Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tinggal 2008

Banyak azam dan harapan yang masih belum tertunai..

Namun, masih ada beberapa perkara yang boleh dikira kejayaan bagi aku..
1. Berjaya menjadi jutawan (rupiah je la.. hihihi)
2. Berjaya ubah 'charactorr' beberapa orang warga kabin (u guys know who u are)
4. CMMI level 3 (hahaha - my roles and responsible are - penat aku hafal orang tu tak tanya!)
5. Signoff 2 module
6. Berjaya mengharungi beberapa fear factor masa trip Redah dan Terjah Redang.
7. Others (Let it be my secret la)

What about today


Last trip for the year of 2008. Alhamdullilah, akhirnya aku berjaya jugak menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Trip ni adalah trip 2 buah kereta. 1 keter aku (me, my mom and my 3 brothers). the Other car is my neighboor yang dok belakang2, belakang rumah aku..

One day trip, begin at 5 am.. berakhir kul 5 petang dengan makan mee udang kat cangkat jering. Erk? Macam tak logic. Tapi sumer tempat yang aku nak pegi.. dah aku pegi.. hahaha..

Yang aku sempat pegi
1. Ladang teh
2. Strawberry park
3. Taman permainan
4. Cactus park
5. Pasar malam (emm.. tempat jual banyak2 sayur tu)

Itu je kot tempat2 yang kami pegi. Tapi ok la.. aku puas hati.. pasal aku dapat shoot gamba2 yang aku nak shoot dari dulu.. it's look yummy.

Tapi, yang paling sedih dan sakit ialah aku jatuh terseliuh.. jatuh kat ladang teh.. apa nih mana leh letak lopak air kat tengah2 jalan.. ishkk.. sapa nyer keje nih.. last 2 week aku jatuh jugak.. dengan teknik jatuhan yang sama.. this time lagi sakit.. terhencut2 aku berjalan. Makk tolong urut yer nanti.. hehehe.. TQ mak..

Monday, December 29, 2008

1 Muharram 1430 Hijrah

Salam Ma'al Hijrah

Semoga aku akan berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik utk dunia dan akhirat. Amin.
Harap anda semua pun begitu..

Sunday, December 28, 2008

Perjalanan tanpa henti


From 28 Dec 2008 to 30th Dec 2008, me with my cabin crew (saki-baki crew) akan mengalami perjalanan tanpa henti dengan menaiki van sewaan. Bermula daripada KL - Perak - Perlis - Siam - Kedah - Penang - Perak - KL. The trip is penat dan penat.

Anyway.. TQ for the Drivers and the Bankers.

Motif utama trip adalah utk g Wedding budak najmi. Tapi masa banyak dihabiskan dengan pergi ke tempat2 lain yang lebih mengujakan. Wuhuu..

1. Makan seafood kat Kuala Perlis
2. Tido kat hotel Sooguan (ame suh tulis. kenangan dia ngan sca ngan apis ngan mdiah)
3. Shoping kat Wang Kerian
4. Tengok view daripada bukit tinjau perlis
5. Tengok helikopter tak dapat terbang (bateri kong)
6. Naik ferry g pulau pinang (dah lama aku tak naik ferry)
7. Lepak2 kat penang.

Itu je kot.. hehehe..

Thursday, December 11, 2008

The submission

10 submission
10 rejection / not approved

new submitters must receive approval on at least seven (7) of ten (10) submission..
all 10 submission were unable to be approve because of this reason
#1 - not in focus
#2 - not approved
#3 - noise
#4 - not in focus
#5 - not approved
#6 - not in focus
#7 - contains potential trademark or copyright
#8 - not in focus
#9 - poor light
#10 - noise
being invited to resubmit in 30days.. usaha tangga kejayaan.. wish me luck..

note : bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah..

Monday, December 08, 2008

The calling

Panggilan haji.. Telah tiba lagi.. Menunaikan ibadah.. Panggilan Baitullah.. Tanah Suci Makkah.. Ya Makkatul Mukarramah..

InsyaAllah.. kalu diizinkan Allah.. aku ingin menyahut panggilan tersebut..

Sunday, December 07, 2008

Crawling


Tunggu masa nk balik kg..

Nothing much to do.. surfing interior blog..
sambil2 melingkar dalam selimut depan tV.. sambil tengok tV.. sambil makan biskut cicah air teh.. pastu masak meggi..

Sambil2 melingkar.. sambil2 ambil gamba..

