Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Sunday, August 07, 2011

Bunga hydrangea




'Hydrangea' mungkin kedengaran cukup asing bagi kita. Kebanyakkan kita mengenali bunga ini sebagai bunga tiga bulan atau juga dipanggil sebagai pokok bunga siti zubaidah. Spesies ini dikatakan berasal daripada negara Jepun. Namun ia boleh hidup dibanyak negara lain didunia dalam pelbagai iklim.

Hydrandea ditanam sejak sekian lama sebagai tumbuhan hiasan dalam taman dengan warna bunga yang berbeza-beza. Dikata warna nya boleh berubah-ubah berdasarkan kandungan kapur atau aluminium sulfat yang terdapat pada tanah kawasan pokok hydrandea ini ditanam. Tanah yang berasid akan menghasilkan bunga yang berwarna biru, manakala tanah yang beralkai akan menghasilkan bunga yang berwarna merah muda. Walaubagaimana pun hydrandea putih tidak akan bertukar warna.

sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_Tiga_Bulan
http://en.wikipedia.org/wiki/Hydrangea
Nota:
1. Formal sungguh!
2. (-_-)y
3. Mungkin ada yang tanya 'Mana contoh bunga 3bulan yang berwarna biru?'.
4. Mungkin bungaOren akan jawab 'Nanti2lah saya letak.'
5. Atau bungaOren jawab 'Kalau ada kesempatan saya snap dan tambah bunga ini yang berwarna biru pula'
6. Sebenarnya, tiada koleksi bunga 3bulan berwarna biru dalam simpanan hardisk bungaOren.

6 comments:

  1. tgk bunga nie tringat arwah nenek saya yang memang suka tanam pokok bunga dan spesis yang warna biru adalah yang dia tanam.. memang cantik kan bunga nie..

    ReplyDelete
  2. ada jugak yang panggil bunga siti zaleha...suka tgk bunga ni..tp sehingga sekarang pokok yang kat rmh tu belum berbunga...ntah2 dh mati..hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...