Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Iklan

Iklan

Thursday, November 11, 2010

Cangkul


Cangkul atau penggali merupakan alat tradisional yang digunakan untuk pertanian. Cangkul kebiasaannya digunakan untuk merata, menggembur dan memecahkan tanah.

Cangkul mempunyai pelbagai jenis bentuk pemegang atau hulu yang diperbuat daripada kayu. Ada hulu berbentuk lurus dan ada juga yang berbentuk bengkok. Matanya pula diperbuat daripada besi. Terdapat pelbagai jenis cangkul yang dikenali sebagai cangkul betul (lurus) dan cangkul burung yang lebih dikenali sebagai alabangka. Cangkul lurus digunakan untuk menggali lubang yang sempit seperti turus pagar atau untuk menanam tiang. Cangkul burung pula digunakan untuk memecahkan tanah yang keras atau merejang batu.

Petani di kampung lazimnya menggunakan cangkul bagi menggemburkan tanah sebelum bercucuk tanam. Tanaman yang diusahakan seperti ubi, keledek, keladi, sayur-sayuran, tebu dan sebagainya.



Note:
1. Tanamlah pokok untuk hijaukan bumi kita.
2. Nak g sungai buluh nak carik pasu bunga la .. nak tanam pokok bunga
3. Pokok apa yang bunganya berwarna putih? Jawab2x Teka2x..

Source:
http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/Petani_Cangkul.htm

2 comments:

  1. kau cangkul hatiku...9 tahun kawan kak hemy...

    ReplyDelete
  2. banyak ler hang nyer cangkul2 hati.. call me akak aimy next time.. :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...