Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Sunday, January 08, 2012

Minggu #1, 2012

Gambar cili padi merah menyala - Cili padi sedap dibuat sambal belacan cicah timun.
Masih gambar cili padi yang sama, bezanya ialah penggunaan photoshop bagi menghasilkan efek tilt-shift, efek ini adalah bagi menghasilkan gambar berinspirasikan model miniature. (Guna cili tak kelihatan sangat efeknya tapi)



Highlight of the week.. waalaupun sebenarnya kurang rajin nak highlight2 nih..

1. Tahun 2012 bermula - Tahun telah bertambah lagi, bumi semakin tua, bungaOren menjadi semakin kurang muda, apa-apapun hadapi kenyataan dengan senyuman.

2. Kembali positif  - Walaupun permulaan tahun bagi tahun masihi kurang menarik minat, tiada azam yang dikenang, tiada azam yang diperbaharui, tiada perkara nak diazamkan. Sungguh tragis! Namun syukur Alhamdullillah, sintom yang dialami tidak kekal lama.

3. Hijrah! - Kecut perut bila disarankan untuk menghantar surat setelah sekian lama terperuk. Gigil untuk berhijrah! Namun hidup perlu diteruskan supaya keperluan duniawi dan akhirat dapat dipenuhi insyaAllah. Masih percaya bahawa ada duit semua jadi. (Pernah baca buku 'Awang ada duit semua jadi?') 

4. Kembali terbang  - Tahun lepas semedang mengeringkan hati dan perasaan jika melihat mendengar perihal kawan-kawan yang terbang jauh dari biasa. Sungguh memang kering hati dibuatnya. Jika mahu terbang perlu ada wang lebih.

5. Cari wang lebih! -  Jika mahu wang lebih, kena buat kerja lebih atau terima lebih tanggungjawab yang memberikan pulangan yang lebih. This year kena paksa rela cari tanggungjawab lebih!


Nota:
1. Doakan semoga segala urusan, perjalanan, dan penghijrahan dipermudahkan dan dirahmati Allah
2. Amin3x
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...