Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Wednesday, January 05, 2011

Demam


Bulan baru tahun baru, cik bungaOren masih belum mula bekerja. Semalam datang ofis sekejap dan terus ke klinik. Doktor yang baik hati telah menganugerahkan cik bungaOren sekeping kertas kecil yang dipanggil MC. Maka cik bungaOren pulang kerumah dengan senang hati. Tapi dirumah cik bungaOren jadi tak senang hati. Ada 2-3 call masuk dan perlu dijawab. (-_*)y

Sejak bekerja (telah puluhan tahun bekerja, beberapa tahun bekerja), cik bungaOren ni, boleh kira dengan jari jer bilangan MC yang diambil. Actually jarang sakit dan malas jumpa doktor. Tetapi demi kebaikan bersama cik bungaOren pergi jumpa doktor semalam.

Hari ini kena datang kerja. Sebab ada kerja belum selesai. Terpaksa jugak melibatkan seorang yang dalam pantang untuk datang berkerja. Maafkan saya yer (-_^)y

Nota:
1. Kalau ada yang terkena jangkitan, harap maaf.
2. Kerja sampai bila pun takkan habis.
3. Kalau kita kerja kita akan diberi gaji.
4. Kalau ada gaji kita boleh sara diri dan keluarga.
5. Kalau kerja habis, kita akan diberi kerja baru.
6. Kalau gaji habis, sendiri mau ingat la.
7. Kalau sakit, hilang nikmat sementara yang diberi olehNya
8. Nikmat deria rasa cik bungaOren telah ditarik sementara.
9. Hari ini mak masak nasi goreng sebagai sarapan. hmm.. telan saja tanpa perasaan..

7 comments:

  1. ecewah...mcm mengadu nasib je ni...kata demam..tapi selera mcm org baru lumba lari...

    kalau k.zaida baca ni...k.zaida sila claim air starbucks satu from bungaoren..

    New Entry: Nasi Kukus Ayam Berempah, Desa Pandan

    ReplyDelete
  2. take care ye.. jgn luper mkn ubat moga cepat sembuh

    ...betul cakap cik peah tu...

    ReplyDelete
  3. Selamat bercuti sakit.. biasalah.. masa sakit nie mmg nk mkn mcm2.. tapi bila telan.. semua rasa pahit.. xlalu mkn.. mkn benda2 yg mudah telan.. ;)

    ReplyDelete
  4. nampak sangat sedap itu nasi goreng... and get well soon :)

    ReplyDelete
  5. cian dkt kak emi~qila yg teman kak emi g klinik~b'sungguh dtg office walaupun sakit tu~i love u kak emi~

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi goreng tu...

    Harap Emy dah sihat sepenuhnya..

    :-)

    ReplyDelete
  7. musim orang demam...kat office pun ramai orang demam....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...