Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.
Friday, September 16, 2011
Putu Kacang
Bahan2nya
1 kg kacang hijau
1 kg gula halus
Cara2nya
1. Sangai (goreng) kacang hijau sehingga wangi dan masak
2. Tumbuk dan tampi kacang hijau bagi membuang kulitnya
3. Tumbuk / kisar kacang hijau yang telah dibuang kulitnya sehingga halus
4. Ayak kacang hijau yang telah ditumbuk halus
5. Ayak gula halus
6. Gaul kacang hijau dan gula halus yang telah diayak
7. Tempa / bentuk putu kacang dengan menggunakan acuan putu kacang
8. Jemur dibawah terik matahari selama beberapa hari
Nota:
1. Mak saya kata biasanya orang bancuh gula halus dengan air dan gaul bersama kacang hijau
2. Mak saya kata itu kalau orang dah expert.
3. Kalau masih belum expert baik jangan, nanti kuih boleh dijadikan balingan dinding
4. bungaOren tak suka sangat makan kuih putu kacang ini.
5. Dulu masa zaman remaja, bungaOren selalu kena tolong emak / opah tempa putu kacang ini
6. Tapi sekarang ni kuih putu kacang ditempah sahaja daripada orang kampung sebelah.
7. Yang penting kuih lama jangan dilupa
8. Tiada yang lama, tiadalah yang baru
Labels:
Kuih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mak tak marah awak main main atur atur putu kacang ni...??
ReplyDelete:)
Sesekali jumpa putu kacang ni okay juga..
ReplyDeleteSalam Syawal Emy, mohon maaf jika ada sebarang kesilapan..
:-)
drsinga
ReplyDeletesyhhh... jangan bagi tau.. projek ni pun buat masa orang2 tiada dirumah.. hahaha..
cheqna
ReplyDeletesekali sekala makan juga.. lepas gian..
salam syawal juga untuk cheqna..
(-_-)y