Tak banyak gambar yang boleh diambil di Night Safari Singapore jika berbekalkan kit lens D80. Lagipun penggunaan flash tidak dibenarkan untuk mengambil gambar binatang-binatang itu ketika malam hari. Dan pemandu tram adalah sangat tegas ok. Ada seorang pengunjung yang degil telah dirampas kameranya kerana menggunakan flash ketika sessi menaikit tram. Serius terkejut. Kesimpulannya, jangan degil. Orang dah kata jangan guna flash maka janganlah guna. Orang lain pun tak ambil gambar masa tu. Sebenarnya penggunaan flash boleh mendatangkan bahaya kepada binatang-binatang ini. dan mungkin boleh membahayakan kita sendiri jika binatang-binatang ini terasa terancam.
Apa2 pun. Enjoy the picture guys..
Saya hanya berjaya mengambil sekeping gambar tenuk yang tidur ditepi jalan. Itu pun gambar yang tersangat blur dan gelap.
Ada juga gambar singa dan badak yang berjaya diambil dengan kualiti gambar yang sangat daif.
Nota:
1. Kalu lens tak power jangan berangan boleh sentiasa ambil gambar power.
2. Senyum itu sedekah
3. Jangan buat kacau nanti kamera anda kena rampas.