Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Friday, November 26, 2010

Cita-cita saya


Question:
1. Can we predict what would happen to us in the future?

2. Adakah semua yang kita cita2kan dan impikan itu tercapai?

Anyway, korang ingat tak apa cita2 korang tulis dalam report kad masa korang darjah 1? As for me.. saya punya cita2 masa kecil ialah

1. Kerja kilang
2. Peguam
3. Cikgu

Kerja kilang

Firstly, jangan pandang sebelah mata orang kerja kilang nih.. kerana mereka lah kita dapat guna komputer or laptop depan kita ni.. kerana merekalah kita dapat pakai kasut yang cantik2 dan mahal2 ni.. kerana mereka lah kita dapat guna TV, kipas, pendingin udara.. hatta periuk nasi sekali pun derang yang tolong kita buat. Bukan engineer yer.. bukan juru teknik.

Kenapa saya nak jadik pekerja kilang?

Sebab masa kecil2 dulu makcik2 dan kakak sedara ramai yang kerja kilang. Derang selalu bawak balik gula2, kaler pensil dan buku2 untuk kami adik beradik. Bagi saya masa itu pekerja kilanglah orang yang paling banyak duit. Serius saya ingat derang lah orang yang paling banyak duit. Yer la, dok kampung dan tak terdedah dengan dunia luar sangat. Antara orang yang kaya masa tu.. tokey kedai ikan dan tokey kedai runcit. :)

Berjayakah saya jadi pekerja kilang?

Yerp. Dengan bangga saya mengumumkan saya telah pun berjaya mencapai cita2 saya yang pertama. After SPM, saya telahpun bekerja di kilang Thompson, Penang selama 6 bulan lebih kurang. Dukacitanya saya terpaksa menamatkan karier saya itu untuk seketika.

My late father had forced me to register to one of the IPTA kat semenanjung malaysia. Dah dapat tawaran takkan tak pegi kan. Maka dengan berat hati saya melepaskan pekerjaan itu. Anyway, thank for my late father, if not because of him, i wouldn't had known what is life is all about.

Semasa cuti semestar pun saya masih berjaya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran wanita untuk sebulan dua. Seagate, Ipoh dan Sony, Juru pun pernah dijejaki.

Dan sekarang pun masih bekerja di kilang. Cuma bezanya sekarang bekerja di kilang mengeluarkan perisian. Alhamdullilah. Masih bekerja dan ada pekerjaan.

Cita2 sebagai peguam?

Macam berjaya. Walaupun tak dapat title official sebagai peguam. But the task is quite similar. Need to meet people. Talk to people. Raise our opinion and defend our dignity. Kelas kan. Paling tak suka bila kena jumpa user yang banyak karenah.. adoimak tak tahan.. makanya saya jadik seorang yang sangat bersabar. Alhamdullillah.

Cita2 sebagai cikgu?

Macam berjaya juga. Still tak dapat title Cikgu, the truth is sometimes i need to train the users / client about our system. Logically boleh consider sebagai cikgu kan. Sebab sometimes users call me Cikgu. :)


Nota:
1. Yang paling penting pekerjaan kita mesti halal
2. Seorang muslim wajib mencari rezeki yang halal
3. Mencari rezeki yang halal adalah perintah Allah
4. Kita kena berusaha mencari rezeki yang halal
5. Rajin2 lah bersedekah dengan rezeki kita itu.

Wednesday, November 24, 2010

Turquoise



Turquoise in human culture


Geography

The water of Havasu creek is turquoise due to high concentrations of dissolved lime picked up as it runs through sedimentary rock.In slang form, the phrase "The Turquoise" refers to the waters of the Caribbean, which are shallow and therefore take on the color in sunlight.

Medicine

In holistic medicine, the turquoise color  purportedly has a calming effect on patients, and is particularly used to treat patients prone to panic attacks or mania.

