Rasa macam ada banyak lemak disekitar badan. Sesuatu perlu dilakukan. Currently Cik Iera tengah fanatik dengan aktiviti Climbing. Haruskah ku mencuba?
Jawapanya: Harus dong!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Maka pada suatu hari bekerja yang apabila EnBos #1 deparment tiada di pejabatnya.
bungaOren: En. Bos #2! (Sambil senyum2 sampai telinga)
EnBos #2: Yer ada apa bungaOren?
bungaOren: Saya dan Iera dan Zaida nak keluar awal. Pukul 4. Nanti kami datang semula ke pejabat ambil barang <-- (ini cakap macam dengar tak dengar je)
EnBos #2: Hang nak p mana pulak bungaOren?
bungaOren: Kami nak pegi bersukan untuk menyihatkan badan. Nak p try buat wall climbing la EnBos #2. boleh ke EnBos #2? (Sungguh berterus-terang kan hahahaha)
EnBos #2: hmmm... Report yang u kena buat tu dah siap ke?
bungaOren: Dah 80% siap. Tak banyak dah.
EnBos #2: Ok pegi lah. (EnBos #2 ini sungguh baik hati - walaupun masa itu dia tengah susah hati - kesian juga kat EnBos #2 nih. Tapi takper life must go on hahahaha)
Maka Iera & Zaida senyum sampai ke telinga.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Kami ke MadMonkeys Climbing Gym, terletak di area Wangsamaju.
Ada sorang instructur telah mengajar kami beberapa tips and trick. Maklumlah kitaorang masih lagi dalam kategori pendatang baru dunia Climbing nih. (tu adalah salah satu kebaikan datang pada waktu tiada orang @ waktu bekerja - akan ada instructur mengajar orang2 tak reti macam kitaorang nih).
Aktiviti climbing ni tidak memerlukan kita menggunakan banyak kekuatan tangan atau kaki actually jika kita tahu trick-trick nya. Kalau kita tak ada asasnya, itu yang menyebabkan kita cepat penat dan mungkin akan cepat rasa sakit pada kaki dan jari dan tangan. Mana2 perkara pun macam tu, kita kena tau asasnya baru senang nak buat kerja kan3x.
Tip dan trick asas yang sempat cik bungaOren belajar dan ingat pada hari tu adalah.
1. Bagaimana nak releasekan stress pada tangan dan jari selepas aktiviti mencengkam batu-baru pada wall
2. Teknik berjalan diantara batu iaitu Frog Walk dan Cat Walk (ingat model je ke boleh jalan cat walk?)
3. Teknik berehat diantara batu jika penat. (Ini untuk orang yang serius buat climbing kat bukit2 sana, kalau kat MadMonkeyz tu, just terjun kat lantai dan berehat ler kan.. )
4. Kasut yang diperlukan juga berbeza dengan kasut jogging. Dan mahal (-_-)y
5. Paling asas ialah 'Jangan Malu Bertanya'. (Kerana saya seorang yang pemalu / pemalas / penyegan untuk bertanya actually)
Makcik ni bagi tau dia pakai jam tangan barbie doll anak dia.. cayalah makcik.. hahahaha..
Suprise tak kalu cik bungaOren kata cik bungaOren berjaya buat aksi melompat dari satu wall ke wall sebelah (dengan susah payah actually) seperti brother ni buat di hari pertama cik bungaOren try wall climbing nih? Jika anda tak percaya, maka tolong lah percaya, kerana tiada dusta antara kita.
Overall cik bungaOren sangat gembira dengan aktiviti hari itu. Walaupun, cik bungaOren mengalami sintom2 sakit otot lengan, otot kaki dan otot perut. Harap dapat teruskan aktiviti ini seminggu sekali. Sebelum terlupa, kos untuk aktiviti ini sehingga hari itu adalah RM10 untuk setiap kali masuk dan RM5 untuk pinjam kasut.
Nota:
1. Ada orang kata cik bungaOren ni seorang yang workoholic dan selalu sibuk
2. Cik bungaOren rasa cik bungaOren adalah seorang yang B+ dan smart ketika berkerja. Terutama jika ada orang B+ yang sorang lagi tu dalam team.
3. Anda rasa bagaimana? Workoholic ke cik bungaOren nih?
4. Psst.. ! Anda officemate cik bungaOren ke?
5. Jika Ya, baca article ini seperti Papabear kata petang semalam : 'I baca blog u sebagai seorang blogger. fullstop!'
6. Kenapa papabear kata macam tu?
7. Sebab ada orang bocorkan rahsia 'Kisah air jagong di tabung Haji' Ceh!
8. Siapa orang itu? Klik sini.
9. Penat je cik bungaOren fikir @ gabra. Sapa la yang bocorkan rahsia.
10. Banyak pulak nota untuk entry kali ini.
11. Nokia dieja sebagai Nokie pada gambar diatas. Salah eja la pulokk...
Risaunya nak naik...takut org tgk montot...ahahahaha
ReplyDeletedah minum air jagung selepas memanjat batu? hehehe
ReplyDeletewah...pernah try sekali jer masa form 5...tue pun untuk PROSTAR kat dataran merdeka...
ReplyDeleteuyoooo.. hihihi.. me, confirm tak leh.. bebanan terlebih.. nak loncat turun pun takut.. apatah lagi nak loncat ke atas..
ReplyDeleteoit... seronok nya memanjat ketika bos no#1 tiada...
ReplyDeletewah baik hati betui la bos no#2
ni, mesti korang minta permission sambil senyum2 kerang busuk.. huhuh..
bukan nak ajak aku sekali..
papa bear sgt sporting juga...
ReplyDelete