Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Wednesday, November 30, 2011

Muntah hijau

Saya was-was sebenarnya, tapi spegati hijau from Ben's, Pavillion ini sedap!

Nota:
1. Hari ini bungaOren marah orang / nak marah orang / nak mengumpat orang / nak baling kasut kat orang!
2. BUT! No worries kawan2 sekalian, bungaOren ok (-_-)y
3. Rasanya orang yang bungaOren marah tu yang tak ok kot! HEHEHE..
4. So now i collect point #2 - WHY i need to send out my resume.
5. Selamat hari rabu!
6. Mass distribution of my resume begins! (-_-)y
7. Tapi resume tak touchup lagi.. dush!

Tuesday, November 29, 2011

Mini KLCC


Mini KLCC yang dipamerkan di Pavillion

Kadang-kadang kita malas nak jumpa seseorang @ orang itu jika
- kita benci pada orang itu
- kita tak suka perangai orang itu
- kita sangat suka pada orang itu
- kita malas nak keluar rumah semata-mata nak jumpa orang itu
- kita memang malas
- tapi hari ini saya malas nak jumpa orang sebab saya malas nak jumpa orang2 itu tapi masih kena jumpa orang2 itu (salah satu sebab - ialah sebab keje tak siap lagi)

Nota:
1. Malas jumpa orang sebab ada jenis2 orang yang bisa mengganggu tentatif plan kita
2. Please jangan jadi pemalas!
3. Please jangan malas solat!
4. Jalan malas baca doa!
5. Please jangan serik datang blog ini. (-_-)y

Sunday, November 27, 2011

1Muharram 1433 Hijrah



Semoga kehidupan dan ibadah kita di tahun 1433Hijrah sentiasa dirahmati Allah dan semoga amalan kita di tahun 1432Hijrah diterima Allah.

Nota:
1. Semoga dikuatkan iman (ditambahkan keimanan)
2. Semoga hati sentiasa ikhlas dan khusyuk melakukan ibadah.

Thursday, November 24, 2011

Kuey teow kung fu

Apa nak tulis untuk hari ini yer? Ada yang suggest untuk cerita tentang pertarungan Malaysia dengan Syria semalam, dimana Malaysia kalah 2-0. BungaOren rasa pertarungan Malaysia Syria semalam agak hambar, mungkin dek kerana kepenatan sang harimau kelmarin masih belum reda. Next! Aina, budak ofis sedang asyik bercerita tentang pemain-pemain cute kegemarannya. Antara nama yang sering disebut Nazmi Faiz, Baddrol Bakhtiar memang bungaOren tak kenal pemain-pemain itu. Next!

Cerita pasal pemain yang baru berumur 17 tahun, Nazmi Faiz, bungaOren kena pi cari gambar Nazmi Faiz dulu baru boleh cerita pasal dia. Next! Nak cerita pasal Baddrol Bakhtiar, kena buat research dulu. Kalau salah statement boleh kena kungfu dek peminat2 mereka kan!. Tapi memang tak sangka pemain Baddrol Bakhtiar  yang disebut-sebut Aina menjadi bahan sasaran telefon tangan bungaOren kelmarin. Ketika merakamkan gambar pemain malaysia semasa perlawanan Malaysia menentang Indonesia di Sukan SEA 2011 (rakam dari kaca TV je pun ngehngehngeh)


Gambar kuey teow kungfu ini dirakamkan menggunakan kamera iPhone4

Plastik sampah kuey teow kungfu, purnama merindu, Cheras. (Beli bungkus, balik makan di pejabat)

1. Nak eja Kueytiau Kungfu kuey teow kung fu pun saya tak reti! Tragis kan!..
2. Kueytiau Kungfu Kuey teow kung fu, di Gerai Purnama Merindu, Cheras memang sedap!
3. Pegi department sebelah, untuk cari paper semalam.
4. Dapat sekeping dua gambar Nazmi Faiz dan Baddrol Bakhtiar dari paper
5. Harap esok ada ilham untuk cerita pasal mereka.