Mainstream psychiatric hospitals use turquoise and other light tones of blue and green to calm patients by painting the walls in these colors.

Nurses often wear turquoise or aquamarine colored clothing because of the calming nature of these colors.

Religion

Some mosques have turquoise domes.

Nota:
1. Lawa botol2 biru turquise tu. Rasanya mahal harganya.


Source:
http://en.wikipedia.org/wiki/Turquoise_(color)

Tuesday, November 23, 2010

Sayap



Semasa tengah godek2 gambar2 lama dalam hdisk, tiba2 terjumpa gambar ini.

Dan tiba2 teringin nak terbang merangkap naik kapal terbang.

Nota:
1. Fidah tiba2 buat email berantai, ajak we olz terbang.
2. Lin macam dah nak join
3. Ita diam tanda setuju ke?
4. Emy setuju as long dalam budget dia.
5. Kita nak p mana wei?
6. Dah banyak kali buat email berantai..  tapi still takde desicion lagi.
7. Still simpan duit utk ke tempat yang lagi satu tu..

Malas


Kura-kura merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka.


Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun.

Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu.

Kura-kura merupakan haiwan maun. Makanan utama kura-kura adalah tumbuhan yang hidup dalam air seperti kangkung dan sawi.


Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kura-kura

Nota:
1. Semasa entry ini ditulis jam menunjukkan pukul 12.34pagi
2. Pukul 3pagi saya kena bersiap dan drive balik ke shah alam
3. Pukul 830 pagi dah kena mula bekerja.
4. Malasnyer nak pegi kerja esok (-_-)p
5. Adik bongsu saya akan menduduki kertas pertama STPMnya esok.
6. Goodluck Taufiq dan Sazwan

Saturday, November 20, 2010

Katil

I wish i have a white bedroom and white and white
.
But the cupboard is brown

Never mind to the brown cupboard
.
.
I think i want to change the room color. Not yellow please

Nota:
1. Berbelanja mengikut kemampuan
2. Beli barang yang penting dahulu
3. Jika ada duit baki berbelanja, harap disimpan sedikit untuk keperluan akan dapat.

Friday, November 19, 2010

Something

 The bigger picture of something should tell the details of something
.

 The overall picture of something tell the overall information of something
.
And something that she think is she wanted to have this kitchen cabinet for their house.
Can she?
.
.

Nota:
1. Usaha tangga kejayaan
2. Membaca jambatan ilmu
3. Mendengar guruh dilangit air tempayan jangan dicurahkan
4. Me off to Kubang Pasu ziarah mangsa banjir.
5. Undilah saya dipilihan raya akan datang.. hehehehe..

Thursday, November 18, 2010

Larangan



Waktu haram puasa adalah waktu di mana umat Islam dilarang berpuasa. Hikmahnya adalah ketika semua orang bergembira, seseorang itu perlu turut bersama merayakannya.


1. Berpuasa pada Hari Raya Aidil Fitri ( 1 Syawal )
2. Berpuasa pada Hari Raya Aidil Adha ( 10 Zulhijjah )
3. Berpuasa pada hari-hari Tasyrik ( 11, 12, dan 13 Zulhijjah )

Nota:
1. Selamat Hari Raya Korban
2. Selamat Hari Raya Haji
3. Selamat Hari Raya Aidil Adha
4. MakLily telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Hari Raya Haji 2010.
5. Didoakan agar Opah kepada bayi perempuan yang dilahirkan oleh MakLily dapat mengerjakan ibadah haji pada tahun 2011.  Amin2x
6. Haarithah bererti petani wanita; singa betina


Sumber
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=52&Itemid=85
http://id.wikipedia.org/wiki/Waktu_haram_puasa

Wednesday, November 17, 2010

The train




Umairah: Maklong, tadi kakak nampak keretatapi kat situ 
Maklong: Keretatapi?
Opah: Tadi dia nampak keretapi lalu.. salah sebutan ler tu
Umairah: Ha'ah maklong.. kakak nampak ketatapi..
Maklong: hahahaha.. kakak nampak keretatapi yer? besar tak?
Umairah: Keretatapi tu panjang maklong.. dia jalan2 kat jalan situ.. (she means the rails)
Maklong: Owh.. (-_-)y..


