Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Monday, March 07, 2011

Jangan Kurafat

Semalam cik bungaOren menonton cerita Kurafat arahan Shamsul Yusuff. Pada pemulaan cerita kelihatan agak hambar. Bukan apa, cik bungaOren telah digembar-gemburkan akan keseraman yang ada pada filem ini. Tunggu punya tunggu, slot-slot yang dimaksudkan akhirnya terpapar didepan mata.

Sejujurnya, cik bungaOren bersetuju dengan pendapat orang-orang yang mengatakan cerita ini seram. Tanpa ragu-ragu cik bungaOren merasakan adanya mesej yang cuba disampaikan.

'Jangan mensyirikkan Allah'

Mensyirikkan Allah adalah dosa yang sangat besar. Lagipun kita tidak menjangkakan bilakah kita akan mati. Emak cik bungaOren selalu sebut ; 'Kita hidup ini bukannya nak menongkat dunia'. Tak perlulah nak mensyirikkan Allah untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Contohnya untuk mendapatkan cinta, kekayaan, pangkat, kecantikan, kekuasaan dan macam-macam lagi. Kerana pada hari kita patut mati, kita akan dimatikan. (Masih seram: bila teringatkan slot dimasukkan kedalam liang kubur itu.)

Maka sentiasalah kita berdoa, agar sentiasa diberikan keimanan keislaman dan dikekalkan keimanan itu. Kerana hati kita ini Allah yang pegang. Bila-bila sahaja nikmat islam dan iman itu boleh ditarik balik oleh Allah. Janganlah kita lalai.




Gambar kali ini adalah gambar suasana mendung di Taiping + Bukit larut.

Nota:
1. Saya bukan ustazah
2. Apa yang baik kita perlu sampaikan
3. Kita ini umat akhir zaman
4. Masyarakat di zaman sains dan teknologi
5. Gunakan teknologi yang kita ada untuk kebaikkan
6. Kerana kita akan ditanya nanti
7. Tentang apa yang telah kita buat dibumi ini.
8. Seram tengok filem kurafat dimalam hari
9. Mujur tengok ramai-ramai

5 comments:

  1. Terima kasih Emy sebab berkongsi peringatan dari apa yang dilihat.

    Tak semestinya menunggu untuk menjadi seorang ustazah untuk saling ingat mengingati..

    :-)

    ReplyDelete
  2. wah camna nak ujan lebat jek rupa awan tuh ;)

    ReplyDelete
  3. memang tak sangka khurafat tu seram.. terkejut2 jugak masa tengok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...