Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Tuesday, May 24, 2011

Pokok Peria Katak

Dari kecil sampai sekarang bungaOren memang suka bercucuk tanam. Masa menetap sementara di banglow mewah 4 tingkat pun bungaOren masih meneruskan hobi itu.

Entah mengapa walaupun menetap banglow 4 tingkat yang kekurangan tanah dan ruang, pokok peria katak menjadi pilihan. Mungkin kerana keinginan untuk memanipulasikan struktur rupabentuk pokok peria dalam bidang penangkapan gambar. Sebab dalam 2-3 kali bungaOren menanam pokok itu, hanya sekali sahaja berjaya mendapatkan hasil tuaian sebiji buah peria katak.


Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.

Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.


Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peria_katak






Nota:
1. Menurut kajian setiap seorang perlu menanam / menjaga 20 pokok bagi memastikan udara dibumi kekal segar.
2. Rajin-rajinlah bercucuk tanam
3. Selamatkan bumi kita

9 comments:

  1. Oo.. kalau ada peluang, you got to meet my wife. mmg giler menanam.
    Bunga heliconia, yesterday today tomorrow, jarmin, alpinia, kunyit, limau kasturi, limau nipis, pandan, cekor ... hmmm...

    Fav place dia sungai buluh nursery. Not mine. abis duit aku.

    ReplyDelete
  2. bukan semua orang pandai dan rajin bercucuk tanam kan emy. mak ai cakap, kalu orang tangan "panas" pun tak boleh bercucuk tanam sebab tanaman takkan segar. orang tu ai lah.. kalu ai petik cili api kat pokok mertua ai, layu jadinya daun pokok tu.. betul...

    ReplyDelete
  3. awak tanam sebab awak nak ambik gambar eh??
    :)

    ReplyDelete
  4. gambo buah peria katak tuh xde ker kakemy?

    ReplyDelete
  5. a ah la kucari juga gambar buah nya..
    Lama tk dgr "sulur paut" :)


    http://dallyardina.blogspot.com
    http://ardina2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. bukan sepet
    hahaha.. saya mesti jumpa your wife la bro..

    fav place saya yang ke 10 is sungai buloh juga..

    nm02
    awak punya emak punya statement tu selalu ai dengar.. mungkin ada benarnya..

    oleh yang demikian lah kan.. kalu u datang rumah ai.. jangan nak berani sentuh pokok2 ai tau! (-_-)y

    ReplyDelete
  7. drSinga
    sungguh bijak drSinga ini.. hehehehe..

    syai
    hehehe.. nanti akak cuba tanam lagi sekali utk ambil gambar buah perianya pula..

    ardina
    sorang lain request.. ambil gambar peria katak yang di beli kat pasar aci tak??

    'sulur paut' term yang aku dok carik2 pagi tadi masa menaip entry ini.. terima kasih.. (-_-)y

    ReplyDelete
  8. Berbudi pada tanah mmg ada untungnya.. boleh dapat hasil ;)

    ReplyDelete
  9. iina
    InsyaAllah.. tengah nak tanam pokok mulberi lak.. daun pokok3 limau abis dimakan ulat.. huhuhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...