Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Sunday, May 29, 2011

Si Baju Hijau

Kelmarin si bungaOren ke Hari Sejuta Belia di Putrajaya. Semua kawasan dipenuhi golongan belia. Semoga mereka mendapat kebaikan daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Sepanjang jalan ada pameran dan gerai dibuka untuk dilawati. Yang paling menarik hati bungaOren adalah pameran daripada golongan si baju hijau.

Sempat juga si bungaOren itu snap beberapa keping gambar. So nak buat teka-teki.

Yang mana satu orang dan yang mana satu patung?









Nanti lah saya bagi jawapan. (-_-)y

Nota:
1. Tak semua perkara yang kita nak kita dapat
2. Tak semua perkara yang kita usaha untuk kita dapat.. kita dapat
3. Tak semua perkara yang kita dapat tu, kita yang punya
4. Redha dengan apa yang kita dapat / ada / usaha
5. (-_-)y

Saturday, May 28, 2011

Torenia Fournieri





Pokok bunga ini banyak terdapat di rumah opah si bungaOren. Namun tidak diketahui namanya. Beberapa usaha mencari nama bunga ini telah dilakukan dan si bungaOren itu telah berjaya menjumpai nama bunga yang dicari.

Dengan ini dimaklumkan bahawa bunga itu bernama Wishbone flower atau Torenia Fournieri atau Bluewig


Nota:
1. Selamat hari sabtu

Thursday, May 26, 2011

Penyu



Pusat Pengurusan Penyu
Pasir Panjang Segari, Perak

Nota:
1. Selamatkan bumi kita
2. Jangan guna banyak plastik beg
3. Jangan buang plastik merata-rata
4. Jangan lempar sampah dalam longkang, parit, sungai dan laut
5. Bukan kita saja yang hidup di bumi ini
6. Ada makhluk Allah lain juga menghuni bumi ini
7. Berbuatlah baik sesama makhluk Allah dibumi ini

Wednesday, May 25, 2011

Kisah bunga mawar


Kisah ini berlaku pada zaman dahulu. Ketika dapat peluang ke rumah seorang sahabat yang tinggal di atas kayangan. Sayup tinggi banglow dia, gayat juga bungaOren dibuatnya.

Sahabat ini ada menaman pokok orkid. Banyak juga pasu pokok orkid yang ada dirumahnya. Lebih 15 pasu rasanya pokot orkid yang ditanam diserambi rumahnya yang besar sedikit daripada banglow mewah bungaOren. (Pembetulan, rumah dia memang besar dari rumah bungaOren, tapi serambi rumah bungaOren lebih besar daripada serambi rumah dia, okey..)

Dek kerana dah kenal lama dengan sahabat ini, bungaOren pun menegur si sahabat kerana kemalasannya menyiram pokok2 orkidnya. Menurut sahabat ini, pokok itu dah lama hidup disitu tanpa perhatian, dan masih berbunga pada waktunya.

Maka bungaOren diam.

Keesokkannya, pokok mawar bungaOren (baru kena dengan tajukkan) mulai layu dan mengering dan tak lama selepas itu mati.

Sekali bungaOren diam dan tertunduk membisu. Apa salah pokok mawar itu?





Nota:
1. Apa yang berlaku itu semua kebetulan
2. Dan ajal pokok itu atau mungkin ada serangan kulat.
3. Jangan nak percaya benda2 kurafat ini.
4. Pokok-pokok ini ada roh mereka sendiri.
5. Pokok-pokok ini akan mendoakan kebaikan kepada kita. InsyaAllah
6. Semoga kita dirahmati Allah sentiasa dunia dan akhirat.
7. Amin

Tuesday, May 24, 2011

Pokok Peria Katak

Dari kecil sampai sekarang bungaOren memang suka bercucuk tanam. Masa menetap sementara di banglow mewah 4 tingkat pun bungaOren masih meneruskan hobi itu.

Entah mengapa walaupun menetap banglow 4 tingkat yang kekurangan tanah dan ruang, pokok peria katak menjadi pilihan. Mungkin kerana keinginan untuk memanipulasikan struktur rupabentuk pokok peria dalam bidang penangkapan gambar. Sebab dalam 2-3 kali bungaOren menanam pokok itu, hanya sekali sahaja berjaya mendapatkan hasil tuaian sebiji buah peria katak.


Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.

Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.


Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peria_katak






Nota:
1. Menurut kajian setiap seorang perlu menanam / menjaga 20 pokok bagi memastikan udara dibumi kekal segar.
2. Rajin-rajinlah bercucuk tanam
3. Selamatkan bumi kita

Monday, May 23, 2011

Menu: Teh Ais

Pagi2 sampai pejabat, terpandang sebuah buku berkenaan kamera Lomo. Buku itu bertajuk 'The Wonderful World of Lomo'. Buku itu kepunyaan orang yang dok sebelah meja saya (mungkin). Orang itu tiada kerana menghadiri kursus.

