Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Tuesday, September 20, 2011

Bolos

Last2 week masa attend training, kami berjaya memboloskan diri keluar dan menterjah Universal Studio Singapore (USS). Penerjahan kami berdua ke Universal Studio dibekalkan dengan seorang sebiji laptop, 2 biji removal hdisk dan 2 biji kamera Lumix LX5.

Bayangkan kepenatan yang dialami selama 4jam mengendong laptop sekeliling kawasan. Namun tidak menjadi masalah, peluang itu kami guna sepenuhnya, dengan tema selagi bateri kamera tak habis, selagi itu kita akan keliling Universal Studio posing2 ambil gambar. Ko amik gambar aku, aku amik gambar ko.

Banyak tempat2 menarik yang terdapat disana antaranya


 Permainan yang menyeronokkan. Ada berani? Kami belum berani. (-_-)y

Far far Away

 Rumah si Shrek

Tak cukup syarat lawatan ke Universal Studio kalau tak posing depan Globe Universal Studio ini.

Patung dari filem The Mummy. Kami masing2 takut nak bergambar dengan mamat ni. Scary.

Main game untuk kanak2 sahaja, sebab masing2 takut try permainan yang bisa meninggalkan jantung dan bumi didataran.

Madagascar


The lost world : Jurasic Park, dan banyak lagi

Nota:
1. Ending, kepenatan tak terkata setibanya di hotel,
2. Dan mendapati kad hotel kami tidak boleh digunakan,
3. Dan penjaga kaunter kata selagi tak abis bayar, selagi tu tak boleh masuk bilik.
4. Maka kami tidur kepenatan dilobi hotel sambil menunggu 2orang lagi rakan sepejabat pulang mensetelkan bayaran.
5. Tak tau nak kata hepy ke tak hepy time itu
6. Sebab nak call 2orang rakan sepejabat tak boleh sebab takder roaming!
7. Maka sekali lagi kaedahnyer ialah tido dilobi kepenatan.

4 comments:

  1. tido dgn bersila atas kusi...

    p/s: wah comel la model kat globe tu :)

    ReplyDelete
  2. Patutnya masukkan sekali gambar tidur kat lobi..hehehe..

    :-)

    ReplyDelete
  3. ardina
    huhuhu.. comel ke? angkat bakul nampak..

    ReplyDelete
  4. cheqna
    bateri kamera kan dah abis.. tak bleh le amik gambar kat lobi.. lagipun dah penat dan marah sangat time tu... maka tak tergerakhati nak amik gambar tidur dilobi itu.. hihihi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...