Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Monday, May 23, 2011

Menu: Teh Ais

Pagi2 sampai pejabat, terpandang sebuah buku berkenaan kamera Lomo. Buku itu bertajuk 'The Wonderful World of Lomo'. Buku itu kepunyaan orang yang dok sebelah meja saya (mungkin). Orang itu tiada kerana menghadiri kursus.

Sambil belek2 buku itu, bungaOren berfikir sendirian, tentang kelebihan yang ada pada kamera lomo itu. Kesimpulannya, 'ukur baju dibadan sendiri'. Tak perlu nak beli semua benda yang orang disekeliling kita beli.
(-_-)y

Namun, kita perlu cari alternative lain supaya kita tidak ketinggalan keretapi yang sentiasa tidak mahu menunggu kita yang sering kali terlambat kerana halangan-halangan yang tidak diingini.

BungaOren Google on 'photoshop lomo effect tutorial'. BungaOren dapat jumpa satu (banyak actually) tutorial yang menerangkan kaedah untuk menukar gambar biasa kepada gambar Lomo, hasilnya mungkin tidak sama. Tetapi lebih baik daripada tiada, betul kan??

Ini adalah gambar asal yang belum dikemaskini menjadi Lomo.


Setelah dikemaskini, maka terhasillah sebuah gambar lomo


Nota:
1. Bersyukur dengan apa yang kita ada.
2. Membazir itu amalan syaitan.
3. Berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut kehendak.

7 comments:

  1. LOMO? hmmm.. banyak kali dah came across this type of photoshop action. LOMO asalnya lens dari rusia kalau tak silap tapi sebab warna di hasilkannya terlampau berbeza dgn realiti, sambutan dingin. Tapi lately, Lomo popular kerana keunikannya. Pelik kan? Benda yang dulu org kata gambar tak jadi, warna tak betul, nijam popular ler pulak.

    Saya minat lomo processing ni kalau ada gambar keter sport atau keter lama... try google "lomo car". memang marbeles.

    ReplyDelete
  2. teh ais? perghh sedap tu...dah la tgh puasa ni....

    ReplyDelete
  3. bukan sepet
    tu ler.. ada baca gak tadik.. itu contoh orang yang bangkit daripada kekurangan.. akhirnya diminati oleh semua lapisan..

    nanti saya google 'lomo car' plak..

    ReplyDelete
  4. wahida
    Alhamdullillah.. sama ler saya pun puasa hari ini.. nak lawan perasaan kelaparan ini.. :)

    ReplyDelete
  5. Rasanya tak kiralah camna pun bentuk warna dan gbr terhasil.. janji best di tgk.. guna sofware skrg nie mcm2 boleh buat ;)

    ReplyDelete
  6. sama juga dgn bisnes..
    ade benda yg masa di wara2kan pada awal nya tak dpt sambutan..
    tp lama2 org cari..

    kesimpulan : sustain..
    dobi di rumah saya ni.. berpuluh2 tahun kat situ tak pernah renovate.. tp sentiasa ade customer.. sbb dia duduk je situ.. org dh tahu...jadi bila cari dobi semua ke situ..
    hrga pun murah sbb dia sustain yg lama.. :)

    http://dallyardina.blogspot.com
    http://ardina2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. iina
    betul tu ina.. tapi saya masih lebih suka pada gambar yang natural.. lebih asli kecantikannya..

    ardina
    betul2.. kena sustain.. itu yang payah sebenarnya nak buat.. ehem2.. promote busines kat sini nampak.. hahaha.. bayar tapak iklan ke akaun bank saya yer.. (-_-)y

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...