Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Friday, July 03, 2009

Kisah Lapar

Jam 530ptg. Aku berjaya mendapatkan sign daripada Doctor Zainal. Setelah 2 jam berdiri menerangkan dan menahan perasaan dan penat.

Hari ini ada training utk user system EP. Maka ada makanan free. Aku terskip hidangan makan petang yang dihidangkan. Maka ada 2 piring roti jala yang sedap disimpankan khas untuk aku dan fiza.

Jam 6ptg yang hening. Semua orang sudah meninggalkan bilik MIS ini. Tinggal aku dan fiza, yati dan shira berada di bilik yang lain. Masih tekun. Masih setia menyiapkan kerja masing2.

Fiza duduk dimeja bertentangan aku. Kerana kasihankan fiza maka aku berikan sebiji roti jala kepadanya. Fiza bz siapkan migration data, sehingga mengabaikan makan tengahari. Suasana masih bening. Hening.. Sunyi..

Aku potong 1/3 roti jala dan suapkan ke mulut. Sedap. Bahagian kedua kusuap.. yumm..yumm..yumm.. sambil cuba memerhatikan fiza dari sebalik monitor notebookku. Aku cuma nampak umbun kepalanya saja. Tekun sungguh. Kucuba lagi untuk memerhati (menyibuk).

Aku tergamam! Masih tergamam.. (Sekarang aku dah bleh ketawa). Sungguh ngeri. Kesian sungguh fiza. Lapar ye... :P

Budak comot maisarah pun tergamam

4 comments:

  1. hehe... rugi sungguh tiada di tempat kejadian

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak makan di tempat kejadian pd ketika itu..hehee..

    ReplyDelete
  3. asenah : Sian fiza.. lapaq dah tu.. korang la.. tak bagi dia makan..
    shira : huh? shira p mana? tinggalkan akak ngan fiza je nih..

    ReplyDelete
  4. hahahhahaa.. kalau ada pic lg gempak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...