Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Wednesday, January 26, 2011

Menu : Homemade Coklat


Homemade coklat ini juga adalah hasil tangan cik Rafidah Rahmad. Homemade coklat ini pun sedap macam Cupcake Coklat kukus buatan air tangan beliau.

Cik bungaOren bukan nak puji cik Rafidah ini sebab dia kawan cik bungaOren tetapi sebab memang sedap pun Homemade coklat nih. Lagi pun cik Rafidah ni jarang tunjuk skill dia pada kawan-kawan. Pernah makan masakan lain beliau, tapi so-so saja rasanya, bukan tak sedap tau cuma takder terlintas nak puji kalau makan masakan cik Rafidah ni. Hahaha.. marah plak cik Rafidah kalau baca statement panas menikam dari cik bungaOren.

Cik bungaOren memang suka makan coklat bar seperti Van Houten. Tetapi cik bungaOren tak suka rasa coklat bar Cadburry. Both of this choclate brand ada rasa yang berbeza kan. Ok itu saja cik bungaOren nak cerita pagi ini. (-_-)y

Nota:
1. Saya tak suka puji orang
2. Kadang-kadang kalau saya puji orang rasa macam tak ikhlas je.
3. Tetapi kadang-kadang, bila saya memang nak puji, memang saya sangat ikhlas.
4. Itu hanya apabila orang itu berhak dipuji.
5. Sebab dengan pujian kita itu boleh menyebabkan orang itu riak.
6. Kalau orang itu riak, orang itu berdosa.
7. Kalau kita yang memuji dan menyebabkan orang itu riak, maka kita pun tumpang berdosakan?
8. Maafkan saya jika ada dikalangan anda riak disebabkan saya. (-_-)y
9. Sebelum beransur, jika anda berminat nak tempah bunga ros bercoklat seperti diatas.
10. Anda boleh email kepada sahabat9@gmail.com
11. Sekian, terima kasih.

5 comments:

  1. yg tukang buat tu jgn nak riak ek, coz kesedapannya adalah terletak pada coklatnya.. bukan yg tukang buat.. LOL..

    si tukang buat bgtau tadi, itu coklat grade A, sebab tu kesedapannya hingga menjilat jari.. kalau guna gred lain, masuk kelas penggredan lain laa.. :)

    ReplyDelete
  2. cantik coklat tu..mesti sedap ek..

    pujian biarlah ikhlas n berpada2..

    :-)

    ReplyDelete
  3. ied9
    betul ied9, tapi kalu tukang buat tak reti pilih coklat tak sedap jugak kan. :)

    Cheqna
    Memang sedap cheqna (-_-)y

    Ada orang puji sebab ada sebab. Mereka ada agenda mereka yang tersembunyi.. hmmm.. gimana tu?

    ReplyDelete
  4. cik bungaoren, pujian sebegitulah yg merosak suasana.. memuji kerana 'ada udang di sebalik mee'.. menyusahkan si penerima pujian, kan?.. hehehe..

    pujian yg ikhlas, alhamdulillah, pasti akan sampai kepada penerimanya dengan ikhlas juga, dan jika ada rezeki, insyaAllah dapatla coklat sedap lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. nak tempah.. nak tempah.. harga berapa.. jangan laa jual mahal2.. hehehehhee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...