Wednesday, November 23, 2011

Tikus hijau


Nota:
1. Menjaga hati
2. Menjaga perasaan
3. Bersabar

Tuesday, November 22, 2011

Emas milik harimau

Pingat emas Malaysia yang ke 59 dalam Sukan SEA 2011 di perolehi menerusi perlawanan akhir bola sepak di antara Malaysia dan Indonesia. Perlawanan telah berlansung selama 120 minit yang mendebarkan. Lanjutkan 30 minit masa tambahan terpaksa dilansungkan selepas pertandingan  terikat 1-1 setelah perlawanan tamat selepas 90 minit pertandingan berlansung.

Lanjutan 30 minit masa tambahan masih tidak merubah sebarang keputusan memaksa sepakan penalti yang mendebarkan terpaksa dilansungkan. Akhirnya harimau berjaya menewaskan garuda dengan  kemenangan dalam sepakan panalti 4-3.








Terima kasih kepada pasukan Malaysia yang sentiasa bersemangat daripada minit pertama sehingga ke sepakan gol terakhir kemenangan!

Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta telah pun kosong ketika penyampaian hadiah pingat emas dilansungkan. Namun, pastinya kedai-kedai makan di Malaysia yang menayangkan siaran lansung ini meriah dengan sorakan para penyokong harimau ini.

Nota:
1. Tiba-tiba terbuat entry pasal Sukan SEA 2011
2. Semangat kesukanan yang positif dalam setiap pertandingan berpasukan.
3. Kena sentiasa mempositifkan rakan sepasukan
4. InsyaAllah hasilnya tidak mengecewakan.
5. Walau apapun keputusan kita masih boleh berbangga kerana kita telah berusaha bersungguh-sungguh.
6. Terjumpa blog yang menganalysis berkenaan kekalahan indonesia klik sini. Wallahhualam.
7. Pun begitu bagi sesiapa yang percaya pada aura2 positif negatif, artikel tersebut memang ada kebenaranya.

Monday, November 21, 2011

Resepi kuah laksa

Resepi laksa kedah @ laksa utara air tangan makbonda memang sedap. Versi kuah laksa ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kisahnya, jumaat lepas, bungaOren terjumpa bunga kantan dan daun kesum di dapur rumah. Rupanya makbonda hendak buat laksa, dah lama tak makan laksa kisahnya kita orang ini. Laksa yang sering dimasak makbonda adalah laksa version laksa kedah. Kuahnya sedikit pekat. Klik laksa untuk tengok contoh output laksa (-_-)y




Bahan-bahan untuk kuah laksa
1 kilo - ikan kembung / ikan curut (biasanya orang panggil ikan sardin) / ikan selayang / ikan tamban
30 biji cili kering
10 biji cili padi (jika nak pedas)
2 biji bawang besar
sedikit belacan
1 1/2 - 2 liter air

5 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan
seikat daun kesum
garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam
2. Asingkan isi ikan dari tulang-tulang ikan (jangan buang air rebusan ikan yer)
3. Blander isi ikan dan tapis
4. Blander tulang ikan dan tapiskan (buang bahan2 yang tidak lumat)
5. Blander cili kering, cili padi, bawang merah dan belacan
6. Masakkan bahan yang diblander tadi dalam periuk besar  bersama air rebusan ikan
7. Setelah mendidih masukkan asam keping yang direbus bersama ikan tadi
8. Masukkan daun kesum, bunga kantan
9. Masukan garam secukup rasa
10. Selesai dan boleh dihidangkan.

Kuah laksa ini sedap dimakan bersama laksa (of coz la kan), dan bahan-bahan ulaman seperti timun, cili padi, bawang besar, bunga kantan, daun salad, daun salom atau mungkin daun gajus yang telah dipotong halus.

Nota:
1. Setiap orang akan kata masakan emak mereka adalah masakan yang paling sedap didunia.
2. Saya setuju!

Friday, November 18, 2011

Malu tapi malu

Pose menutup sebelah mata. Dak Rayyan teringin membuat pose seperti emaknya, tapi Rayyan malu2 nak buat pose macam emaknya.

