Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Sunday, February 20, 2011

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Hujung bulan Januari 2011, seorang pak cik kepada cik bungaOren telah membuat satu tawaran kepada kami-kami yang berada dikampung (sedara terdekat sahaja) pada ketika itu untuk makan mee udang. Maka kami pun segeralah pergi kerana peluang sebegini jarang diperolehi. Setelah tiba ditempat yang dimaksudkan, kami pun order lah mee udang selayaknya mengikut jumlah ahli yang berjaya pergi.

Ketika makan tiba, maka cik bungaOren pun meneruskan tradisi cik bungaOren untuk mengambil gambar mee udang tersebut. Selang 2 minit setelah berjaya mengambil gambar yang diinginkan, TIBA-TIBA keadaan menjadi gelap gelita. Kenapa nih?

Suasasa persekitaran menjadi riuh. Kedai Mee Udang Mak Jah black-out rupanya. Maka terpaksalah kami makan dalam gelap bertemankan cahaya bulan. Lilin pun tiada, mungkin pihak kedai tidak menjangkakan kejadian tersebut berlaku.

Selesai kami makan, maka dengan tiba-tiba lampu kembali bercahaya. Mee udang masing-masing telah habis dimakan didalam gelap. Apakah kerana kami memang pakar makan dalam gelap?


Apa-apa pun enjoi the picture yang berjaya diambil.







Nota:
1. Mee Udang Mak Jah memang sedap dan famous bagi penggemar-penggemar mee udang.
2. Kecuali cik bungaOren
3. Ini adalah kerana cik bungaOren menghadapi alahan kepada udang.
4. Kepala udang sebenarnya mengandungi kuantiti toxic yang tinggi
5. Toxic tersebut tidak sesuai untuk orang-orang yang alah kepada makanan laut.
6. Jika nak makan juga, maka elakkan memakan bahagian kepala udang.
7. Harap maklum

8 comments:

  1. emy.. kt mana lokasi kedai nih??? Nak try...

    ReplyDelete
  2. Pakar ye korang mkn dlm gelap...rsa cam x sedap sngt kan...udang je byk..tp boleh la bg org2 yg nk mkn udang segar...:p

    ReplyDelete
  3. saya confuse la emy... udang ada.. tapi kenapa mee nya nampak macam nasi goreng... mata saya problem ke? by the way, how to go there?

    ReplyDelete
  4. emy, kalau aku gi taiping, bawak aku ke sini ek.. please please pleaseeeee...:D

    ReplyDelete
  5. CBO, samala ngan saya, kalu makan udang harus gatal2 satu badan. mesti punyer...

    ReplyDelete
  6. Jake Daughter
    Kat kuala sepetang.. daripada simpang highway Cangkat Jering, ambil kiri.. trus.. turs.. dan trus sampai ke Simpang Empat, pastu amik kiri.. trus.. trus.. trus.. nanti ada signbord kedai tu.. follow je signboard tu..

    nazrie
    Untuk tekak ko dan aku memang rasa kurang sedap.. sebab kita pernah makan yang lebey sedap.. anyway.. untuk orang yang nak makan udang.. mungkin sedap la kot.. pasai ramai orang.. tak henti2..

    papabear
    Mata anda tak problem.. memang tak nampak mee.. sebab udang penuh atas mangkuk.. nak kesana.. sila follow instruction yang saya dah bagi kat Jake Daughter.. area Kuala Sepetang, Perak.

    ieda
    bila mau mai Tepen? habaq mai..

    ReplyDelete
  7. nm02
    mesti NM ni darah jenis B+ nih.. kan.. kan.. kan.. teka jer.. hahaha

    ReplyDelete
  8. di mana ada kemahuan (makan mee udang), di situ ada jalan (nak ke taiping) hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...