Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Monday, August 01, 2011

1Ramadhan 1Ogos

12345678901234567890 Damia Umairah

Abaikan nombor2 diatas.. ditaip oleh si penyebok #1 iaitu anak nyamuk #1. Memang sejak 2-3 hari ini, bungaOren sering diganggu oleh anak2 nyamuk yang datang berkunjung ke mahligai indah si bungaOren yang sememangnya kosong indah ini.

Alhamdullillah, mahligai kosong indah bungaOren sering dikunjungi. Terkini, pengunjung tetap telah bertambah lagi seorang. Seorang lagi adik bungaOren, telah selamat melahirkan seorang baby girl yang comel yang bakal dipanggil Safiyya. Maka bertambahlah risiko dan kekerapan bungaOren diganggu oleh anak2 nyamuk. Ngeg.. ngeng.. ngeng.. Inilah kehidupan yang menceriakan.

Anyway, sedar tak sedar ramadhan berkunjung lagi. Alhamdullillah kita masih diberi rahmat umur untuk menikmati ramadhan ini, insyaAllah. Semoga kita dapat memanfaatkan bulan mulia ini dengan amalan-amalan yang mulia.





Nota:
1. Semasa n3 ini ditulis, bungaOren masih diganggu.
2. BungaOren diganggu oleh anak2 nyamuk #1 dan #2.
3. Mujur anak nyamuk #3 tidur.
4. Mujur anak nyamuk #4 tidur.
5. Sakit kaki ku dipijak si anak2 nyamuk.
6. Selamat berpuasa
7. Jangan ponteng2 puasa bagi yang sihat.
8. Kawan2 perempuan yang uzur jangan pula makan dikhalayak ramai. MALU ler wei!
9. Jangan makan dikhalayak ramai. Sila hormati mereka2 yang berpuasa.
10. Sekian, terima kasih.

6 comments:

  1. Tomeyy nyer anak buah kakemi! Bertambah anak buah, bertambah la budget duit raya kakemi tahun ni ;) Selamat berpuasa kakemi!

    ReplyDelete
  2. cute nyerrr little ann...sedap nmanye saffiya...

    ReplyDelete
  3. Syai
    Selamat berpuasa syai.. Semoga baby syai yang bakal lagi pun comel dan sihat juga..

    ReplyDelete
  4. Nazrie
    Make sure uncle E bagi duit raya untuk safiyya raya nanti ek.. Ann kata.. hahaha

    ReplyDelete
  5. anak nyamuk nama Safiyya ada jaundice kah???

    ReplyDelete
  6. drSinga
    So far ok jer anak nyamuk tu.. lighting WB kamera rasanya.. dah call mak dia tanya.. katanya ok takder jaundice.. anyway, thanks doktor for your concern.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...