Malu-malu, merujuk kepada perasaan malu yang berpunca daripada perasaan hormat. Perasaan malu-malu bahasa timbul apabila seseorang itu berhadapan dengan orang yang dihormati. Perasaan malu ini agak serdeharna dan tidak sampai boleh menyakiti hati seseorang

Nota:
1. Jangan pandang orang sebelah mata.
2. Kalau tak mahu orang pandang kita sebelah mata juga.
3. Keje banyak  lor.

Thursday, November 17, 2011

Dasar ulat bulu

Daun pokok limau yang telah dimakan oleh ulat bulu. 

 Dari generasi ke generasi, antara generasi ulat bulu yang sentiasa datang menikmati daun-daun limau.

Entah generasi ke berapa ulat bulu yang telah menghabiskan daun-daun pokok limau bungaOren 

Bila ulat bulu dah naik daun! Habis la daun-daun itu.

Dah nama pun ulat bulu, memang la duduknya diatas daun. Dah namanya ulat bulu, habis dimakannya semua daun-daun pokok limau dan lemon ku. Dah namanya ulat bulu, memang makanannya daun. Sedap sangat daun2 limau itu? Banyak lagi daun pokok-pokok lain yang boleh dimakan. Makan la daun pegaga yang bungaOren tanam itu. Makan daun pegaga boleh awet muda tau.

Mungkin ulat-ulat bulu ini telah meletakkan satu dasar dan visi iaitu untuk memakan semua daun-daun di taman mini bungaOren. hmm... kesian nak bunuh ulat bulu ni setiap hari. Sungguh kasihan. Sesungguhnya saya masih bersabar.

Dengar2 dicorong radio, katanya jangan tak suka pada orangnya, sebab orang boleh berubah menjadi baik. Tapi dibenarkan tidak suka kepada perbuatan orangnya. Maka saya tak suka perbuatan ulat bulu yang memakan daun-daun pokok limau itu. Tapi saya tak suka ulat bulu juga. Erk?


Nota:
1. Rasa macam nak upgrade ilmu teringkas bungaOren jer!
2. Macam nak kena belajar bahasa Java jer.
3. Kena belajar bahasa Java for my C Plan (klu plan C - dekat skit dengan rumah)
4. Plan D ialah menjadi jurufoto (pelan D setakat hari ini)

Wednesday, November 16, 2011

Labah-labah belakang rumah




Nota:
1. Hari ini hari rabu
2. Hari rabu = wordless wednesday
3. Sila sambung buat kerja (-_-)y

Tuesday, November 15, 2011

Jurugambar perkahwinan

Blurish adalah seni (ayat cover - sebab gambar ini blur)

Seni Blurish (ayat tak cover sebab memang niat nak sharpkan gambar kasut pengantin sahaja)

Pada suatu malam (semalam kepada semalam), sedang bungaOren membaca status fb kawan-kawan... tiba2 ada seorang kawan mesej bungaOren..

kawan: bungaOren, ko buat business ambil gambar pengantin ke?
bungaOren: ek?? nope.. tapi kalu kawan-kawan perlukan perkhidmatan aku, aku boleh saja.

kawan: yeay... aku nak book ko boleh?
bungaOren: boleh, tapi bila tarikhnya? Kalau aku free, insyaAllah ok.

bungaOren: Wedding ko ke?
kawan: yerps.. (-_-)y insyaAllah middle of March 2012.

bungaOren: Serius??? Tahniah... bla.. bla.. bla..
kawan: bla.. bla.. bla..

Nota:
1. Kadang2 saya boleh jadi wedding photograper.. (jangan tak percaya).
2. Selalunya saya malas nak jadi wedding photograper.
3. Jika saya dah malas nak jadi juruteringkas mungkin saya tukar kerjaya menjadi photograper pula.

Monday, November 14, 2011

Kereta baru kawan saya



Girl day out is exciting. Kami ke sebuah restoran di Pavalion dan menikmati makanan yang dipesan. Sedar tak sedar 2-3 jam masa berlalu dengan dipenuhi dengan sembangan di restoran yang cozy itu. Masing-masing update status traveling journey masing-masing. No gossiping - (eh..  ada la terlepas satu dua gosip, tapi not major gosip! This is not session for gossiping). Saling bertukar-tukar keychain dan fridge magnet dan hadiah besday. Dan discuss juga next travel yang akan dilakukan bersama.

