Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Tuesday, January 10, 2012

Kandang kuda

Last-last-last month ago (dibaca sebagai pada masa dahulu), bungaOren meneman kawan menguruskan urusan pengajian beliau. Kemudian kawan bungaOren mengajak bungaOren terjah kandang kuda. Dia kata pemandangan kat situ cantik. Dia rasa bungaOren tentu suka ambil gambar kat situ. 

Alkisahnya, kawan bungaOren yang sorang ni selalu pergi situ bersama famili dia. Cuma ada beberapa kawasan yang dia nampak dari jauh dan teringin nak terjah.Tapi dia tak boleh nak terjah bersama famili dia. Maka dia ajak bungaOren subahat untuk terjah bersama dia. ngehngehngeh.. Maka bungaOren pun setuju.  

Dan pada hari itu kami berdua pun menerjah ke kandang kuda yang mempunyai pemandangan yang sungguh cantik itu.

 Tilt-shift kuda - 'Kuda atanya korang dapat permission tak? Snap gambar kami nih?

Gambar asal kuda - Kami cakap dalam hati - 'Kena minta kebenaran ke?' 

Tilt-shift kuda yang sedang melihat kami - Kuda-kuda itu memandang kami dengan kehairanan. 

Gambar asal kuda yang melihat kami itu 

Tilt-shift kuda terpisah dek pagar - rupanya kuda-kuda ini dipisahkan dengan pagar - mungkin bagi mengelakkan sumbang mahram. 

Gambar asal kuda-kuda yang dipisahkan dengan pagar

Nota:
1. Masih kemaruk meng' tilt-shift 'kan gambar-gambar pemandangan
2. Baru beberapa folder gambar yang bungaOren terjah
3. Harap pemerhati dan pembaca dan kawan-kawan semua bersabar dan bergembira.
4. Agak-agak korang tau ke kat mana kandang kuda nih?
5. Rasanya ramai yang tau kan! hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...