Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Friday, March 04, 2011

Kais pagi makan pagi

Pagi-pagi hari ini baru baca surat khabar semalam. Terjumpa sesuatu untuk dijadikan bahan untuk entry pada hari ini. Dah beberapa hari tak hantar entry (kenapa malas sangat sejak dua menjak nih.. ishkkkk..!)

Peribahasa melayu : Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ertinya:
1. Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.
2. Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.


Sumber
1. http://peribahasamelayu.com/kais-pagi-makan-pagi-kais-petang-makan-petang/
2. http://peribahasamelayu.com/seperti-ayam-kais-pagi-makan-pagi-kais-petang-makan-petang/

Realiti hari ini, walaupun dibayar gaji yang besar secara bulanan dan jika kita tidak pandai menguruskan duit dan kehidupan kita maka kita juga boleh hidup melarat. Realitinya juga jika kita bergaji sedikit dan kita bijak menguruskan kewangan kita, insyaAllah berkat segalanya. Adalah paling penting rezeki itu halal dan kita redha.

Bak kata seorang bos kecil kat tempat cik bungaOren bekerja : 'Ini hanya duniawi'
Bak kata cik bungaOren: 'Hang boleh la kata gitu, duit banyak.' (peace bos!)
Bak kata hati: 'Betul ini hanya duniawi, rezeki masing-masing, insyaAllah ada rezeki aku, amin.'

Rezeki: Ada yang diberi dalam bentuk kewangan, kekeluargaan, kecantikan, kepandaian, keimanan dan macam-macam lagi. Renung-renungkan apa rezeki yang dianugerahkan kepada kita. Renung-renungkan juga apa yang kita dah buat dengan rezeki kita itu.


Sebenarnya sebelum entry ini ditulis, cik bungaOren Terjumpa satu soalan UPSR : Bahasa Malaysia dalam surat khabar Utusan Malaysia semalam. (Melarat jadik ceritera lain pula.)

39. Beberapa ekor ayam sedang   _ _ _ _ _ _ _ _ _  tanah di bawah pohon mangga untuk mencari makanan.

a. mengais-ngais
b. mengikis-ngikis
c. menguit-nguit
d. mengait-ngait




Dapat jawapannya? Soalan UPSR tuuu.. Mesti dapat jawab kan. Tahniah kepada yang tahu. Kepada yang tidak tahu jawapanya itu, adalah dengan ini saya mengumumkan yang saya merasa sangatlah simpati.


Nota:
1. Sekali sekala perah otak
2. Soalan tak susah sangat pun untuk diperah otaknya
3. Nanti kalau ada soalan lain kita kongsi-kongsi
4. Selamat hari jumaat
5. Sekian terima kasih
6. Eh sebelum beransur, jawapan soalan no39 adalah a. mengais-ngais
7. Sapa salah angkat tangan?

10 comments:

  1. ingat lagi dulu, adik saya pernah cekik anak ayam...nasib tak mati

    ReplyDelete
  2. Nasib baik betul jawapan..hehe..dulu2 masa kecik pun geram tengok anak2 ayam..hrp2 tak adalah yg saya cekik sampai mati :(

    Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki yang halal dan diberkati..amiin.

    :-)

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat di blog cik bungaoren~

    ReplyDelete
  4. soal gaji mmg selalu menjadi isu..
    hanya mampu tersenyum.. :)

    ReplyDelete
  5. nm02
    masa kecil boleh dimaafkan.. kalu masa dah besag nih.. hmmmm... hmm.. hmmm.. :)

    cheqna
    jawapan betul? huh? maka tiada simpati saya untuk anda, cheqna.. :)

    amin3x.. doa yang baik2 saja.. :)

    ReplyDelete
  6. aqilah
    selamat tengahari sabtu aqila

    hyt
    senyum itu sedekah.. :)

    ReplyDelete
  7. cutenyaaaa gambar ayam...nk sekor..:P

    ReplyDelete
  8. ayam rezeki dia banyak anak.. :D

    kak emy.. saya angkat kening.. sebab saya jawab betul! hehe :D

    ReplyDelete
  9. nazrie
    ambiller kalu berani.. :)

    papabear
    rezeki ayam ada dimana2...

    ashiena
    angkat kening kunun.. hang ingat hang ziana zain ke? hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...