Lepas makan rush to Surau solat dan terus ke parking kereta.

Pemilik kereta: Eh mana aku park kereta aku ek? (Memang niat nak carik gaduh ngan bungaOren ke? Or niat nak riak ngan bungaOren.. hahahaha just kidding.. aku tau hang memang nak carik gaduh!)

bungaOren: Kalau ko tak tukar kereta mungkin aku boleh carikan. (Dengan niat memang nak carik gaduh juga, takkan la ko nyer keter takder alarm yang boleh dengar dari jauh tu kan, dan memang tak tau dia ni dah tukau kereta)

Pemilik kereta: (Diam)
bungaOren: Chessss.. (tukar kereta rupanya sambil memerhatikan si pemilik membuka pintu kereta barunya)

Pemilik kereta: Silakan naik kawan2
bungaOren: Wahhh... merasa naik kereta baru. Baru 1400++ km. Masih baru!

Terima kasih pemilik kereta kerana sudi hantar kami ke parking kereta kami di Putrajaya dan di Bukit Jalil.

Nota:
1. Pemilik kereta offer bungaOren utk drive keta baru tu next2 time.
2. Alhamdullillah kawan-kawan tak sombong dengan kawan-kawan.
3. Masih sudi bawak kawan2 naik keter yang masih sangat baru
4. Thank you sebab kasik kami rasmi - kami antara yang terawal naik (=best2)
5. Rezeki kawan-kawan untuk tukar kereta
6. Tak perlu nak jeles, kita ada rezeki kita sendiri
7. Bersyukur dengan rezeki kita masing-masing.
8. Klik sini kalau nak tengok tangan pemilik kereta
9. Offer utk bawak kereta baru itu ditolak bungaOren mentah-mentah.
10. Ini adalah kerana bungaOren masih fobia membawa keter auto!
11. Mungkin bila dah hilang fobia itu akan ku sahut offer itu.

Sunday, November 13, 2011

Rupa buah keras

Buah keras yang telah diketuk sehingga menampakkan isi dalamnya. 

 Buah keras yang belum dibuang kulitnya

Dibilang emak, buah keras rupanya seperti biji getah. Diingat si bungaOren rupa buah keras adalah seperti apabila biji getah dibuang kulitnya.

Sungguh bungaOren tersalah sangkanya. Jauh sungguh rupa parasnya. Dush..! (-_-)y

Note:
1. Girls day out is today.
2. So, Im going out today.
3. Semalam sibuk layan tv dari pagi sampai tengah malam
4. Cikgu suh baca 2 buah buku, kena ulang baca dan faham sebanyak 3 kali.
5. Bila mau baca buku?
6. Buku2 itu sungguh tebal.

Saturday, November 12, 2011

Resepi Betik muda masak air

Betik muda masak air adalah antara makanan kegemaran bungaOren. Senang dan simple dan yang penting sedap di tekak bungaOren. Sayur betik muda ini sedap dimakan  sebagai hidangan tengahari bersama nasi putih panas2, ikan kembung goreng dan sambal belacan. Memang sedap.



Bahan-bahan
1. 1 biji betik muda
2. 2 ulas bawang merah
3. 2-3 biji cili padi / cili kering
4. Sedikit belacan
5. Sehelai daun kunyit
6. 2 gelas air

Cara-caranya
1. Kupas kulit betik dan buang bijinya.
2. Potong kecil betik (senipis 1cm dan selebar 3 cm - lebih kurang)
3. Hiris halus bawang merah.
4. Hiris cili padi / cili kering
5. Masukkan betik yang telah dipotong, bawang merah, cili padi dan belacan ke dalam periuk
6. Masukkan air
7. Rebus bahan-bahan tersebut sehingga mendidih
8. Masukkan daun kunyit yang dipotong kasar. Biarkan seketika.
9. Siap untuk dihidangkan.


Nota:
1. Nak makan apa yer hari ini?

