Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Friday, March 18, 2011

Bunga Lawang


Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Bunga lawang juga boleh ditemui dalam masakan masyarakat Timur Tengah dan India.

Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.

Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.

Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil. Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari

Kegunaan

Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih.

Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk-pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar.


Di Asia, bunga lawang digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi).

Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh. Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk.

Minyak bunga lawang boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.




Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_lawang

Nota:
1. Minggu lepas tolong MakLily buat assignment seni
2. Assignment ada kaitan dengan songket dan batik
3. Motif2 batik dan songket di Malaysia sangat berkait rapat dengan alam sekitar
4. Nanti cik bungaOren cuba explore dan publish dalam blog ini.
5. InsyaAllah

6 comments:

  1. :) cantik
    boleh jadikan motif untuk batik tu..

    sukee !

    ReplyDelete
  2. soalan saya: bokehkah bunga lawang digunakan untu menyedapkan cucur udang?

    ReplyDelete
  3. Interesting facts..suka bau wangi bunga lawang.

    utk papabear, apa2 pun boleh asalkan adventurous, tak membazir n habis cucur tu..hehe..

    sorry Emy :-)

    ReplyDelete
  4. ashiena
    suker juga.. memang ada kain batik motif nih.. cuma tak jumpa..

    papabear
    jawapan saya ada dua..

    1. bokehkah? gambar ini bukan gambar 'bokeh'. Dalam fotografi memang ada istilah bokeh.

    bolehkah? boleh.. ikut citarasa seseorang..

    ReplyDelete
  5. cheqna
    suka masukkan bunga lawang dalam sup.. kasik wangi..

    anyway.. noproblem cheqna.. terima kasih kerana tolong menjawab. papabear seorang kanak2 dewasa yang suka bertanya... hehehehe..

    nazrie
    geeee... suker juger.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...