Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Wednesday, May 27, 2009

Step by step

Semalam aku telah berjaya!
Berjaya menyelesaikan masalah.. kebuntuan dan ketakutan yang telah menghantui aku selama beberapa minggu kebelakangan ini.

Need to settle few steps more to complete the solution of my problem. This is life cycle, every problem should have cara penyelesaiannya. Yang penting kita perlu bertenang dan banyak bertanya supaya jalan yang kita pilih tidak tersesat. Kalaupun kita sesat.. kita telah tahu awal2 yang kita akan sesat! hahaha.. maka bersedialah untuk membuat pusingan U.

Maka dengan kejayaan ini telah menyebabkan sebiji batu besar lagi berat melekat dengan cantik dibahuku. Kehadiran batu ini bakal menyebabkan aku tidak dapat bergerak dengan selesa bersama anggota2 kongsi gelapku. Namun akan kucuba menggerakkan dan meringankan batu tersebut dengan kuasa mafia yang ada pada aku. Moga Allah permudahkan segala urusan aku. Amin.

note: i have a dream. I dream of a dream wit a big dream. so what is my dream? sapa yang tau sila diam.

Bila bulan bicara

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Aku masih terkebil2 aku membaca coding. All process dah patut dsubmit last week! Aku kena juga siapkan kerja2 nih. Walaupun aku dah malas nak mengadap.

Selagi aku tak siap keje2 ni.. aku tak boleh concentrate buat keje 'lain'. Walaupun aku bleh je nak concentrate.. but amanah is priority.. aku telah dibayar gaji.. Lagi skit je me.. huhuhu.. I can do it.

Jam 3 pagi.. aku masih melayan coding2 nih.. masih lagi melayan 3 lagu kegemaran aku.. masih tak jemu.. masih memberi erti kepada ku..

pernahkah ko bermimpi seketika..
berada dtempatku?
membayangkan pahit manis berlalu..
entah siapa yang tahu..

mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata yang menyesatkan
takkan kubu mu kebal tiada pertimbangan

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
aku takkan menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam memutuskan
biarlah rahsia


Aku sering terfikir kenapa aku dijadikan sebagai aku?
Alhamdullillah.. aku adalah aku..
Aku bertanggungjawab kepada diri aku diakhirat kelak..
Semoga Allah kuatkan iman aku..
Semoga Allah kekalkan iman aku hingga ke akhir nyawa.. Amin

Tuesday, May 26, 2009

Sembunyi

Hari sudah lewat malam. Rumah masih jauh. Perjalanan masih berbaki 2 jam. Singgah sebentar ke R&R mengisi minyak.

Aku keluar sebentar utk ke tandas. Kehadiran aku kembali kedalam kenderaan tidak disedari oleh mereka2 itu. Pak supir menggerakkan kenderaan perlahan2. Lantas mereka2 itu bersuara memberitahu yang aku masih belum keluar dari tandas.

Pak supir tetap menggerakkan kenderaan ke tempat yang lebih tersorok. Mereka2 pun mula risau sambil membebel. Bimbangkan aku. Namun aku masih berdiam diri disebelah mereka.

Tiba2 budak yati toleh ke arah aku! Namun dia trus membebel. Tak nampakkah dia akan aku yang comel ini? Atau aku telah menjadi halimunan setelah kembali dari tandas? Uit? Aku renung pak supir melalui cermin depan. Aku dapat rasa yang dia nampak aku sambil senyum kat aku. Kurang asam pak supir. So aku pun join subahat sama pak supir.

Mereka trus dan trus membebel2 pada pak supir. Pak supir hanya senyum dan senyum. Aku? Aku tahan nafas macam dalam citer cina tu. Kunun2 derang tak bleh nampak aku kalu aku tahan nafas.. betul ke? Hik.. hik.. hik.. aku tahan gelak. Budak eyan memandang ke arah tandas? Nampak aku tak?

Tiba2. 'Pak supir? kalu parking sini nanti kemy nampak! Mata dia tajam!'

Itu ayat bimbang ke ayat nak subahat sama pak supir nak kenakan aku?

Aku nak marah pun ada.. tapi aku sabaq. Kita tengok sapa yang kena!

dan akhirnya budak yati pun toleh kali ke dua kearah aku. Hik.. hik.. hik.. aku tahan nafas dan gelak. Chait!! Dia dah nampak aku daa... Maka terburailah ketawa diantara yati eyan pak supir dan jugak aku.

Oleh yang demikian.. sapa yang terkena skrang ni? Cuba korang habaq kat aku?

nota : paksupir sebutannya sasuke!

Bersamamu

Trip redah dan terjah kali ini adalah ke Setiu, Marang, Tganu atas alasan Endurance. Bergerak lambat dari yang sepatutnya, kerana kejadian yang menguji kekuatan fizikal serta keakraban persahabatan diantara mereka.

