Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Saturday, August 13, 2011

Buah tomato

Nama saintifik bagi Tomato  adalah Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum. Buah tomato merupakan sejenis sayuran.

Pokok tomato adalah sejenis pokok saka. Pokok saka adalah pokok yang boleh hidup melebihi 2 tahun.

Pokok tomato boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat. Batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato berwarna kuning, dengan lima cuping bermata pada korola.

Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular.






Nota:
1. Hari itu bungaOren ke rumah makcik bungaOren untuk menghantar opah bungaOren.
2. Selalunya bungaOren akan terus ke pejabat.
3. Hari itu bungaOren nekad untuk lambat.
4. Sebab bungaOren dah memang lambat pun.
5. bungaOren nampak ada pokok tomato dah buah tomato yang sangat comel
6. bungaOren terus ambil kamera dah setting dan snap
7. Sekian saja kisah kenapa bungaOren lambat hari itu.


5 comments:

  1. nnt snap yg warna merah pulak yer...yer..yer...

    ReplyDelete
  2. dan sememangnya tomato mmg sedap dan sangat berkhasiat!

    ReplyDelete
  3. ehh2 ade ek tomato warna hijau T_T
    baru tau .

    ReplyDelete
  4. nazrie
    kalu sempat tengok buah2 hijau itu bertukar kaler merah yer.. rasa macam tak sempat je.. hehehehe..

    ReplyDelete
  5. suichi
    yerps sangat berkhasiat..

    tomatokering
    (-_-)y tomato muda memang kaler hijau ler.. hihihi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...