = "#1/1/1700#" Then
AsOf = DateTime.Now
End If
lDayOfBirth = DatePart(DateInterval.Day, Birthdate)
lAsOf = DatePart(DateInterval.Day, AsOf)

iBirthMonth = DatePart(DateInterval.Month, Birthdate)
iAsOFMonth = DatePart(DateInterval.Month, AsOf)

iMonths = DateDiff(DateInterval.Month, Birthdate, AsOf)

dYears = iMonths / 12

iYears = Math.Floor(dYears)

If iBirthMonth = iAsOFMonth Then
If lAsOf < lDayOfBirth Then
iYears = iYears - 1
End If
End If

Return iYears
End Function

Kena convert ni jadik coding.. nak kira umur hidupan liar kat zoo...

Monday, February 02, 2009

Save by the bell

So many place to go.. but we have so limit time before checkin flight at 630pm.

Lepas sarapan di hotel trus ambil teksi ke Merlion Park. Dari situ kami berjalan ke beberapa kawasan berhampiran seperti



1. Merlion Park
2. Merenung dari jauh Esplanade
3. Old Parliament Lane
4. Boat Quay
5. Statues of Sir Stamford Raffles
6. People of the People of the River Sculptures
7. Asian Civilisations Museum

Kemudian ambil teksi ke Arab Street, lunch dan beli sedikit cenderamata di sana.

Kemudian g balik semula ke Orchard Road, last destination is jalan2 di Takashimaya.

Kesimpulannya, seronok berjalan2 di negara orang nih. Kita dapat lihat suasana dan kehidupan mereka disana. Yang baik dijadikan tauladan.. yang kurang baik dijadikan sempadan.

Nota : Azam aku sebelum naik flight datang ke Singapore hari tu = "This is my last trip jalan2 for this year". Tapi aku boleh percaya ker kat diri aku nih?? Nanti aku pikir la sendiri.. Hahahahaha..

Sunday, February 01, 2009

13 going on 30

Happibirthday to me..

Still in Temasek. Hari ni, jalan2 sekitar Pulau Sentosa. What we do in Sentosa Island

1. Pantai Siloso (pantai buatan)
2. Underwater world.
3. Sentosa Luge & Skyride (Luge sangat best tapi Skyride sangat gayat)
4. Dolphin Lagoon - Pink Dolphin
5. Merlion station
6. Pesta bunga (lupa fullname dia)
7. Song of the Sea







Malam balik makan di Far East Plaza. Then jalan2 sekitar OrchardRoad. banyak jugak kedai kamera disini. Tapi tak sempat nak jenguk kedai2 tersebut, pasal time kami round mostly kedai dah tutup.

Note : TQ ita, pagi2 dah bagi pinjam notebok utk aku harvest pokok2 padi aku.

Saturday, January 31, 2009

Temasek dilanggar todak

Temasik dilanggar Todak
Todak melanggar batang pisang
Orang tua berperangai budak
Seperti aur ditarik sungsang

Pagi2 dah bangun.. kul 5pgi dah naik teksi ke LCCT, flight kul 7.20pg.. kul 8.30pg dah sampai Singapore.. terus pegi check-in hotel. Pemandangan dari Lapangan Terbang Changi ke hotel menakjubkan, di kirikanan jalan disajikan dengan pemandangan pokok2 besar yang cantik, rasa macam pokok2 dalam citer jepun.. teksi2 derang lak macam kat dalam citer2 hongkong

Destinasi pertama ialah Far East Plaza utk jalan2 carik makan.. bila dah kenyang kami ke Jurong BirdPark, menaiki MRT dan bus. Station MRT di sana bertingkat2.. kalu tak pandai baca signboard kita boleh sesat..


Balik ke hotel, kami disuprisekan dengan birthday kek utk Kak Lin (dia tua sehari je dari aku hehehe) . Kek dihadiahkan oleh hotel tempat kami menginap. So we both shared the kek la. Yummy..



Kul 5, jalan2 kat Galeria, sementara menanti bus ke MidNite Safari. Di MidNite Safari, kami dapat lihat hyena yang hidup (berjaga dan bergerak, normally kalu kita pegi zoo waktu siang wildlife ini akan tido). What happen kalu wildlife2 ni melompat masuk dalam tram? I dont want to imagine.. Hidupan liar yang kurang berbahaya kebanyakkan nya dilepaskan dikawasan safari. We can take picture, but we are not allow to use flash. Actually mood aku tak ok malam tu.. sory girls..