Tuesday, November 18, 2008

Indah lelapku

Aku ingin tidur

Ku pandang awan tinggi melayang
Ku pandang langit bintang bertaburan
Berkelap kelip seumpama berlian

Burung2 kecil bernyanyi penuh kesayuan
Cengkerik berlagu penuh perasaan

Kunikmati anugerah ini
Menghiasi hidupku

Ku ingin tidur
Kerana aku sudah ngantuk
Kerana hari sudah malam

Tidur
Tidur yang cukup penting dalam meredakan tekanan. Tidur nyanyak dimalam hari membuat kita fresh dan bersemangat untuk menghadapi hari mendatang. Tidur yang sempurna juga penting untuk awek muda. Peace.

Nota : Gambar Maisarah sedang nyenyak tido..

The Currypuff Girl

Mak long nak pegi pasar ni.. sapa nak ikut?

Kalu merah nak ikut.. pakai ini bekas dulu.. huhuhu..

1, 2, 3 cheese.. but please do not smile ok..

hihihi..

Ok.. jom kita pergi pasar...

Thursday, October 30, 2008

Kala malam bulan mengambang

PekanTua - Telah berlaku satu kejadian anih, seorang lelaki pejabat didapati tersalah masuk ke toilet perempuan pejabat. Akibat daripada kesalahan lelaki pejabat tersebut, 2 orang perempuan pejabat telah bertukar menjadi zombie yang comel.. Maka bertempiaranlah lelaki pejabat lari menyelamatkan diri.. Kejadian anih tersebut telah berjaya dirakam oleh wartawan terunggul bagi makalah 'Cabin'.
Untuk rekod, lelaki pejabat tersebut seringkali terlibat dalam kejadian mengerikan di beberapa kawasan. Beliau sering menjelmakan diri menjadi 'Momok German' tanpa badan disekitar kawasan. Beliau juga sedang diburu oleh beberapa orang pengaturcara komputer makalah 'Cabin'. - Laporan Bernama emy

Gadis tanpa wajah...


PekanTua - Seluruh kampung Kopi Putih, PekanTua menjadi gempar dengan kehadiran seorang gadis tanpa wajah.. Gadis tersebut menjadi tanda tanya kerana seringkali kelihatan dikhalayak ramai dalam keadaan menutup muka. Turut menjadi misteri adalah pemilik jari dibelakang gadis tanpa wajah.. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri - Laporan Bernama emy..

Friday, October 24, 2008

Mana kek den?


Sudah lama, aku tunggu kek birthday aku.. buatan tangan minah ini.. sampai hari ini tak dapat2 lagi.. aku rasa marah dah keciwa yang teramat.. huhuhu mujur ada tangan2 yang sudi menolong aku membalas dendam.. namun.. aku masih menanti.. kek free utk hari jadi aku..

Magic vs Meatball


Puan jijah (bukan nama sebenar) telah menganjurkan satu jamuan biskut raya di rumahnya. Kami beramai2 telah berkunjung kerumah beliau. Kami telah dijamukan dengan minuman dan kuih raya.. serta samosa goreng yang sedap.
Terima kasih diucapkan kepada puan yang menganjurkan jamuan tersebut. Semoga murah rezeki.
Nampaknya.. rezeki puan memang murah kerana saya mendapati, dihall rumah puan kelihatan satu objetk yang dipanggil tv flat screen 42 inci.. so apa motif puan mengajak kami pergi ke rumah puan sebenarnya?? (gelak gelak kecil - cik asenah) hahaha..
Abaikan tentang objek aneh tersebut..

Rezeki kami juga murah pada hari itu.. ada orang sudi belanja meatball kat IKEA. TQ kepada orang yang belanja kami2 ini.. Selain disajikan dengan meatball, kami turut disajikan dengan dengan persembahan magic... walaubagaimanapun magic tu.. tak menjadi.. dan penonton2 semua merasa kecewa.. pesanan kepada penganjur.. sila pastikan ahli silap mata anda mempunyai skill yang sepatutnya.. sekian saja laporan saya pada hari ini..

note : cikgu le3n? tatabahasa saya ok tak?

Monday, October 20, 2008

Nenek kebayan?

PondokCabin - 2 orang ibu mithali telah bertukar menjadi nenek kebayan dengan tiba2 selepas memakan kek batik.. Peristiwa tersebut sangat menakutkan penduduk PondokCabin. Seluruh penduduk PondokCabin telah manjadi fobia untuk memakan kek batik buatan air tangan Shira. - Laporan Bernama emy

Saturday, October 18, 2008

Gadis pengembala lembu


5 orang perempuan pejabat telah menjadi sukarelawan bagi sebuah ladang menternak lembu. - Laporan Bernama emy

Monday, October 06, 2008

Numb3rs vs Incident

Senin pagi..
Kemas2 barang utk balik semula ke perantauan.. sambil2 kemas aku tengok citer Numb3rs kat TV.. ni first time aku tengok citer Numb3rs nih.. citer nih guna formula matematik utk selesaikan masalah.. hmm.. memang hidup kita penuh dengan perkiraan dan perhitungan..

