Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.
Showing posts with label tanaman. Show all posts
Showing posts with label tanaman. Show all posts
Thursday, November 10, 2011
Bunga butang
Ini bunga butang. Orang putih panggil Pink Bachelor's Button. Bunga butang ini bunganya berbentuk bulat, mempunyai banyak bunga, ditanam melalui pembiakan biji benih, Bunga akan di dapati selepas 40 hari menanamnya. Pokok ini digelar juga dengan nama Bunga 40 hari.
Nota:
1. Selamat kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan.
2. Bercita-cita nak hias rumah dengan lampu mentol (klik lampu mentol)
Friday, November 04, 2011
Bunga sangkar telur
Gloriosa superba
Family : Liliaceae
Local Name : Bunga kembang songsang , Climbing Lily
Bunga Kembang Songsang merupakan sejenis lili yan memanjat sehingga setinggi 2.5 meter. Daunnya berbentuk lanseolat dan terdapat dihujungnya sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Bunganya unik dan sangat menarik dengan kelopaknya yang berbentuk runcing, berombak-ombak di tepinya dan berwarna kuning dan merah. Semasa kembang, segmen petalnya keluar songsang dengan pistil dan stamen yang melintang. Bunganya merah dan kuning-bata yang terang, menonjol disebabkan kelopak yang jelas kelihatan, seperti (Turk’s cap lily). Pokok ini mempunyai ubi yang beracun.
Pokok lili ini sering ditanam di taman-taman persendirian kerana keindahan dan keunikan bunganya. Oleh sebab segmen petalnya keluar songsang, masyarakat Melayu memanggilnya Bunga Kembang Sonsang.
Pokok Bunga Kembang Songsang adalah tumbuhan berubi berdaun lebat sepanjang masa, sesuai dengan cuaca monson dengan musim panas kering dalam keadaan pendam.
Gloriosa adalah genus bagi lima spesies tumbuhan famili Colchicaceae, yang berasal dari Asia tropika dan Afrika. Pokok ini merupakan pokok kebangsaan Zimbabwe, dan Rhodesia.
Mak bungaOren kata nama bunga ini adalah bunga sangkar telur. Terjumpa pokok bunga ini ketika menziarahi kampung saudara-mara. Kami bawa pulang lebih kurang 1 meter panjang batang pokok ini untuk ditanam. Namun mungkin keadaan tidak sesuai maka pokok itu belum sudi untuk tumbuh dirumah kami.
Nota:
1. Selamat bercuti (-_-)y
Tuesday, May 24, 2011
Pokok Peria Katak
Dari kecil sampai sekarang bungaOren memang suka bercucuk tanam. Masa menetap sementara di banglow mewah 4 tingkat pun bungaOren masih meneruskan hobi itu.
Entah mengapa walaupun menetap banglow 4 tingkat yang kekurangan tanah dan ruang, pokok peria katak menjadi pilihan. Mungkin kerana keinginan untuk memanipulasikan struktur rupabentuk pokok peria dalam bidang penangkapan gambar. Sebab dalam 2-3 kali bungaOren menanam pokok itu, hanya sekali sahaja berjaya mendapatkan hasil tuaian sebiji buah peria katak.
Nota:
1. Menurut kajian setiap seorang perlu menanam / menjaga 20 pokok bagi memastikan udara dibumi kekal segar.
2. Rajin-rajinlah bercucuk tanam
3. Selamatkan bumi kita
Entah mengapa walaupun menetap banglow 4 tingkat yang kekurangan tanah dan ruang, pokok peria katak menjadi pilihan. Mungkin kerana keinginan untuk memanipulasikan struktur rupabentuk pokok peria dalam bidang penangkapan gambar. Sebab dalam 2-3 kali bungaOren menanam pokok itu, hanya sekali sahaja berjaya mendapatkan hasil tuaian sebiji buah peria katak.
Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.
Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.
Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peria_katak
Nota:
1. Menurut kajian setiap seorang perlu menanam / menjaga 20 pokok bagi memastikan udara dibumi kekal segar.
2. Rajin-rajinlah bercucuk tanam
3. Selamatkan bumi kita
Subscribe to:
Posts (Atom)