Susah sungguh nak dapatkan mood untuk kembali memblog. Hari ini terjaga pukul 3 pagi. Bancuh milo dan buat roti bakar dan dimakan bersama jam strawberry disaluti dengan mentega. Yummiez! Sebelum makan roti, makan nasi dulu. Mengarutkan pagi-pagi buta dah makan nasi. Lain le kalu time bulan puasa. (-_-)y
Apa-apa pun yang cik bungaOren makan, mission cik bungaOren bangun pagi2 hari ini adalah untuk copy some of the gambar-gambar yang berjaya diselamatkan. Copy gambar masuk dalam thumbdrive sebab nak tumpang burn gambar2 itu kat pc sapa-sapa yang ada dvd-writer.
Adalah sangat penting, bagi pengumpul-pengumpul gambar @ penangkap-penangkap gambar untuk membuat salinan backup gambar-gambar yang kita telah ambil.
1. Sebagai rujukan dimasa akan datang.
2. Sebagai kayu pengukur untuk melihat prestasi skill penangkapan gambar kita.
3. Sebagai kenang-kenangan. (Saya bukan penulis diari, gambar adalah diari berwarna bagi saya)
Mungkin ada sebab lain yang cik bungaOren tak dapat nak fikirkan sekarang ini. Sebab cik bungaOren tu sedang menahan lapar.
Anyway, terdapat beberapa kaedah untuk membuat salinan simpanan bagi mem'backup' gambar-gambar yang kita ambil itu. Antaranya ialah :
1. Simpan dalam harddisk @ removal hardisk (risiko - harddisk boleh crash)
2. Simpan dalam DVD (risiko hilang - kena ada sistem filing yang bagus)
3. Simpan dalam free server seperti Picasa, Gmail, Flickr (risiko terlupa password plus each server ada limitation upload size)
Apa-apa pun semua perkara dalam kehidupan harian kita pasti ada risiko yang perlu kita hadapi. Maka hadapilah risiko dan halangan itu dengan senyuman. (-_-)y
Nota:
1. Saya sedang sakit perut menahan lapar. (mention sampai 2 kali sebab sangat lapar hehehe)
2. Sehingga hari jumaat malam hari tu. Sebanyak 70000 +- (dibaca tujuh puluh ribu plusminus) gambar daripada harddisk yang crash telah berjaya diselamatkan. InsyaAllah.
3. Jumlah itu adalah himpunan gambar daripada kamera Nikon D80, Nokia 6210 Classic, Nokia E5, Sony Ericsson dan terbaru daripada Lumix LX5.
4. Macam banyak jer kamera. Ceh..!
5. Tapi hanya ada 1 DSLR, 1 Compact Camera dan selebihnya daripada kamera telefon bimbit.
6. Rasanya masih terdapat beberapa folder gambar yang belum berjaya dibackup.
7. Kena kosongkan harddisk sebelum memulakan semula proses recovery photo file yang panjang itu.
8. Apa-apa pun Alhamdullillah.. harap selamat semuanya.
dapnyerrr...
ReplyDeleteAlhamdullilah.. mmg kena buat byk backup.. sebab malang tidak berbau.. kalau hilang memang rasa nangis kan.. ;)
ReplyDeletebyk gambar tu ........
ReplyDelete