Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Dinner nasi lemak

 Nasi lemak yang biasa-biasa bagi saya.

Paru goreng berempah yang sedap

Nota:
1. Semalam kami stayback di pejabat
2. Pesan pada seorang kawan, nasi lemak bungkus area Keramat for dinner
3. Sedap? Sambalnya bukan citarasa saya.
4. Tapi paru goreng berempah itu sedap.
5. Burps! Alhamdullillah.

Wednesday, December 14, 2011

Sarapan nasi lemak



Nota:
1. Thanks Aina tolong belikan nasi lemak sarapan saya hari ini.
2. Thanks Aqila sebab tolong belikan tiket parking hari ini.
3. Thanks Iera sebab selalu tolong belikan tiket parking.
4. Amaran! Hari ini Eyan jadi bos!
5. Saya tak kenal budak topex ni!

Tuesday, December 06, 2011

Ganjaran ais cream

Jika kita sudah berhempas pulas bekerja, belajar ataupun berusaha akan sesuatu perkara, seharusnya kita perlu menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu hadiah, kecil atau besar, mahal atau murah tidak menjadi masalah, yang penting kita menghargai diri kita sendiri sebagai ganjaran atau upah atas segala usaha kita.

Belanja diri sendiri makan ice cream magnum classic juga adalah satu ganjaran kepada diri sendiri.

Espresi mata sudah membayangkan keceriaan makhluk Allah ini! 

Menikmati Aiscream!?? PM dia belanja ais cream rupanya! 

Sesekali belanja orang makan ais cream, boleh merapatkan silaturrahim. 

BungaOren pun kena tembias dibelanja diri sendiri makan aiscream Magnum Classic.

Nota:
1. Adakah anda menganjarankan diri anda?
2. Apakah yang menjadi batu pengukur yang menyebabkan anda akan memberi ganjaran kepada diri anda?
3. Apakah yang anda akan beli untuk diri anda sebagai ganjaran atas usaha anda?
4. Berikan ganjaran yang sepatutnya dan sebaiknya kepada diri anda.
5. Tapi! AWAS! Sila jangan membazir!

Wednesday, March 16, 2011

Menu : Pulut Hitam With Ice Cream

Selak-selak gambar dalam laptop terjumpa satu gambar ni. Kisahnya, gambar ini diambil pada hari tu samaada  minggu lepas ke bulan lepas ke tahun lepas. Kami (budak2 pejabat) pergi makan kat Restoran Ibunda.

Pulut hitam with Ice Cream memang combinasi yang hebat. Lemak dan lemak. Kalori dan kalori. Mujur dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit. Walaupun hakikatnya masih tidak puas makan. Cik bungaOren memang penggemar bubur pulut hitam.

Susun atur pulut hitam ini menarik perhatian cik bungaOren. Boleh dijadikan idea untuk ambil gambar food photography. Cik bungaOren memang suka tengok kaji stail2 food photography ni. Dalam removal hardisk cik bungaOren memang ada belambak banyak koleksi gambar food photography orang-orang lain-lain yang cik bungaOren jumpa dalam internet nih.



Nota:
1. Impian dalam hati nak jadi fulltime photograper
2. Impian dunia nyata nak jadi photograper
3. Hakikatnya, masih seorang juruterengkas berkomputer
4. Sampai bila harus kerja dengan orang kan
5. Boleh ke bekerja dengan orang-orang?
6. Penat berfikir or penat berpeluh?
7. Mana lebih penat?

Wednesday, March 09, 2011

Menu : Roti cicah bubur durian

Durian dah habis gugur. Namun memori masih dalam ingatan. Kesedapan roti cicah bubur durian seolah-olah terasa ditekak. Yummm..

Tiba-tiba teringin nak makan bubur durian.

bubur durian


Nota:
1. Durian sedap
2. Bubur durian sedap
3. Biasanya bubur durian sedap dimakan dengan pulut tanak.
4. Tiada pulut, roti pun sodap
5. Burps!!!!
6. Eh..? Bukan ke cik bungaOren sedang diet?
7. Sedang?
8. Yang sedang-sedang saja

Tuesday, March 08, 2011

Menu : Mee Bandung Tangkak

Semua orang tahu tentang Tangkak. Tangkak terkenal dengan kedai-kedai menjual kain. Memang banyak kedai-kedai kain di sana. Cik bungaOren pernah beberapa kali ke sana. Bukan memborong cuma membeli semeter dua kain. Sungguh tidak berbaloi datang dari jauh untuk membeli semeter kain. Tapi tak mengapa, jauh perjalanan luas pemandangan.