Malam masih muda, ScootRoad dan OrchardRoad masih hidup. Kami jalan2 di kawasan sekitar sementara kaki masih berdaya. Kul 12 tido, we need rest banyak lagi tempat nak kena pegi.

Note : TQ Lin pasal jadi Pemandu Pelancong + Sharing the Kek

Tuesday, January 27, 2009

Pagi yang cerah


Awal2 pagi mak dah bangun masak nasik lemak sambal sotong.. First strategi is makan2 kat taman di DanggaBay.. kunun2 nak berkelah.. the strategy has been cancel.. due too buat per makan sana.. baik makan kat rumah dengan tenang.. kita g sana jalan2 amik gamba..

Lepas sarapan... maka berduyun2 kami bergerak ke DanggaBay.. Aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan yang tak diingini.. Cuti kan.. sapa yang sanggup bangun awal.. kami je yang suker bangun awal2 pagi nih.. hahahaha..

Dapat amik gambar dan bergambar di 'Pantai'.. pastu rumah2 melayu.. 2 jam masa berlalu.. kelibat2 yang tak diingini mula kelihatan.. moh kita balik..

Petang aku dah bergerak balik ke Shahalam.. i will miss my anak sedara tuh.. muahhh..

Monday, January 26, 2009

Mahluk asing itu

Menu makbonda ku pagi ini, goreng pisang. Tengah hari masak soto ayam + nasi impit.
Ni yang aku tak suke kat mak aku ni.. suker masak sedap2.. lepas tu.. aku 'terpaksa' la makan.. hahahaha.. camna tuh.. anyway mak.. masakan mak memang sedap aaa.. yummy... (hahaha.. macam la masakan mak orang lain tak sedap kan).. tapi mak aku masak memang sedap ooo....
Patutnya awal2 pagi dah ke DanggaBay.. tapi makan nyer pasal.. trip tunda ke petang.. aku memang tak suker tempat2 tu.. waktu petang.. ramai sungguh orang2 asing.. terasa berada ditempat lain je.. Tak sampai 30minit di DanggaBay.. kami angkat kaki balik rumah lagi bagus..

Sunday, January 25, 2009

Hanya dapat kupandang

Masih di Larkin. Seharian dirumah melayan karenah 2 orang budak kecik ituew..

Petang kami ke Pantai Lido.. Singapura kulihat dari jauh.. hmm.. kapan aku akan kesana ya.. hehehehe.. tak sampai 10minit lepak kat situ.. hujan dah start turun.. huhuhu..
Next destination is Tol Skudai.. tunggu adik2 aku yang turut turun JB..

UTM, Skudai.. nanti2 aku akan jenguk lagi..

Saturday, January 24, 2009

Kurasa jauh perjalanan itu

First time drive dari Shahalam,Selangor ke Larkin, Johor. Perjalanan yang lebih lama daripada perjalanan aku balik ke kg.. Me, my mak n a brother.

Singgah sebentar di Nilai. Walau ditentang keras olih adikku. Nak buat camno.. Stereng ditanganku.. Beli kotak mengkuang yang sudah xpired. Rega asal rm49 menjadi rm10. Ada yang dah dimakan 'bubuk'.. warna dah bertukar daripada asal. Tapi kubeli jua.. kerana kupernah beli kotak yang sama sebelum ni... it's look nice bila dah kat atas meja komputer dirumah..

Perjalanan diteruskan dengan bara dihati.. jammed ooo dari nilai sampai air keroh.. aiyarkk..

Alhamdullillah sampai jua.. walaupun tersalah arah tujuan.. lega dapat juga aku jumpa 2 orang anak sedara aku yang kecik2 itueew..

Wednesday, January 14, 2009

Banjir

UDA-san : KLIA banjir.

Huh??? Takder la lebat sangat hujan kat area ni.. minggu nih.. tapi kenapa banjir? Aku salah kefahaman rupernye.. data banjir.. ada overflood data kat KLIA.

Banjir - Over flood data kat system

Thursday, January 01, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Aku berdoa dan berharap.. Mana2 azam dan impian dan harapan tahun lepas aku yang masih tak tertunai lagi, agar tertunai tahun ini.. tahun 2009.. InsyaAllah... Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...