Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Thursday, January 13, 2011

Carrefour Seksyen 23 Shah Alam



Pada suatu hari (baca dengan nada kanak2 bercerita kisah sang kancil yer), ketika dalam perjalanan pulang balik ke kampung halaman melalui sebuah pasaraya besar yang baru dibuka di Shah Alam.

Damia: Maklong! Carrefour tu baru buka ke?
Maklong: Yerps..

Damia: Ada barang tak tak dalam tu? (2nd tak means kat - budak ni pelat apa tah!)
Maklong: Mesti la ada, kan itu tempat jual barang2 macam Giant Tesco Jusco.

Damia: Kakak tak nampak pun ada barang tak situ.
Maklong: Memang la, kita kat luar. Barang tu kat dalam.

Damia: Nanti kita pegi Carrefour yer maklong.
Maklong: Yer la.. nanti kita datang Carrefour yer. (Dah agak dah.. mesti ada udang sebalik mee nih)

Selepas beberapa hari.. selepas pulang semula ke perantauan dan ketika melalui Carrefour itu semula.

Damia: Carrefour tu ada jual barang kan?
Maklong: Ada.. kan dah bagi tau hari tu. (Jangan ler dia ingat janji hari tu..)

Damia: Nanti kita pegi tengok yer..
Maklong: Yer la. (Dia ingat lagi rupanya..)

Kami ke  Carrefour seperti yang dijanjikan.

Damia: Kakak nak coklat nih yer. Kakak nak kete nih. Biskut ni adik punya.
Maklong: Oit? kata hari tu nak datang tengok je. Kakak ada duit tak?

Damia: Ada (Sambil menunjukkan dompet syilingnya)

At the cashier

Damia: Maklong! (Sambil mengunjukkan duit syiling 20sen)
Maklong: 20sen mana cukup kakak. Kan banyak barang kakak ambil tadi.

Damia: (Sambil kira-kira duit dalam dompet, the she passed to me another 80sen. )
Maklong: Jadik ler daripada takder. (Kejam sungguh maklong budak tu)

Sekian terima kasih.

Nota:
1. Carrefour Seksyen 23, Shah Alam baru dibuka pada 24 December 2010.
2. Cepat sungguh contractor tu dirikan bangunan Carrefour itu.
3. Mana-mana pasaraya besar adalah sama.
4. Ada barang yang murah dipasaraya ini dan ada barang yang mahal dari pasaraya itu.
5. Damia is only 4 years old.
6. She doesn't know how to count yet!

4 comments:

  1. Hahhaha sungguh bijak dia membeli belah dengan maklong ye.. dia beli maklong tolong bayarkan hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  2. carefour kata nak keluar dari malaysia... apsal ada yg baru plak... sungguh aneh...

    ReplyDelete
  3. cantik gmbr tu. suker ngan style awak snap picas

    ReplyDelete
  4. iina
    hahaha.. itu ler pasal.. nasib kecik lagi.. baru reti minta biskut ngan jajan je..

    papabear
    itu ler pasal.. yer2 macam nak keluar dari malaysia.. alih2 buat satu lagi building kan.

    nm02
    TQ nm01 (-_-)y

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...