Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Friday, May 15, 2015

Menjeram


Persisir Jeram



Rumah Api di Bukit Melawati




Kisah berlaku disuatu hari, pabila 3 beradik itu kebetulan tidak bekerja kerana bercuti yang tidak disengajakan. Boleh pulak tiba2x tiga beradik itu ambik cuti pada hari yang sama. Si emak happy lah sangat sebab langkahnya bakal panjang hari itu. Anak lelakinya pasti mengajak emak mereka jalan-jalan mencari makan. 

Hala tuju utama adalah ke Jeram. Namun mereka hampa kerana tiada kedai makan dibuka pada waktu tengahari. Mungkin ada, tapi mereka tidak menjumpainya. Terus pecut ke Kuala Selangor, alang-alang cari biar sampai jumpa. Kebetulan memang dah lama aim untuk naik ke bukit Melawati. Selepas makan ayam bakar madu di kaki Bukit Melawati mereka naik ke atas Bukit Melawati.
Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.Bukit Melawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat. Sumber - Wiki
Sebelum balik, mereka singgah sebentar di tepi sawah padi yang berada disekitar Sekinchan. Snap sekeping dua gambar dan mereka pun pulang dengan kekenyangan. Burps. Alhamdullillah.

Nota:
1. Dalam kehidupan ini tidak semua kenangan adalah kenangan pahit.
2. Sebenarnya kenangan manis lebih banyak untuk diingati berbanding kenangan pahit
3. Hadapi dengan senyuman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...