Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Wednesday, August 10, 2011

Tomato dalam petisejuk

Ahad lepas bungaOren kemas-kemas peti sejuk @ peti ais. Mentang-mentang peti ais dah besar sedikit daripada peti ais dahulu, semua benda nak sumbat.

BungaOren buang semua makanan (sambal, bubur, jem, paste) dalam bekas yang sudah agak expired keadaannya. Turut dijergah ruangan sayuran. BungaOren menjumpai 2 paket berasingan berisi tomata dengan kuantiti 7 biji tomato kesemuanya. Banyak sungguh tomato (sepatutnya ada 2-3 biji saja dalam peti ais bungaOren). Takkan nak buang kan tomato2 itu. Boleh juga dibuat tomyam sebagai hidangan berbuka.

Fakta Tomato :

Warna merah pada buah tomata adalah disebabkan oleh likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Dikatakan,  likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tomato



Nota:
1. bungaOren ada terima sumbangan gambar dari kak Lizah
2. Gambar tomata dalam entry ini adalah daripada kak Lizah (thank you kak!) (-_-)y
3. bungaOren rasa kak liza rajin baca blog bungaOren yang tak seberapa ini (silent reader).
4. Jemput juga anda yang lain, rajin2lah datang ke blog bungaOren setiap hari.
5. InsyaAllah kalau berkesempatan bungaOren akan cuba selalu update blog
6. Susah nak selalu update sebenarnya.
7. bungaOren akan cuba, InsyaAllah.
8. Harap blog ini akan memberi sedikit manfaat kepada semua
9. Sekian, terima kasih.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...