Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Monday, January 16, 2012

Poskad dari Paris

Hujung tahun lepas, ada sahabat bungaOren yang telah menjejakkan kakinya ke Kota Paris. Minggu lepas, bungaOren telah ke rumahnya untuk bersembang dan bertukar-tukar cerita. Menarik juga pengembaraan terjah mereka ketika di Paris. Banyak gambar-gambar menarik yang menyebabkan bungaOren terpaksa pulang lewat ke rumah sebab nak tengok gambar-gambar tersebut (Kaki tengok gambar sebenarnya bungaOren ni). Empat jam berlalu pantas, tetapi  kami masih belum habis melihat gambar-gambar yang mereka rakam semasa melancong di Kota Paris itu. Harap ada lagi session sedemikian dianjurkan di rumah beliau.

Sebelum balik, bungaOren dan seorang lagi sahabat dihadiahkan beberapa cenderamata fridge magnet, keychain dan juga poskad. Memang selalu bungaOren akan request poskad daripada kawan-kawan yang berjalan-jalan luar kawasan.

Poskad 4 musim di kota paris berlatarkan Eiffel Tower - Antara poskad yang menjadi rebutan!

Sahabat ini memang terpikirkan akan bungaOren semasa membeli kad ini, kebetulan pula bungaOren pun memilih poskad ini untuk simpanan semasa sesi pilih hadiah! Dia boleh baca fikiran bungaOren ke? Dush!

Nota:
1. Bila baca semula karangan diatas, - saya rasa saya sangat skema!
2. Cintai bahasa kebangsaan kita!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...