Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Thursday, October 30, 2008

Kala malam bulan mengambang

PekanTua - Telah berlaku satu kejadian anih, seorang lelaki pejabat didapati tersalah masuk ke toilet perempuan pejabat. Akibat daripada kesalahan lelaki pejabat tersebut, 2 orang perempuan pejabat telah bertukar menjadi zombie yang comel.. Maka bertempiaranlah lelaki pejabat lari menyelamatkan diri.. Kejadian anih tersebut telah berjaya dirakam oleh wartawan terunggul bagi makalah 'Cabin'.
Untuk rekod, lelaki pejabat tersebut seringkali terlibat dalam kejadian mengerikan di beberapa kawasan. Beliau sering menjelmakan diri menjadi 'Momok German' tanpa badan disekitar kawasan. Beliau juga sedang diburu oleh beberapa orang pengaturcara komputer makalah 'Cabin'. - Laporan Bernama emy

Gadis tanpa wajah...


PekanTua - Seluruh kampung Kopi Putih, PekanTua menjadi gempar dengan kehadiran seorang gadis tanpa wajah.. Gadis tersebut menjadi tanda tanya kerana seringkali kelihatan dikhalayak ramai dalam keadaan menutup muka. Turut menjadi misteri adalah pemilik jari dibelakang gadis tanpa wajah.. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri - Laporan Bernama emy..

Friday, October 24, 2008

Mana kek den?


Sudah lama, aku tunggu kek birthday aku.. buatan tangan minah ini.. sampai hari ini tak dapat2 lagi.. aku rasa marah dah keciwa yang teramat.. huhuhu mujur ada tangan2 yang sudi menolong aku membalas dendam.. namun.. aku masih menanti.. kek free utk hari jadi aku..

Magic vs Meatball


Puan jijah (bukan nama sebenar) telah menganjurkan satu jamuan biskut raya di rumahnya. Kami beramai2 telah berkunjung kerumah beliau. Kami telah dijamukan dengan minuman dan kuih raya.. serta samosa goreng yang sedap.
Terima kasih diucapkan kepada puan yang menganjurkan jamuan tersebut. Semoga murah rezeki.
Nampaknya.. rezeki puan memang murah kerana saya mendapati, dihall rumah puan kelihatan satu objetk yang dipanggil tv flat screen 42 inci.. so apa motif puan mengajak kami pergi ke rumah puan sebenarnya?? (gelak gelak kecil - cik asenah) hahaha..
Abaikan tentang objek aneh tersebut..

Rezeki kami juga murah pada hari itu.. ada orang sudi belanja meatball kat IKEA. TQ kepada orang yang belanja kami2 ini.. Selain disajikan dengan meatball, kami turut disajikan dengan dengan persembahan magic... walaubagaimanapun magic tu.. tak menjadi.. dan penonton2 semua merasa kecewa.. pesanan kepada penganjur.. sila pastikan ahli silap mata anda mempunyai skill yang sepatutnya.. sekian saja laporan saya pada hari ini..

note : cikgu le3n? tatabahasa saya ok tak?

Monday, October 20, 2008

Nenek kebayan?

PondokCabin - 2 orang ibu mithali telah bertukar menjadi nenek kebayan dengan tiba2 selepas memakan kek batik.. Peristiwa tersebut sangat menakutkan penduduk PondokCabin. Seluruh penduduk PondokCabin telah manjadi fobia untuk memakan kek batik buatan air tangan Shira. - Laporan Bernama emy

Saturday, October 18, 2008

Gadis pengembala lembu


5 orang perempuan pejabat telah menjadi sukarelawan bagi sebuah ladang menternak lembu. - Laporan Bernama emy

Monday, October 06, 2008

Numb3rs vs Incident

Senin pagi..
Kemas2 barang utk balik semula ke perantauan.. sambil2 kemas aku tengok citer Numb3rs kat TV.. ni first time aku tengok citer Numb3rs nih.. citer nih guna formula matematik utk selesaikan masalah.. hmm.. memang hidup kita penuh dengan perkiraan dan perhitungan..

Kul 11.. gerak keluar dari kampung menuju ke perantauan..

Kul 1 tghari.. kereta aku terlibat dengan satu incident dan xcident.. takder yang cedera harapnya.. Kereta yang melanggar menghilangkan diri jauh di mata.. keter yang kena langgar tu (keter aku).. cedera kat jejari tayar.. ada 6 jalur jejari tayar keter aku terkena cat keter si pelanggar.. so.. saya nak mintak maaf kat empunya keter yang melanggar.. walaupun jejari tayar keter aku turut tercedera..

Kaitan antara citer Numb3rs kan incident itu adalah..
Berapa kah panjang kecederaan kereta yang melanggar kereta aku ni.. ??

Maka kita bleh menggunakan formula matematik utk membuat pengiraan dan perhitungan ke atas kecederaan yang dialami oleh kereta yang melanggar kereta aku..

Sekali lagi.. saya minta maaf.. walaupun saya tak bersalah.. hehehe

Regards,
Owner of Mafia Official Car

Sunday, October 05, 2008

Badak yang seksi

5 Syawal
Sofian : Kita p tesco jom?
Aku : Kat ShahAlam takder Tesco ke?
Ndak : Tesco jom..
Aku : Ni sorang lagi..
Emak : Jomm.. kita p Taiping..
Aku : Jommm lah...

3ptg
Wah.. tol plus ke arah Ipoh jammed
Aku : Syukur aku balik esok..

5ptg
Aku : Kita nak p mana nih?
Ramai2 : Kita p zoo la.. hahahaha...
Ramai2 : Jommm...

Saturday, October 04, 2008

Keceburrr...

Aku : Kita dok rumah je hari ni yer... nak tengok tv..

tghari..
Taufiq : Kemy, panas a..
Ndak : Lata jomm..
Wan : Topiq, jommm..
Emak : Jomm2.. kemal mana?
Taufiq : Tinggal ja dia.. dia p mancing tu..
Sofian : Keropok jangan luper bawak a..
Aku : hehehe..

Dari kiri cepat jalann... kiri kanan.. kiri kanan...

Thursday, October 02, 2008

Obor2 di tepi pantai

27 Ramadhan
Ina : Emy, kita g teluk senangin nak raya nih..
Aku : Okeih set..


2 Syawal
Teh Noi : Kita nak buat pe hari ni..
Aku : Hmm..
Emak : Kita masak laksa la hari nih..
Ngah : Haa.. kita nak p mana hari ni?
Ndak : Kita g teluk senangin jom?
Cik TOi : jom
Ina : Hmm..
Ramai2 : JOOOMMMMM...

Maka sekoyon2 mereka beramai2 berarak menuju ke teluk senangin...

Wednesday, October 01, 2008

Selamat hari Raya..

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Hitam hitam si tampuk manggis,
Merah pulasan enak rasanya,
Kalau ada kata yang mengguris,
Sepuluh jari maaf dipinta.

Macam selalu.. Raya musti meriah.. ada lemang.. ketupat sama itu rendang ayam.. ada rendang special tahun ni.. Rendang 'Lokan'..

Nota : Selamat hari lahir Teh Noi.. :-)
Genap 8 tahun... :-( Al-Fatihah to my ayah.. Allahyarham Md Zain bt Mah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...