Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Wednesday, April 27, 2011

Lemak berharga RM4

Semalam bungaOren and the 'gang' pegi ke Pusat Belia Desa Pandan. Dengan tujuan untuk membuang lemak-lemak tepu yang meliputi abdomen perut ini seperti kebanyakan masyarakat majmuk di sekeliling kita.

Jumlah lemak yang bungaOren buang berharga RM4! Tak tau la seberat mana lemak yang berjaya terbuang. Yang penting bayaran masuk ke sana adalah RM4.

Dengan teknik sapa cepat dan pantas dapat la guna peralatan-peralatan gym di Pusat  Belia itu. Mujur masing-masing faham dan saling bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja yang nak kurus dan sihat.






Nota:
1. Kurus dan tidak kurus itu adalah hak individu.
2. Yang penting masing-masing kena jaga kesihatan.
3. Badan sihat otak cergas.
4. Kesihatan iman kena jaga juga.
5. Jagalah makanan rohani dan jasmani kita.

Tuesday, April 26, 2011

Rumah : Peti ais baru

BungaOren dah ada peti ais baru @ peti sejuk @ ais box @ fridge @ refrigerator.

Jenama Panasonic. Saiz sederhana dengan mempunyai 2 pintu. Bahagian sejuk beku letaknya dibawah. Bahagian sejuk beku mempunyai fungsi auto dfros (nanti saya check ejaannya)

Semoga si bungaOren itu akan lebih berhati2 mengendalikan peralatan baru ini.








Nota:
1. Beli peti ais pun nak kecoh ke?
2. Nak kena letak dalam blog ke?
3. bungaOren: Nak buat camna..
4. bungaOren: Idea spontan bila tengok kotak peti ais.
5. bungaOren: kalu lmbat taip entry ni, ideakan terbang dibawa angin lalu.
6. Masa tak menunggu kita.
7. Saya berazam nak datang awal ke pejabat.
8. Amin

Friday, April 22, 2011

Pejabat : Hari Keluarga 2011

Tahun ini ada Hari Keluarga anjuran syarikat tempat bungaOren berkerja. Dalam sibuk2 bekerja, bungaOren diminta menyibukkan lagi diri bungaOren sebagai salah seorang AJK kecil Hari Keluarga.

Apalah sangat kederat yang disumbangkan. BungaOren dan kawan2 cuma diminta berjemur ditengah panas sambil memegang kamera semasa acara sukan kanak-kanak kecil dan kanak-kanak dewasa.

Petangnya kami bebas berselerakan di WaterWorld. BungaOren berjaya seludup masuk adik beradik nyamuk berendam dan bermandi manda sehingga kecut satu badan di Water World. (Actully terima kasih kepada pemberi tiket free)

Sewaktu Jamuan Makan Malam, bungaOren dan kawan-kawan 'ditugaskan' untuk bersila depan pentas tengok Faizal Tahir menyanyi.

Paling gembira, bungaOren hanya sempat menjamah seketul peha ayam dan sedikit lauk. Sebab terlalu khusyuk bersila melihat persembahan dipentas.

Maka malam itu bungaOren tidur dengan kepenatan, kelaparan dan 'kegembiraan'. 'Gembira' mengenangkan kawan-kawan yang duduk dimeja makan dengan gembira menjamah buffet makanan yang sedap itu. Maka perut pun menyanyikan lagu keroncong kegemaran ramai.









Nota:
1. Perkataan yang didalam tanda 'pembukadanpenutupkata' tidak memaksudkan perkataan yang dibuka dan ditutup kata itu.
2. Perkataan tersebut membawa maksud bertentangan / perlian kepada perkataan yang dipaparkan.
3. 'Kegembiraan' membawa maksud yang bertentangan kepada keadaan gembira, iaitu tidak gembira.
4. Dalam bahasa omputeh digelar sebagai ironic.
5. Maka berhati2 membaca hati dan perasaan orang.
6. Helmi Gimic memang best.
7. Dia buat homework.
8. Penat kami berbaloi bila HR manager klik Like kat album gambar bungaOren semalam.

Thursday, April 21, 2011

Dia tak kenal saya noktah

BungaOren kenal dia. Tapi dia tak kenal si bungaOren.
Si bungaOren bersila depan dia. Maka menyanyilah dia di depan bungaOren.