Sambil-sambil melihat pemandangan yang luas, kita singgah makan. Tidak jauh dari kawasan kedai-kedai kain itu (menghala ke Lebuhraya Tangkak) ada deretan gerai kecil. Di situ kami singgah makan Mee Bandung. Mee Bandung yang sedap.





Nota:
1. Kena diet
2. Tak boleh makan makanan berminyak
3. Tak boleh makan makanan berlemak
4. Nak makan apa nih?
5. Burps.. !!!
6. Eh... tiba2 plak..
7. (-_-)y

Tuesday, January 25, 2011

Lapar nasi

Semalam terlupa nak letak entry. Hari ini cik bungaOren tiada idea apa nak letak dalam entry hari ini. Maka cik bungaOren godek-godek folder gambar dalam notebook cik bungaOren. Terjumpa beberapa gambar yang sesuai dengan situasi perut cik bungaOren sekarang ini. Situasi cik bungaOren sekarang ialah LAPAR.

Korang layan ler gambar dibawah sementara cik bungaOren cari idea lain untuk dikongsi bersama anda semua.







Nota:
1. Makan apabila lapar
2. Berhenti makan sebelum kenyang
3. Ada orang tanya macam mana kita nak tau kita dah kenyang?
4. Korang agak siapakah yang tanya soalan tu?
5. Orang tu duduk sebelah cik bungaaOren hari ini.
6. Dia dah merungut kat cik bungaOren pagi2 lagi
7. Bos dia marah dia semalam
8. Ala.. baru semalam bos tu marah dia.
9. Sebab selalu bos tu marah orang lain.
10. Saya bagi tips kat dia kalu kena marah lagi dengan dia tu.
11. Anda rasa siapa yang selalu kena marah dengan bos dia tu?
12. Saya tujukan entry hari ini kepada orang disebelah saya hari ini.
13. Sekian terima kasih.

Sunday, December 12, 2010

Bubur sagu

Sedap nih.. tapi sikit saja dibubuh dalam mangkuk.

Nota:
1. Jangan makan makanan berlemak

Thursday, December 09, 2010

Restaurant Brisik

Air serai ( rasa macam air gula + serai)


Gado-gado (sedap)

Kerabu mangga (sedap)

Nasi tomyam..

Nasi Brisik
Restaurant Brisik
Jaya One 72a Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
http://www.brisik.com.my/

I when eating to Brisik with Aqilah and Cik Peah

Nota:
1. A cozy place sesuai untuk group meeting
2. Ada one group sebelah meja kami buat meeting. Kami curi2 dengar.
3. Ada ikan siakap yang sangat besar yang depa tak abis makan. (hanya dijamah 2-3 sudu sahaja, ikan itu sangat besar)
4. Kenapa tak mau bagi kat kami???
5. Tak sedap ke ikan tu?
6. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri.
7. Mencuri hukumnya berdosa
8. Berbohong pun hukumnya berdosa.



Wednesday, December 08, 2010

Ikan goreng

Kadang2 jika tiada apa2 dirumah dan perut terasa lapar, kita akan masak dan makan apa saja yang ada dirumah.

Maka.. Pada suatu hari.. saya sangat lapar dan kurang rajin. Apabila saya lapar saya pun masaklah apa yang ada didalam peti ais rumah saya. Hasilnya...  terimalah menu ikan goreng dan sotong goreng kunyit sebagai hidangan mata anda.

stk.




Nota:
1. Ikan goreng + tempe goreng + nasi putih panas-panas + kicap manis = sedap
2. Ikan goreng + tempe goreng + nasi putih panas-panas + kicap manis + sotong goreng kunyit = pun sedap
3. Sometimes simple is better and less is more
4. Lapar la pulak

Saturday, December 04, 2010

Fullhouse, Gizi Mall, Kota Damansara

First of all, tajuk pinjam daripada entry Cik Peah






Saya pilih Cabonara Spaghetti sebagai makanan pilihan saya daripada restoran ini.

Friendly reminder:
1. Disenaraikan sebagai restoran yang menyediakan makanan halal daripada link ini http://food.malaysiamostwanted.com/venues/fullhouse-ara-damansara-pj

2. Namun masih belum ada dalam senarai halal daripada link ini :)
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW

Renung2kan..
stk.

Sunday, November 14, 2010

Menu: Ketam masak lemak

Peribahasa melayu dolu2.

1. Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan betul / lurus

sebenarnya bagai “ketam mengajar anaknya berjalan betul” membawa maksud hendak membetulkan orang lain.. tetapi diri sendiri dan batang tubuh “orang yang hendak mengajar” itu sendiri pun jalannya masih tidak betul. tapi tak salah nak membetulkan orang lain. dengan harapan kita pun cuba atau sama2 berubah ke jalan yang betul yang nak kita tunjukkan itu.


2. Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit, kuat manusia kerana ilmu.

Setiap makhluk ciptaan Allah itu ada kelebihan masing2. Bersyukurlah dengan kelebihan kita sebagai manusia. Gunakan lah ilmu yang dikurniakan ini sebaik-baiknya.

Nota:
1. Kerana manuasia berilmulah maka terhasilnya masak lomak ketam ni. :)
2. Senget2 ketam ni jalan, tapi bila dah jadik masak lemak ketam, sedap oo..
3. Tak suke makan ketam sebenarnya sebab susah nak makan. Tapi isi ketam sedap kan.


Source:
http://kiasanmelayu.blogspot.com/2009/11/bagai-ketam-mengajar-anaknya-berjalan.html
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kerana&d=11

Saturday, November 13, 2010

Menu : Siakap 3Rasa


Dalam perjalanan ke pasar klang

Emak: Nanti kita beli ikan siakap buat masak 3rasa
Me: Ikan siakap kan mahal
Emak: Ely teringin nak makan. Semalam dia dah berangan dah.
Me: hmm...

Di pasar klang

Me: Ikan siakap ni berapa RM sekilo?
Nyonya kedai: Ikan siakap RM11 sekilo. Mau berapa kilo?
Me: Aaa? murahnyer
Me: Aaa.. mak ok la.. kita beli siakap..

Me: Murahnyer ikan siakap. Ingatkan mahal
Emak: Ni ikan siakap bela.. bukan yang kat laut tu.. Rasa dia pun lain..
Me: Owh..
Emak: Kalu yang tangkap, rasanya lebih sedap.

Selepas kenyang makan ikan siakap 3rasa
Me: Betul le mak.. rasa dia lain.
Emak: Memang la.. :)

Thursday, October 07, 2010

Cokodok

Pisang berangan
.
.

Dikupas kulitnya
.
.
Kulit yang dikupas
.
Bersedia untuk dilenyek
.
.
Hasil lenyekkan
.
.
Outputnya mana?
.
.
Hasil gorengan?
.
.
.
Habis tanpa sempat buktikan kesedapannya
.
.
:P


Pisang emas dibawa belayar; Masak sebiji diatas peti;
Hutang Emas boleh dibayar; Hutang budi dibawa mati.

Wednesday, September 24, 2008

Chicken Hartz


Celebrate birthday dak Peps sama dan Nagakeciks.


Special skit sebab bulan puasa.. dak Najmi sponsor skit.. @ kena pau dek budak2 kabin.. hehehe.. TQ najmi.

Si Peps kelihatan tidak bersabar nak tengok kek dia.. sampai sanggup intai kami pergi membeli kek.. huh!


Tuesday, September 23, 2008

Seoul Garden

Berbuka di Seoul Garden, sascha jadi organizer.

Actually ini adalah gathering orang lain, tetapi terganti dengan gathering kami2 lak. Maka terjadi lah gathering the cabin. Kehadiran dirahsiakan atas sebab2 keselamatan jalan raya.

Sekian.




note : sekadar gambar hiasan

Thursday, September 18, 2008

Shushi king, Sooka, KL Sentral

Mini aqua member reunion..
Macam selalu.. kami akan berbuka bersama2..
Antara yang datang.. ita, emy, fidah, lin, ainun with husband (en. Jali)

Kali ini, ita jadi organizer, cadangannya nak makan di Kelantan Delight.. dan dah book..
Tapi, nasib tak menyebelahi kami.. nama ita takder dalam senarai..

Maka sekoyong2 kami ber6 keluar dari Kelantan Delight.. mencari tempat lain. So, mata2 kami terus terpandang akan Shushi King. Maka masing2 bersetuju utk tukar lokasi berbuka puasa. Kebetulan, shushi king lebey privacy kerana tak ramai orang. Oleh yang demikian, dapatlah la kami berborak dengan aman.. walaupun mungkin orang lain yang ada dalam shushi king tu.. merasa tidak aman.. hehehe..




Sekian.
nota : sekadar gamba hiasan

Friday, September 12, 2008

Palace of the golden horses

Berbuka bersama perhilitan.. anjuran ePerhilitan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...