Friday, November 11, 2011

Sebiji cili merah


Secara luaran mungkin kita boleh menilai seseorang itu sedang bahagia, gembira, marah, sedih, susah hati dan sebagainya. Kita hanya menilai secara luaran, mungkin jika kita bertanya kepada mereka daripada hati ke hati, sebenarnya dalam hati mereka tidak seperti yang kita jangkakan secara luarannya. Riak wajah seseorang kadang2 bisa menipu pandangan mata kita.

Melihat dan mengetahui seseorang yang rapat dengan bungaOren sedang tenang menghadapi dugaan adalah satu dugaan buat bungaOren juga. Semoga mereka2 tabah. Ramai juga mereka2 disekeliling bungaOren sedang diduga, cuma cara dan kaedahnya berbeza. Mengikut kemampuan masing2. Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNya.

"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhamu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam surgaKu" (QS Al-Fajr :27-30)





Nota:
1. Musibah akan datang dan pergi
2. Tiada keistimewaannya angka 11.11.11
3. Angka dan tarikh hari ini adalah hari-hari biasa bagi orang biasa.
4. Mungkin ada seribu erti bagi mereka yang memberi erti kepada tarikh ini
5. Selamat hari jumaat.

Thursday, November 10, 2011

Bunga butang




Ini bunga butang. Orang putih panggil  Pink Bachelor's Button. Bunga butang ini bunganya berbentuk bulat, mempunyai banyak bunga, ditanam melalui pembiakan biji benih, Bunga akan di dapati selepas 40 hari menanamnya. Pokok ini digelar juga dengan nama Bunga 40 hari.


Nota:
1. Selamat kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan.
2. Bercita-cita nak hias rumah dengan lampu mentol (klik lampu mentol)

Wednesday, November 09, 2011

Ikan garam kunyit



Nota:
1. Hari ini hari rabu - wordless wednesday
2. Hari ini saya bercuti-cuti
3. Senyum (klik pada jika nak tengok gambar piring senyum)
4. Senyum sokmo
5. Sokmo senyum.

Tuesday, November 08, 2011

Mandi parit

Anak nyamuk #1 dan #2 girang bermain air parit yang sejuk dan jernih di bukit (kebun TokNdak)

Teringat zaman kanak-kanak, bungaOren dan adik beradik sering dibawa oleh arwah ayah ke kebun opah dan arwah aki. Biasanya kami akan mandi parit di bukit itu (orang kampung kami biasanya memanggil kebun buah-buahan sebagai bukit - mungkin sebab kebun-kebun itu terletak berdekatan dengan kawasan bukit).

Jika musim hujan air parit akan naik, dan apabila selepas hujan, air bukit akan mengalir laju dan biasanya air akan keruh sebab membawa segala bagai mineral dan dedaun dari bukit. Setelah seketika (3-4 jam selepas hujan berhenti) air parit kembali menjadi jernih dan tenang.

Ketika kecil memang seronok bermandi manda diparit, walaupun kadang-kadang air hanya separas buku lali orang dewasa. (-_-)y

Nota:
1. Korang pernah mandi parit ketika air keruh?
2. Saya pernah..
3. Nyaris menarik ular tersesat yang tak berjaya berpaut semasa air tengah laju itu.
4. Alhamdullillah tidak berlaku sebarang kemalangan ketika itu.
5. Semoga kami sekeluarga sentiasa dirahmati Allah dunia akhirat.
6. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah dunia akhirat
7. Amin.

Sunday, November 06, 2011

Eid-Ul-Adha 1432




Salam Eidul Adha 1432, beraya di ShahAlam, bersama bonda tercinta. Kami tidak pulang ke kampung @ beraya di kampung seperti selalu. Namun 2 orang adik telah dihantar bagi menjenguk opah dikampung. Semoga opah sihat-sihat hendaknya.