Nota:
1. Umairah bukan nampak kereta tapi  dia nampak keretapi angkut barang.

Sunday, November 14, 2010

Menu: Ketam masak lemak

Peribahasa melayu dolu2.

1. Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan betul / lurus

sebenarnya bagai “ketam mengajar anaknya berjalan betul” membawa maksud hendak membetulkan orang lain.. tetapi diri sendiri dan batang tubuh “orang yang hendak mengajar” itu sendiri pun jalannya masih tidak betul. tapi tak salah nak membetulkan orang lain. dengan harapan kita pun cuba atau sama2 berubah ke jalan yang betul yang nak kita tunjukkan itu.


2. Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit, kuat manusia kerana ilmu.

Setiap makhluk ciptaan Allah itu ada kelebihan masing2. Bersyukurlah dengan kelebihan kita sebagai manusia. Gunakan lah ilmu yang dikurniakan ini sebaik-baiknya.

Nota:
1. Kerana manuasia berilmulah maka terhasilnya masak lomak ketam ni. :)
2. Senget2 ketam ni jalan, tapi bila dah jadik masak lemak ketam, sedap oo..
3. Tak suke makan ketam sebenarnya sebab susah nak makan. Tapi isi ketam sedap kan.


Source:
http://kiasanmelayu.blogspot.com/2009/11/bagai-ketam-mengajar-anaknya-berjalan.html
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kerana&d=11

Udang

Udang kering
.
.

Udang kertas
.
.
1. Ramai penggemar udang
2. Mostly people with B+ blood is alergic to shrimp
3. Udang kering sedap dibuat mee bandung
4. Udang kertas sedap dibuat laksa mee
5. Udang kertas biasanya dibuat cucur udang
6. Later2 la i put resepi cucuq udang utk sesiapa yang request

Saturday, November 13, 2010

Menu : Siakap 3Rasa


Dalam perjalanan ke pasar klang

Emak: Nanti kita beli ikan siakap buat masak 3rasa
Me: Ikan siakap kan mahal
Emak: Ely teringin nak makan. Semalam dia dah berangan dah.
Me: hmm...

Di pasar klang

Me: Ikan siakap ni berapa RM sekilo?
Nyonya kedai: Ikan siakap RM11 sekilo. Mau berapa kilo?
Me: Aaa? murahnyer
Me: Aaa.. mak ok la.. kita beli siakap..

Me: Murahnyer ikan siakap. Ingatkan mahal
Emak: Ni ikan siakap bela.. bukan yang kat laut tu.. Rasa dia pun lain..
Me: Owh..
Emak: Kalu yang tangkap, rasanya lebih sedap.

Selepas kenyang makan ikan siakap 3rasa
Me: Betul le mak.. rasa dia lain.
Emak: Memang la.. :)

Friday, November 12, 2010

DIY : Langsir

Gunting kain langsir
.
Jahit
.
Jahit dan tetas


Me: Camna leh senget lagi nih.
Me: Adoi.. kena tetas semula ke nih?
Me: tetas.. tetas..

MyEmak: Bila la nak siap jahit nih.. asyik tetas je..

Me: Hehehe.. (dalam hati.. mak dah expert takper la..)