Trip perjalanan yang panjang. Almost 12 hours berada dalam kenderaan. Sungguh jauh perjalanan itu. Terpaksa melihat antara satu sama lain tanpa henti. Tak jemukah mereka? Tapi perjalanan ini masih menyeronokkan.

Tiba di Setiu pabila waktu telah dinihari. Mata2 mereka sudah makin rapat. Mendapati keadaan bilik yang bakal dihuni amat menyedihkan maka dkuatkan perasaan bersabar dengan sebaiknya. Maka tidur jua mereka akhirnya.

Bila mentari timbul, mereka keluar mencari ilham. Melupakan seketika perkara semalam yang menyedihkan. Namun masih ada yang bersedih. Maka bila perut dah diisi. Penjelajahan pun dimulakan mencari sesuatu yang boleh menghilangkan kesedihan. Jauh perjalanan luar pemandangan. Akhirnya jumpa jua apa yang dihajati. Mereka pun senyum sampai ke telinga.

Petang baru mereka bergerak ke tempat yang sepatutnya mereka berada. Mengambil gambar kuda2 yang gagah perkasa. Namun aku terkilan. Tak berkesempatan mengambil gambar Tuanku Mizan menunggang kudanya.

Bila malam tiba mereka menjelajah lagi. Mereka masih tak jemu menjelajah. Ditemani oleh famili adik pak supir. Lewat malam baru mereka menjergah teratak baru mereka yang cantik menawan. Dan mereka pun tidur dengan nyenyaknya.

Pagi2 buter aku tlh mengganggu tidur eyan. Maka pagi2 jugak dia membalasnyer. Lepas solat subuh aku dan eyan kembali ke tapak endurance menyambung hajat kami ke sini. Masih ada lagi pertandingan. Masih ada lagi gambar yang boleh diambil.

Sebelum balik kl, kami ke rumah adik pak supir kami. Menjamu perut dengan mee goreng sebagai sarapan pagi. Sambil melayan telatah anak2 sedara pak supir dan kawan2nya. Meriah. Sambil2 mangambil buah mempelam yang tumbuh dikeliling rumah mereka. Terima kasih daun keladi. Nanti kami datang lagi ye.

Usai azan zohor kami bergerak kembali ke kl. Perjalanan yang panjang kami tempuhi lagi. Namun terjahan demi terjahan dibuat bagi menghilangkan kebosanan. Mereka terjahi kedai keropok lekor, pasar payang, masjid, R&R, dan kedai makan. Maka dinihari jua lah baru mereka tiba di rumah mereka.

Akan ada lagikah perjalanan yang sebegini nanti? Biarlah masa yang menentukan. Malas nak plan. Tapi impian tetap ada.

Nota kaki : terima kasih kepada pak supir.. yang sanggup menjadi supir dan masih sanggup menjadi banker kami ini. nanti kita leh g jalan2 lagi yer :P

Tuesday, May 19, 2009

Dugaanku

This few week adalah wek2 yang membuatkan aku tak tentu arah.. banyak benda nak pk.. banyak decision nak kena buat.. kalau pun tak banyak.. tapi berat dan besar ertinya untuk aku.. bukan decision nak letak combobox atau freetext ataupun gridview.. ia lebih berat dari itu.. dan bukannya decision tentang jodoh.. harap2 lepas ni.. i will face this problem..

anyway harap semuanya berjalan dengan lancar.. i will go wit the flow.. apa yang ada kita rembat.. anyway.. tadi terbaca satu blog yang selalu aku baca.. sebab jiran meja sebelah aku selalu baca.. jadi lama2 aku pun suka baca.. banyak pengisiannya.. one day aku akan approach jugak blooger tu.. just to say nice blog n TQ..

ni ayat aku amik dari blogger tu.. Aku taklah mengharap sangat kerana aku sedar kudrat aku bagaimana. Tetapi kesemuanya adalah ketentuan Allah. Dalam kita merancang, Allah juga mempunyai perancangan buat kita. Sebaiknya adukan perancangan kita kepada Allah agar Dia akan mengaturkan yang terbaik buat kita.. insya allah.

tiba2 aku rasa beratnyer dugaan aku terima.. dah lama tak rasa dugaan berat macam ni.. sekian terima kasih..

Monday, May 18, 2009

I was in Beijing

I was in Beijing for a week. From 11-17 May 2009. For free. And for gud. Hope to be there or country beside it sooner. Still don't have enuf time to shoping there. Just put my head, ears, eyes, and hands alert to the trainer. TQ for the knowledge.

'I was in beijing' is tiru title blog Peah.

Thursday, May 07, 2009

The best job in the world

'Apa yang paling penting bagi saya dalam hidup ialah untuk memiliki kerjaya yang seronok yang membuat saya gembira dan membuat orang lain tersenyum selain mencapai matlamat yang mencabar.'

Kalau la aku yang dapat keje tu.. anyway.. keje aku skrang ni pun best jugak.. pasal kena je @ sipi2 nak kena ngan motto mamat omputeh yang menang tu.. hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...