Kul 11.. gerak keluar dari kampung menuju ke perantauan..

Kul 1 tghari.. kereta aku terlibat dengan satu incident dan xcident.. takder yang cedera harapnya.. Kereta yang melanggar menghilangkan diri jauh di mata.. keter yang kena langgar tu (keter aku).. cedera kat jejari tayar.. ada 6 jalur jejari tayar keter aku terkena cat keter si pelanggar.. so.. saya nak mintak maaf kat empunya keter yang melanggar.. walaupun jejari tayar keter aku turut tercedera..

Kaitan antara citer Numb3rs kan incident itu adalah..
Berapa kah panjang kecederaan kereta yang melanggar kereta aku ni.. ??

Maka kita bleh menggunakan formula matematik utk membuat pengiraan dan perhitungan ke atas kecederaan yang dialami oleh kereta yang melanggar kereta aku..

Sekali lagi.. saya minta maaf.. walaupun saya tak bersalah.. hehehe

Regards,
Owner of Mafia Official Car

Sunday, October 05, 2008

Badak yang seksi

5 Syawal
Sofian : Kita p tesco jom?
Aku : Kat ShahAlam takder Tesco ke?
Ndak : Tesco jom..
Aku : Ni sorang lagi..
Emak : Jomm.. kita p Taiping..
Aku : Jommm lah...

3ptg
Wah.. tol plus ke arah Ipoh jammed
Aku : Syukur aku balik esok..

5ptg
Aku : Kita nak p mana nih?
Ramai2 : Kita p zoo la.. hahahaha...
Ramai2 : Jommm...

Saturday, October 04, 2008

Keceburrr...

Aku : Kita dok rumah je hari ni yer... nak tengok tv..

tghari..
Taufiq : Kemy, panas a..
Ndak : Lata jomm..
Wan : Topiq, jommm..
Emak : Jomm2.. kemal mana?
Taufiq : Tinggal ja dia.. dia p mancing tu..
Sofian : Keropok jangan luper bawak a..
Aku : hehehe..

Dari kiri cepat jalann... kiri kanan.. kiri kanan...

Thursday, October 02, 2008

Obor2 di tepi pantai

27 Ramadhan
Ina : Emy, kita g teluk senangin nak raya nih..
Aku : Okeih set..


2 Syawal
Teh Noi : Kita nak buat pe hari ni..
Aku : Hmm..
Emak : Kita masak laksa la hari nih..
Ngah : Haa.. kita nak p mana hari ni?
Ndak : Kita g teluk senangin jom?
Cik TOi : jom
Ina : Hmm..
Ramai2 : JOOOMMMMM...

Maka sekoyon2 mereka beramai2 berarak menuju ke teluk senangin...

Wednesday, October 01, 2008

Selamat hari Raya..

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Hitam hitam si tampuk manggis,
Merah pulasan enak rasanya,
Kalau ada kata yang mengguris,
Sepuluh jari maaf dipinta.

Macam selalu.. Raya musti meriah.. ada lemang.. ketupat sama itu rendang ayam.. ada rendang special tahun ni.. Rendang 'Lokan'..

Nota : Selamat hari lahir Teh Noi.. :-)
Genap 8 tahun... :-( Al-Fatihah to my ayah.. Allahyarham Md Zain bt Mah

Wednesday, September 24, 2008

Senaman perawat duka

Ia hanya mengambil masa dalam 7 minit…Senaman ringan ini dapat menenangkan jiwa kepada si pemerajuk…mari kita ramai2 lakukannya bersama..


ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up.. tarikkkk…hembusss….


tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa..wa.. aaa(buat sampai bercahaya)


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk.. (mmg berkesan)



dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje.. yeay~


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masaalah…


buat secara aggresive pula… jangan peduli apa orang lain kata.. (gaya freestyle)


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala…


tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…


akhir sekali.. buat joget kucing…


Dengan ini saya pasti,anda pasti akan tersenyum…Walaupun cikit,tp sure ade senyum jugak kan…Just make ur day happy…Think positifly n smile always… )Sekian.

Nota : ini adalah forwarded email.

Chicken Hartz


Celebrate birthday dak Peps sama dan Nagakeciks.


Special skit sebab bulan puasa.. dak Najmi sponsor skit.. @ kena pau dek budak2 kabin.. hehehe.. TQ najmi.

Si Peps kelihatan tidak bersabar nak tengok kek dia.. sampai sanggup intai kami pergi membeli kek.. huh!


Tuesday, September 23, 2008

Seoul Garden

Berbuka di Seoul Garden, sascha jadi organizer.