I have to make curtains for my sister new house
She trust me because I had make my own curtain for my house 4 month ago.
And i made Eyelet curtain hokey.. (bongkak? hehehe)

Kebenaranya
Langsir rumahku agak senget benget
Normalla kan.. first time try.. (alasan? hehehe)

Nota:
1. Kaji jenis, warna dan bentuk langsir yang sesuai untuk tema rumah
2. Dapatkan ukuran tingkap yang tepat sebelum membeli kain langsir
3. Ukur setiap tingkap yang hendak dibuat langsir. Diulang SETIAP tingkap. Lain tingkap lain ukurannya walaupun kelihatan sama besar.
4. Ukur dan gunting kain langsir di kawasan permukaan yang rata.
5. Pastikan bucu kain 90darjah. Ini menandakan ketepatan garisan. Setelah beberapa percubaan menetas kain langsir yang senget. Saya menggunakan tanda aras ini untuk memastikan langsir tidak senget lagi.
6. Tanda dengan kapur jahitan bahagian2 yang hendak digunting.
7. Semak semula tanda guntingan pada kain sebelum menggunting kain, terutama jika melibatkan kain langsir yang mahal harganya
8. Ukur, lipat dan pinkan kain langsir sebelum dijahit.
9. Pastikan ukuran pasangan kain langsir sama panjang dan dipinkan. Kaedah ini diguna pakai untuk 2 atau lebih keping langsir untuk 1 tingkap yang sama. Kerana jika tak sama panjang nanti langsirnya tinggi sebelah.
10. Jahit langsir dengan penuh kesopanan dan kesusilaan dan kesabaran. Terlajak perahu boleh diundur, tersenget jahit boleh ditetas semula jahitannya. Tapi rajinkah anda untuk menetas semula jahitan kain yang senget itu?

Nampak macam senang je nak buat langsir yang simple mimple nih. Padahal! berpeloh jugak nak buat..

Source:
http://www.io.com/~hcexres/textbook/instrxx5c.html
http://hubpages.com/hub/Curtain-fabric-options
http://www.indobase.com/home/window-treatment/fabric-for-curtains.html

Thursday, November 11, 2010

Kita ini tetamu senja



KOPRATASA ~ KITA INI TETAMU SENJA

( Puisi A. Samad Said - 1955)

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

Nota:
1. Subhanallah.. indah sungguh ciptaan Allah..

2. Pinjam kamera baru Ely untuk ambil gambar ini.
3. Berhati2 ketika memandu.
4. Dont drive with your camera in your hand.

Cangkul


Cangkul atau penggali merupakan alat tradisional yang digunakan untuk pertanian. Cangkul kebiasaannya digunakan untuk merata, menggembur dan memecahkan tanah.

Cangkul mempunyai pelbagai jenis bentuk pemegang atau hulu yang diperbuat daripada kayu. Ada hulu berbentuk lurus dan ada juga yang berbentuk bengkok. Matanya pula diperbuat daripada besi. Terdapat pelbagai jenis cangkul yang dikenali sebagai cangkul betul (lurus) dan cangkul burung yang lebih dikenali sebagai alabangka. Cangkul lurus digunakan untuk menggali lubang yang sempit seperti turus pagar atau untuk menanam tiang. Cangkul burung pula digunakan untuk memecahkan tanah yang keras atau merejang batu.

Petani di kampung lazimnya menggunakan cangkul bagi menggemburkan tanah sebelum bercucuk tanam. Tanaman yang diusahakan seperti ubi, keledek, keladi, sayur-sayuran, tebu dan sebagainya.



Note:
1. Tanamlah pokok untuk hijaukan bumi kita.
2. Nak g sungai buluh nak carik pasu bunga la .. nak tanam pokok bunga
3. Pokok apa yang bunganya berwarna putih? Jawab2x Teka2x..

Source:
http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/Petani_Cangkul.htm

Monday, November 08, 2010

Katak batu


Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x

Nota kaki:
1. Musim tengkujuh sudah menjelma
2. Kepada mangsa2 banjir, harap anda bersabar menghadapi dugaan ini.
3. Kepada Teh Noi (mangsa banjir di kedah), sabaq a teh.
4. Korang yang lain2 nih.. jangan main hujan sesuka hati. Nanti demam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...