1. Rindu nak balik kampung.
2. Dah sebulan tak balik kampung. (-_-)y
3. Apa pengorbanan anda tahun ini?
4. Apa pengorbanan saya tahun ini?
5. Setiap pengorbanan yang dilakukan yang pentingnya ikhlas.
6. Selamat Hari Raya Korban

Friday, November 04, 2011

Bunga sangkar telur




Gloriosa superba
Family : Liliaceae
Local Name : Bunga kembang songsang , Climbing Lily


Bunga Kembang Songsang merupakan sejenis lili yan memanjat sehingga setinggi 2.5 meter. Daunnya berbentuk lanseolat dan terdapat dihujungnya sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Bunganya unik dan sangat menarik dengan kelopaknya yang berbentuk runcing, berombak-ombak di tepinya dan berwarna kuning dan merah. Semasa kembang, segmen petalnya keluar songsang dengan pistil dan stamen yang melintang. Bunganya merah dan kuning-bata yang terang, menonjol disebabkan kelopak yang jelas kelihatan, seperti (Turk’s cap lily). Pokok ini mempunyai ubi yang beracun.

Pokok lili ini sering ditanam di taman-taman persendirian kerana keindahan dan keunikan bunganya. Oleh sebab segmen petalnya keluar songsang, masyarakat Melayu memanggilnya Bunga Kembang Sonsang.

Pokok Bunga Kembang Songsang adalah tumbuhan berubi berdaun lebat sepanjang masa, sesuai dengan cuaca monson dengan musim panas kering dalam keadaan pendam.

Gloriosa adalah genus bagi lima spesies tumbuhan famili Colchicaceae, yang berasal dari Asia tropika dan Afrika. Pokok ini merupakan pokok kebangsaan Zimbabwe, dan Rhodesia.


Mak bungaOren kata nama bunga ini adalah bunga sangkar telur. Terjumpa pokok bunga ini ketika menziarahi kampung saudara-mara. Kami bawa pulang lebih kurang 1 meter panjang batang pokok ini untuk ditanam. Namun mungkin keadaan tidak sesuai maka pokok itu belum sudi untuk tumbuh dirumah kami.

Nota:
1. Selamat bercuti (-_-)y

Thursday, November 03, 2011

Biskut penumbuk



Emak dan opah dan orang kampung bungaOren panggil objek ini biskut penumbuk, bila bungaOren google jumpa beberapa nama lain yang mewakili nama objek ini. Ada orang panggil biskut keras, ada yang panggil roti keras dan ada juga yang panggil biskut tongkat.

Biskut penumbuk ini sedapnya dimakan sebagai hidangan petang ataupun sarapan pagi ketika hujan dicicah dengan kopi O panas. Layan...

Terima kasih kerana sudi membaca. (-_-)y

Nota:
1. Korang puasa hari ini?

Wednesday, November 02, 2011

Beautiful Mess



Note:
1. Mess are mess
2. Mess can be beaufitul
3. You are beautiful just the way you are!

Tuesday, November 01, 2011

Kacang goreng






Sedap makan kacang goreng sebagai kudapan semasa buat kerja yang banyak atau pun semasa bersantai menonton tv.

Kulit kacang goreng yang nipis itu boleh dibuang atau dimakan bersama dengan isi kacang. Namun belum pernah didengar atau diketahui adanya orang yang memakan kulit luar kacang tanah.

Itu jer nak cerita pasal kacang goreng.  Terima kasih kerana sudi membaca karangan ini dan melihat gambar kacang gorengan emak bungaOren untuk dibuat kuah kacang.

Nota:
1. Hari ini ada kursus latihan penilaian daripada ketua penilai.
2. Hari yang sibuk walaupun hanya mendengar dan mencatit
3. Ada lesson learned diterima hari ini.
4. Kita bekerja untuk mendapatkan kebaikan daripada pekerjaan yang kita lakukan.
5. Antara kebaikan bekerja adalah mendapatkan gaji dan menambahkan pengetahuan
6. Adalah bonus jika kita mendapat gaji yang besar
7. Dan sesungguhnya kita bukan berkerja semata-mata untuk memenatkan badan kita. (Setuju!)
8. Namun jika dah bekerja tentulah penat kan.
9. Sama ada penat fizikal ataupun penat mental kerana banyak berfikir.
10. Paling penting niat kita bekerja adalah kerana Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...