Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Saturday, February 04, 2012

Shopping di Bandung

Pada bulan awal February 2008, saya ke Bandung, kebetulan tahun sebelumnya kami (kawan saya) dapat book tiket penerbangan murah Air Asia. Syukur Alhamdullillah. Perjalanan bermula seawal pagi daripada Shah Alam ke LCCT dengan menaiki Shutter bas di KL Sentral. 

Selepas menaiki penerbangan Air Asia selama lebih kurang sejam lebih, kami tiba di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung. 

Pemandangan udara sebelum tiba di Bandung. Cantik kan?!

Tiba dilapangan terbang kami terus mendapatkan teksi bagi membawa kami ke hotel penginapan. Tips: Berhati-hati memilih kereta sewa bagi mengelakkan ditipu. Sebaiknya dapatkan maklumat berkenaan kereta sewa sebelum datang melancong ke mana-mana destinasi perjalanan anda.

Kami mengidap di Hotel Arion Swiss Bel. Hotel ini telah dibooking awal sebelum percutian ini dilakukan. Hotel yang cantik, harga yang berpatutan. Kami memilih bilik famili 2 tingkat yang memiliki 2 katil bersaiz king. Selesa. Makanan yang disediakan untuk sarapan juga sedap. Kami merupakan antara kumpulan yang paling lama berada di hotel restoran. Tips: Kena makan puas-puas sebelum memulakan sesi membeli belah. Adalah berbahaya jika membeli belah ketika perut kosong. Lebih banyak barang yang tidak diperlukan akan dibeli jika berada dalam situasi lapar. Sapa setuju angkat tangan!



Mee goreng yang sungguh sedap di tekak saya. Nak repeat makan tapi perut dah kenyang.

Seperti pengunjung-pengunjung kota Bandung, kami ke factory outlets popular seperti Rumah Mode, Heritage, Cascades, The Summit,  The Stamp, The Secret dan banyak lagi. Ini adalah kali pertama saya melancong dan berniat untuk membeli belah. Sungguh rambang mata dibuatnya. Tips: Buat senarai barang-barang yang hendak dibeli bagi mengelakkan rambang mata.

Patung yang diletakkan di salah satu factory Outlet yang popular.

Susunan frame gambar di The Jonas sangat menarik hati saya. 


The girls as my partner in crime the trip. Korang memang best!


 Nota:
1. Rasa nak repeat melancong dan membeli belah di Bandung
2. Bila agaknya?
3. Saya pun tak tau bila..
4. Salah sorang the girl dalam gambar di atas dah repeat Bandung trip.
5. Sekarang dia ada kat Bandung actually (semasa entry ini ditulis)
6. Saya jeles? Nope!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...