Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Tuesday, January 18, 2011

Resepi : Asam pedas



Teringin nak makan asam pedas. Sejak dua menjak dok tengok orang makan asam pedas. Cik bungaOren bukanlah fanatik asam pedas. Mana-mana tempat cik bungaOren pegi, asam pedas mesti rasa dia berbeza diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Mostly rasanya tidak memenuhi tekak cik bungaOren.

Baru-baru ni cik bungaOren cuba masak sendiri resepi asam pedas versi emak cik bungaOren. Pun begitu masakan kali ini adalah versi bujang kerana tiada bendi dan daun kantan dan rempah jintan. Berikut adalah  resepi yang cik bungaOren guna versi dapur tercampak. (-_-)y

Resepi asam pedas

Bahan-bahan untuk dikisar
- Cili kering
- Cili padi (ikut piawai kepedasan)
- Bawang merah / bawang besar
- Kunyit hidup
- Serai

Bahan-bahan lain
- Ikan (kembung / pari / perling / atau ikan kegemaran anda )
- Daun kesum
- Bunga kantan (jika ada)
- Kacang bendi
- Air asam jawa

Cara-cara
1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau / pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Masukkan ikan
4. Masukkan daun kesum
5. Masukkan bendi
6. Tutup api

Senang kan.
Selamat mencuba.

Nota:
1. Burps
2. Alhamdullillah
3. Nak letak entry pasal Broga. Cuma tiada masa lagi

11 comments:

  1. terliur tgk asam pedas diatas..kalo makan ngan nasi panas + telur masin..mantap..:)

    ReplyDelete
  2. asam pedas ikan salmon memang best hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  3. tengok gambar2 ni...terasa lapar laa pulak...

    salam perkenalan...wannie follow awak

    ReplyDelete
  4. sedap2..memang one of my fav...yours looked yummy sangat..mcm cukup semua :-)

    ReplyDelete
  5. the best asam pedas aku pernah rasa kat melaka...how dare kedai tu masak sedap cam tu...susah tu aku nk pegi..jauh...tp yg ini nmpk best je..ehemm..ehemm..nk cikit boleh?

    ReplyDelete
  6. wah terliur nyer...boleh try nie...dulu pernah buat sekali tapi pahitlah yang amat.....

    ReplyDelete
  7. alyyani
    dah cuba ke? :)

    iera
    yumyumyummmm....

    apakcikidong
    lapa juga.. :)

    ReplyDelete
  8. iina
    ikan salmon ek.. tak pernah terfikir.. tapi macam sedap jer ek..

    wannie
    Tq wannie sudi follow saya.. :)

    papabear
    gambar itu tidak menipu.. confirm sedap in real life..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...