Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Tuesday, May 26, 2009

Bersamamu

Trip redah dan terjah kali ini adalah ke Setiu, Marang, Tganu atas alasan Endurance. Bergerak lambat dari yang sepatutnya, kerana kejadian yang menguji kekuatan fizikal serta keakraban persahabatan diantara mereka.

Trip perjalanan yang panjang. Almost 12 hours berada dalam kenderaan. Sungguh jauh perjalanan itu. Terpaksa melihat antara satu sama lain tanpa henti. Tak jemukah mereka? Tapi perjalanan ini masih menyeronokkan.

Tiba di Setiu pabila waktu telah dinihari. Mata2 mereka sudah makin rapat. Mendapati keadaan bilik yang bakal dihuni amat menyedihkan maka dkuatkan perasaan bersabar dengan sebaiknya. Maka tidur jua mereka akhirnya.

Bila mentari timbul, mereka keluar mencari ilham. Melupakan seketika perkara semalam yang menyedihkan. Namun masih ada yang bersedih. Maka bila perut dah diisi. Penjelajahan pun dimulakan mencari sesuatu yang boleh menghilangkan kesedihan. Jauh perjalanan luar pemandangan. Akhirnya jumpa jua apa yang dihajati. Mereka pun senyum sampai ke telinga.

Petang baru mereka bergerak ke tempat yang sepatutnya mereka berada. Mengambil gambar kuda2 yang gagah perkasa. Namun aku terkilan. Tak berkesempatan mengambil gambar Tuanku Mizan menunggang kudanya.

Bila malam tiba mereka menjelajah lagi. Mereka masih tak jemu menjelajah. Ditemani oleh famili adik pak supir. Lewat malam baru mereka menjergah teratak baru mereka yang cantik menawan. Dan mereka pun tidur dengan nyenyaknya.

Pagi2 buter aku tlh mengganggu tidur eyan. Maka pagi2 jugak dia membalasnyer. Lepas solat subuh aku dan eyan kembali ke tapak endurance menyambung hajat kami ke sini. Masih ada lagi pertandingan. Masih ada lagi gambar yang boleh diambil.

Sebelum balik kl, kami ke rumah adik pak supir kami. Menjamu perut dengan mee goreng sebagai sarapan pagi. Sambil melayan telatah anak2 sedara pak supir dan kawan2nya. Meriah. Sambil2 mangambil buah mempelam yang tumbuh dikeliling rumah mereka. Terima kasih daun keladi. Nanti kami datang lagi ye.

Usai azan zohor kami bergerak kembali ke kl. Perjalanan yang panjang kami tempuhi lagi. Namun terjahan demi terjahan dibuat bagi menghilangkan kebosanan. Mereka terjahi kedai keropok lekor, pasar payang, masjid, R&R, dan kedai makan. Maka dinihari jua lah baru mereka tiba di rumah mereka.

Akan ada lagikah perjalanan yang sebegini nanti? Biarlah masa yang menentukan. Malas nak plan. Tapi impian tetap ada.

Nota kaki : terima kasih kepada pak supir.. yang sanggup menjadi supir dan masih sanggup menjadi banker kami ini. nanti kita leh g jalan2 lagi yer :P

10 comments:

  1. well documented. :)

    sayangkan tak dapat ambil gambar tu. najmi nye pasal la kita tertinggal. :) sorry...

    ReplyDelete
  2. "dah 12 jam bersama... masih tak bosan lagi ke.."

    hehehhehehee ayat yg paling diingati.. insyallah ada rezeki kita gi australia ek.. hehehhehe..

    ReplyDelete
  3. p/s kak emy dah buat entry, so yati terkecuali laa ek nak menulis kisah kita ke terengganu.. hehehhehehe

    ReplyDelete
  4. ashiena:laaa.. korang g malibu ke?? (o_0) nanti akak letak..
    hyt:hahaha.. itu ayat pak supir tu.. dia dah bosan tu.. australia tu ayat sapa ye?
    hyt:hyt buat la entry pasal kisah kita nih.. version yati, novel version. akak nyer version abstract je..

    ReplyDelete
  5. lupa lagi satu. Reveal of pak supir.. fav song nya.

    "That you were Romeo, you were throwing pebbles
    And my daddy said stay away from Juliet
    And I was crying on the staircase
    Begging you please don't go, and I said..
    la la (with action)

    haha... jiwang juga pak supir ini..

    ReplyDelete
  6. And said
    Marry me juliet you'll never have to be alone
    I love you and that's all I really know
    I talk to your dad go pick out a white dress
    It's a love story baby just say yes


    hikhikhik.. banyak lagi la benda den tak letak nih.. cepat reveal eyan..

    ReplyDelete
  7. Baby jes say yeahhh oh yeeahhhh..i liikee.... huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...