Actually ini adalah gathering orang lain, tetapi terganti dengan gathering kami2 lak. Maka terjadi lah gathering the cabin. Kehadiran dirahsiakan atas sebab2 keselamatan jalan raya.

Sekian.




note : sekadar gambar hiasan

Saturday, September 20, 2008

Cermin vs Balang kuih


Pesanan dari orang kg (taufiq dan mak) kepada aku.
Sekiranya aku menjejaki kaki ke IKEA, adalah digalakkan kepada aku untuk membeli cermin 4 keping bersama sebiji balang kueh.
Cermin permintaan taufiq dapat dibeli. Balang kueh takder la mak.. huhuhu.. cutting tu dah abis dijual.. nanti lepas raya kita cari lagi ye..

Keje hari sabtu. Nak kena siapkan SRS. Berapa kerat je datang.. 'E' yang bukan emy dah decide awal2 nak berbuka di IKEA makan swedish meatball..?? nak rasa sebenarnya.. tapi cafe dah jadi buffet berbuka puasa.. kami2 pegi lambat.. dan tempat dah fullbook.. so cari tempat lain.. iaitu Vhicuda, Damansara.

Akhir kata, TQ kepada tukang driver dan merangkap tukang belanja.
Sekian.

Thursday, September 18, 2008

Shushi king, Sooka, KL Sentral

Mini aqua member reunion..
Macam selalu.. kami akan berbuka bersama2..
Antara yang datang.. ita, emy, fidah, lin, ainun with husband (en. Jali)

Kali ini, ita jadi organizer, cadangannya nak makan di Kelantan Delight.. dan dah book..
Tapi, nasib tak menyebelahi kami.. nama ita takder dalam senarai..

Maka sekoyong2 kami ber6 keluar dari Kelantan Delight.. mencari tempat lain. So, mata2 kami terus terpandang akan Shushi King. Maka masing2 bersetuju utk tukar lokasi berbuka puasa. Kebetulan, shushi king lebey privacy kerana tak ramai orang. Oleh yang demikian, dapatlah la kami berborak dengan aman.. walaupun mungkin orang lain yang ada dalam shushi king tu.. merasa tidak aman.. hehehe..




Sekian.
nota : sekadar gamba hiasan

Friday, September 12, 2008

Palace of the golden horses

Berbuka bersama perhilitan.. anjuran ePerhilitan.

Sunday, August 31, 2008

Mengintai anak bulan Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi. Tahun ini, dapat tengok aktiviti mengintai anak bulan Ramadhan yang sememangnya diadakan di Pasir Panjang, Perak.

Pasir Panjang adalah antara lokasi melihat anak bulan dinegara kita.. Kawasan pantai yang saujana mata memandang.. di kejauhan kelihatan bot2 nelayan keluar mencari rezeki.. Sambil kedengaran deruan ombak2..

Panorama yang memang cantik.. pertembungan di antara bakal anak bulan dan matahari terbenam.. hmm.. dengan mata kasar memang tak dapat nak lihat anak bulan tu.. dengar cerita daripada my pakcik.. daripada lokasi kami.. anak bulan memang tak dapat dilihat.. kerna dilindungi awan2 yang bertaburan di angkasa langit..

Namun puasa kekal esok... 1 September 2008 : Dengan kata lain, selamat berpuasa.

Selamat Hari Merdeka yang ke 51

Selamat Hari Merdeka...

Merdeka bukan bererti kita bebas.. bebas berkata2.. bebas bertindak..

Namun kita bebas berfikir.. bergerak.. beribadat.. belajar mengejar teknologi..

Cuma jangan kita salah langkah.. salah tafsiran.. kerana nikmat kebebasan boleh ditarik bila2 masa sahaja oleh DIA..

Tepuk dada.. tanya akal.. ;)

Nota : Nothing much to say.. macam selalu.. pagi2 hari Merdeka musti tonton acara perbarisan di TV, tunggu kelibat angkatan berunifom berarak.

Friday, August 29, 2008

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan. Mohon Ampun dan Maaf .
Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

Regards,
BungaOren

Friday, August 08, 2008

Blog activation

Salamz..

Dah lama blog ini wujud, sejak September 01, 2005. Memandangkan layout tak berapa nak cantik.. saya hold hajat utk berkarya didalam blog ini..

Semoga dengan perubahan yang berlaku pada layout ini.. saya harap.. saya akan dapat meluangkan masa bagi berkongsi idea dan pandangan dengan bakal2 pembaca blog ini :"> melalui blog ini.

Monday, July 07, 2008

My new bed sheet..


After a while.. need to change my mood.. so i change my bed sheet.. hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...