BungaOren kata suara dia sedap. Tapi dia nyanyi 6 lagu je. Dia kata kalu nak dengar lagu lain kena bayar lebih. BungaOren kata, takper la, bungaOren dengar lagu orang lain la kalau macam tu.

Si bungaOren tahu ada kawan-kawan bungaOren yang fanatik dengan dia ni. Oleh kerana dia tak kenal siapa si bungaOren, maka bungaOren tak gemar nak fanatik dengan dia.

Tapi rasanya communication dia dengan penonton agak kurang sesuai. Harap dia dapat perbaiki mutu communication dia dengan bungaOren penonton.

Dia nyanyi lagu Hanyut. Hanyut tu lagu nyanyian Faizal Tahir kan?

Faizal Tahir ke yang nyanyi depan bungaOren hari tu? (heppp! takkan la bungaOren tak kenal Faizal Tahir kan!)









Nota:
1. Faizal Tahir tak kenal bungaOren
2. Faizal Tahir nyanyi sedap
3. Sapa suka Faizal Tahir? Angkat tangan!

Friday, April 15, 2011

Inspirasi : Gobok Baju

Gobok baju idaman bungaOren masih belum siap sepenuhnya. Ini kerana kapasiti dan kuantiti kertas berwarna dalam dompet bungaOren masih belum mengizinkan.

OLEH YANG DEMIKIAN - Si bungaOren ini hanya mampu bersabar.

Petang semalam sebelum pulang, sempat kami (rakan2 pejabat) berbalas-balas idea berkenaan dekorasi rumah masing2. Lebih kepada mendapat pandangan apa yang ok dan tidak ok. Maklumlah perbelanjaan dekorasi rumah jika tidak dibuat betul2 memang menyusahkan objek bernama poket. Apalagi bagi mereka2 yang banyak idea tetapi poket selalunya kurang menunjukkan minat.

Lanjutan daripada itu, malamnya cik bungaOren membaca beberapa artikel berkenaan dengan dekorasi, bungaOren terjumpa quote ini sebagai penguat inspirasi.

"Do what you can, with what you have, where you are" quote from T. Roosevelt.


Berbekalkan inspirasi daripada gambar diatas, si bungaOren ingin goboknya kelihatan seperti itu. Berbekalkan keadaan ruang dan poket yang sempit, si bungaOren tu perlu meminimumkan saiz gobok supaya poket dapat tersenyum riang.

Nota:
1. Berbelanja mengikut kemampuan
2. Ukurlah baju dibadan sendiri
3. Sebab jika baju terlalu besar mungkin kelihatan tidak cantik.
4. Jika terlalu kecil mungkin kelihatan sedikit tak sesuai, xeksi mungkin lebey tepat.
5. Walauapa-apa pun 'I've take my step, to walk further'
6. Enginnyior dah sambung buat gobok seperti yang diminta.
7. Namun ada part yang belum dibuat dek kerana tak cukup bahan.

Wednesday, April 13, 2011

Cabaran : Mengajar pelajar dewasa

Minggu lepas bungaOren sangat sibuk. Sibuk mengajar pelajar-pelajar dewasa tentang cara-cara menggunakan sistem. Kelas insentif selama seminggu itu benar-benar menggabrakan si bungaOren. Sangat gabra terutamanya pada hari pertama. Gabra kerana si bungaOren tiada persediaan yang rapi untuk mengajar pelajar-pelajarnya.

Hari pertama pembelajaran yang agak kelam-kabut. Si bungaOren tersalah anggap akan keupayaan para pelajarnya. Mengajar pelajar yang lebih pandai daripada gurunya adalah sangat berbahaya. Syukur Alhamdullillah si bungaOren itu berjaya mendapat rentak untuk mengajar pada hari kedua.






Nota:
1. Orang putih kata, a few steps backwards, one step forward
2. Maknanya, kurangkan kepandaian untuk menjadi lebih pandai.
3. Si bungaOren belajar semula selok belok flow kerja para pelajarnya
4. Supaya si bungaOren lebih mahir dan dapat mengajar dengan lebih yakin.
5. Saya sangat pemalu orangnya. (saja nak selit)
6. Sangat terharu, ada yang bertanya kabar tentang ketidak postingan saya.
7. Lupa nak bagi tau, ada pelajar bungaOren yang lebih garang daripada bungaOren.
8. Tapi bungaOren dah tak heran...
9. (-_-)y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...