Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Monday, February 21, 2011

Resepi : Asam Pedas Ikan Tuna

Ikan tuna adalah spesis ikan kayu. Bezanya ikan tuna dengan ikan tongkol adalah isinya. Isi ikan tuna lebih putih. Melalui pembacaan, cik bungaOren mendapati, ikan tuna mempunyai lebih khasiat daripada ikan tongkol, maka cik bungaOren pun membelilah seekor ikan tongkol sebagai juadah kami.

Kepala ikan tuna ini dibuat asam pedas.

Bahan-bahan A (diblander) :
- Cili kering
- Cili padi
- Bawang merah
- Serai
- Kunyit hidup
- Jintan manis

Bahan-bahan B
- Asam jawa
- Bunga kantan
- Daun kesum

- Sayur kekacang

Cara-cara:
Panaskan air didalam periuk, masukkan bahan-bahan yang telah diblander. Masak sehingga naik minyak. Masukkan ikan. Tunggu sehingga ikan lembut. Masukkan air asam jawa dan bahan-bahan B yang lain. Masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidang.

Tambahan*
Biasanya bahan yang diblander akan ditumis dahulu sehingga pecah minyak. Resepi kali ini adalah resepi orang kalut. Salah cara sedikit. Apa-apa pun rasanya memang berbeza jika kita tumis bahan-bahan A dengan rasa asam pedas yang kita tidak tumis bahan-bahan A itu.






Nota:
1. Burps
2. Burps
3. Burps

4 comments:

  1. 4. ah sedap
    5. ah lazat
    6. nak skitttt....

    ReplyDelete
  2. Saya suka masak ikan asam pedas..kadang2 meratah je, tp dgn syarat masuk macam2 sayur..hehehe..

    tp your asam pedas tak payah tumis bahan A dgn minyak dulu ye?

    ReplyDelete
  3. nm02
    hahahah.. pandai hang add my nota ekk..

    cheqna
    itu versi tak tumis.. masak ikut mood namanya.. tak pun sebab kalut lupa nak tumis hahaha.. selalunya mak saya akan tumis dulu bahan2 yang diblander tu..

    nazrie
    badannya goreng pun sodap.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...