Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Thursday, February 10, 2011

Pipit sama pipit

Orang kata, enggang kena terbang dengan enggang, pipit kena terbang dengan pipit. Barulah setaraf, kata oranglah kan. Sebab orang orang kata jugalah maka wujudnya peribahasa Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Peribahasa melayu ini jelas menunjukkan perbezaan taraf antara dua darjat. Burung enggang selalu terbang tinggi. Burung pipit selalu terbang rendah. Selalu, maknanya bukan setiap masa. Si Enggang kadang2 perlu turun terbang rendah kebumi. Pipit tak salah kalau nak terbang tinggi mencapai awan.

Cik bungaOren pun orang  melayu juga. Kadang-kadang cik bungaOren menyokong peribahasa ini. Tetapi perbezaan darjat sering ditafsirkan sebagai perbezaan kekayaan, terutamanya kalau kita refer cerita PRamlee 'Antara Dua Darjat' lah kan.. Rasanya perbezaan darjat juga boleh ditafsirkan sebagai perbezaan pendidikan, agama, warna kulit dan banyak lagi (tak bleh nak recall vocab lain, hatta kerana sedang nonton siri akhir cerita 'Tiramisu' kat tv3) hehehehe.

Isu perbezaan darjat ini mungkin sensetif bagi sesetengah pihak. Maaf itu bukan motif cik bungaOren letak entri sebegini. Motif utama cik bungaOren utarakan isu ini hanyalah kerana cik bungaOren nak letak gambar burung pipit kat dalam entry kali ini. So layan.






Nota:
1. Idea nak menulis blog sangat banyak.
2. Tapi bila nak start menaip, idea seolah-olah terbang dibawa angin lalu.
3. Nyaris2 idea entry ini nak ikut terbang.
4. Sebab tak pasti sama ada ini gambar burung pipit atau burung ciak.
5. Pagi-pagi segerombolan burung-burung ini datang melawat
6. Laju-laju cik bungaOren jalan.
7. Mancari si dia yang bernama kamera.
8. Dalam banyak-banyak ekor
9. Hanya ini yang menambat jiwa.
10. Jadilahkan untuk entry kali ini.

6 comments:

  1. perbezaan ideologi.. hehehe.. antara 2 darjat juga.. ;P

    ReplyDelete
  2. tak kisahlah yang penting boleh bekerjasama tak kira apa jua warna kulit, darjat dan bangsa ;)

    ReplyDelete
  3. cantik gambar2 yang si dia ambik..hehehe..

    :-)

    ReplyDelete
  4. saya rasa ini burung pipit... dan bukan bunga kertas...

    ReplyDelete
  5. ied9
    ya.. hang patut dok sebelah aku masa aku taip entry ni.. sure banyak perbezaan danjat boleh disenaraikan.. hahaha

    iina
    betul2.. apa yang penting.. kerjasama..!

    cheqna
    hihihih.. terima kasih cheqna.. saja share2 gambau..

    papabear
    itu ler.. takut ada orang kata burung pipit tu donut.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...