Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Monday, January 10, 2011

Semangat

Last week beriya-iya cik bungaOren menanam semangat dalam diri sendiri untuk membuat satu post setiap hari. Dari isnin sampai jumaat misi yang ditanam berjaya dilaksanakan sebaik mungkin. Petang jumaat masih sempat bersoal siasat dengan papabear berkenaan earning daripada http://www.nuffnang.com.my/ . Banyak info yang diperolehi melalui perbincangan kami.

Tak sampai sejam daripada sesi temubual, cik bungaOren mendapat satu malapetaka, removal hardisk cik bungaOren corrupt. Corrupt ok! Cik bungaOren masih tabahkan hati, berharap masih ada sinar disebalik kegelapan. Sejam selepas malapetaka itu, cik bungaOren sekali lagi ditimpa tangga, kereta cik bungaOren dilanggar oleh sebijik kereta 4wheel drive. Sedihkan. Malang bertimpa-timpa sungguh.

Sampai dirumah, hanya terfikirkan akan removal harddisk sahaja. Cuba gunakan skill yang ada untuk cuba  baik pulih removal harddisk tersebut disertakan khidmat nasihat seorang rakan dan seorang pakcik google. Sinar yang dicari masih suram. Skill cik bungaOren masih kurang.

Sabtu dan ahad, cik bungaOren masih berduka cita. Nak bersukan berjogging seperti yang dibincangkan sebelum kejadian tidak mampu dilakukan. Nak berblog seperti yang selalu pun terasa berat. Sangat berat. Entry kali ini pun terasa hiba saja nak taip. Maaf rakan2 blogger yang datang berkunjung. Saya masih tak dapat nak membalas lawat anda.

Kenapa cik bungaOren sedey sangat harddisk cik bungaOren corrupt?
SEBAB dalam harddisk tu ada collection gambar-gambar yang cik bungaOren ambil sejak 4 tahun atau mungkin lebih tau.. huhuhuhuhu...

Nota:
1. Tolong doakan agar harddisk cik bungaOren dapat dipulihkan.
2. Tolong doakan agar semua gambar-gambar colletion cik bungaOren dalam hardisk itu dapat diselamatkan dengan jayanya secepat mungkin.
3. Tiada gambar untuk entry kali ini sebab Cik bungaOren masih bersedih
4. Sedih lagi.
5. Doakan yang terbaik yer sahabat-sahabat sekalian.

8 comments:

  1. Lah kesiannya.. mmg sedihkan kalau external hdsik kong.. cuba2lah baiki.. InsyAllah

    ReplyDelete
  2. removal? do you mean portable? if yg tu, kalau tak boleh recover, cuba call Zulkarnain, our ex-pm. dia ada kawan yg boleh repair tapi be prepared untuk bayar ler...

    ReplyDelete
  3. iina
    :( sedang berusaha mencari pakar2 untuk membaikinya.. harap dapat dibaiki.. TQ for the doa..

    papabear
    yerps.. the portable.. enNain ada kawan ek.. worse case.. kalu kena bayar pun takper aaa.. yang penting semua data bleh recover.. tq papabear for the info..

    ReplyDelete
  4. saya tumpang sedey k.emy...tapi takpe...ceria-ceriakan diri anda...

    bole amek data tu balik...dun't worry...

    "Love to me is ...." or "Cinta bagi saya adalah..." Contest by Cik Peah

    ReplyDelete
  5. Biasa common xternal problem dgn connector dia jah..cuba beli/cari satu lagi casing then kasik pasang.. but pepehal kalu hard disk dah start bunyi 'tic tac tak tak' tu elok eloklah backup semua benda. Consumer xternal hard disk lifetime +/-2taun jah huhuhu

    ReplyDelete
  6. bagus la info en razif ni... mmg ade bunyi2 tu dah..

    ReplyDelete
  7. cian kak emi~qila doakan yg terbaik...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...