Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Friday, April 22, 2011

Pejabat : Hari Keluarga 2011

Tahun ini ada Hari Keluarga anjuran syarikat tempat bungaOren berkerja. Dalam sibuk2 bekerja, bungaOren diminta menyibukkan lagi diri bungaOren sebagai salah seorang AJK kecil Hari Keluarga.

Apalah sangat kederat yang disumbangkan. BungaOren dan kawan2 cuma diminta berjemur ditengah panas sambil memegang kamera semasa acara sukan kanak-kanak kecil dan kanak-kanak dewasa.

Petangnya kami bebas berselerakan di WaterWorld. BungaOren berjaya seludup masuk adik beradik nyamuk berendam dan bermandi manda sehingga kecut satu badan di Water World. (Actully terima kasih kepada pemberi tiket free)

Sewaktu Jamuan Makan Malam, bungaOren dan kawan-kawan 'ditugaskan' untuk bersila depan pentas tengok Faizal Tahir menyanyi.

Paling gembira, bungaOren hanya sempat menjamah seketul peha ayam dan sedikit lauk. Sebab terlalu khusyuk bersila melihat persembahan dipentas.

Maka malam itu bungaOren tidur dengan kepenatan, kelaparan dan 'kegembiraan'. 'Gembira' mengenangkan kawan-kawan yang duduk dimeja makan dengan gembira menjamah buffet makanan yang sedap itu. Maka perut pun menyanyikan lagu keroncong kegemaran ramai.









Nota:
1. Perkataan yang didalam tanda 'pembukadanpenutupkata' tidak memaksudkan perkataan yang dibuka dan ditutup kata itu.
2. Perkataan tersebut membawa maksud bertentangan / perlian kepada perkataan yang dipaparkan.
3. 'Kegembiraan' membawa maksud yang bertentangan kepada keadaan gembira, iaitu tidak gembira.
4. Dalam bahasa omputeh digelar sebagai ironic.
5. Maka berhati2 membaca hati dan perasaan orang.
6. Helmi Gimic memang best.
7. Dia buat homework.
8. Penat kami berbaloi bila HR manager klik Like kat album gambar bungaOren semalam.

3 comments:

  1. well, I see 1 familiar faces there!
    Kim salam pada ridzal yer. :)

    ReplyDelete
  2. hilmi memang gempak bagi mereka yg first time jumpa dia... bagi yg dah nak masuk 10 kali.. agak basi hehehe... tp basi part performance je la.. part doing homework tu dia bagus la..

    ReplyDelete
  3. helmi gimik tu mmg lawak. yang sebelah helmi tu saper? cam hensem jek.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...