Sambil belek2 buku itu, bungaOren berfikir sendirian, tentang kelebihan yang ada pada kamera lomo itu. Kesimpulannya, 'ukur baju dibadan sendiri'. Tak perlu nak beli semua benda yang orang disekeliling kita beli.
(-_-)y

Namun, kita perlu cari alternative lain supaya kita tidak ketinggalan keretapi yang sentiasa tidak mahu menunggu kita yang sering kali terlambat kerana halangan-halangan yang tidak diingini.

BungaOren Google on 'photoshop lomo effect tutorial'. BungaOren dapat jumpa satu (banyak actually) tutorial yang menerangkan kaedah untuk menukar gambar biasa kepada gambar Lomo, hasilnya mungkin tidak sama. Tetapi lebih baik daripada tiada, betul kan??

Ini adalah gambar asal yang belum dikemaskini menjadi Lomo.


Setelah dikemaskini, maka terhasillah sebuah gambar lomo


Nota:
1. Bersyukur dengan apa yang kita ada.
2. Membazir itu amalan syaitan.
3. Berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut kehendak.

Wednesday, May 18, 2011

Saya pembonceng motosikal

Hari ini BungaOren tiada kenderaan untuk ke pejabat (kerana beberapa sebab yang malas nak diceritakan disini.). Maka hari ini, bungaOren menjadi pembonceng motosikal. Seronok dan takut dan sakit badan.

Seronok sebab dapat sampai ke pejabat lebih awal, tak perlu nak meredah kesesakan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan seperti selalu.

Takut sebab terpaksa menharungi ciluk-ciluk jalan raya. Ngeri sungguh bila terpaksa melalui celah-celah kereta yang sedang bergerak.

Sakit sebab perjalanan lebih kurang 30 minit di atas motor. Motor tiada tempat bersandar macam kereta.




Nota:
1. Pandu cermat jiwa selamat
2. Berhati hati dijalan raya
3. Sila baca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan anda.

Surah Az Zukruf 43:13-14

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

Saturday, May 14, 2011

Yellow Chrysanthemum

Tertarik dengan entry Yellow daripada Ashiena. BungaOren nak tambah sekeping gambar yang berwarna kuning.


Thursday, May 12, 2011

Tetamu membawa rahmat

Setiap hari pasti ada burung-burung kecil ini datang menziarah rumah bungaOren. Ada rezeki mereka di sekitar  rumah bungaOren mungkin. BungaOren selalu biarkan mereka berterbangan. InsyaAllah mereka membawa rezeki.



Sambil2 itu bungaOren google kelebihan kehadiran tetamu ke rumah kita.

Petik kelebihan menyambut tetamu berdasarkan hadis dari link ini :


Rasulullah SAW bersabda :

1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." [HR. Bukhari Muslim]

2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]

3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]

5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]

6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." [HR. Hakim dan Tarmizi]


Nota:
1. Pembaca blog ini, sila jangan  jemput datang rumah saya
2. Pembaca entry ini, sila jangan jemput datang rumah saya
3. Kalu anda berani, anda datang la rumah saya!
4. Beritahu saya awal2 sebelum datang!
5. Saya nak menyembunyikan diri nak jerang air (kemas rumah)
6. (-_-)y hehehehe
7. Apa2pun.. ada sapa-sapa nak jemput saya jadi tetamu anda?

Tuesday, May 10, 2011

Kaedah: Gaya bekerja

Zaman sekarang, zaman IT dan teknologi. Ramai yang bekerja dihadapan komputer. Saya maksudkan ramai bukan semua. Gaya bekerja juga sudah semakin berkembang. Ramai yang sudah pandai bergaya dan kelihatan bergaya dengan kerjaya masing2. Ramai juga yang bijak menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam kerjaya mereka. Walaupun hakikatnya mereka adalah mereka. Wink*

Pada zaman dahulu,

kawan1: bungaOren, bungaOren takder kerja kan?
bungaOren: uik?

kawan1: kalau tiada kerja boleh tak tolong saya.. bla.. bla.. bla..
bungaOren: uik? Adakah saya kelihatan seperti tiada kerja yang sedang dilakukan?

selang sedekad..

kawan2: bungaOren, dalam ramai2 ni.. bungaOren yang paling takder kerja kan..
bungaOren: uik? (kepala tengah pening fikirkan ayat nak buat minit mesyuarat)

kawan2: yer la.. orang lain semua tengah siapkan projek masing2. Projek bungaOren dah siapkan.
bungaOren: Projek tu memang dah siap, tapi saya masih ada beberapa projek @ kerja yang telah diletakkan dibahu saya dengan sengaja oleh bos awak. (kerana hakikatnya bungaOren ada beberapa kerja yang perlu disiapkan dengan segera..)

selang 3 dekad selepas itu.. bungaOren kena hadiri satu mesyuarat yang diluar kemampuan dan kepakaran bungaOren

bungaOren: kawan3? nak kena bawak notebook ke pergi mesyuarat ini? Kita tak terlibat apa2 kan.
kawan3: bawa la notebook bungaOren, kita akan kelihatan bijak dan sibuk dengan kehadiran notebook di depan kita.

bungaOren: Kisahnya.. Bijak sungguh anda!
kawan3: wink*



Nota:
1. Untuk kelihatan bijak dan banyak kerja, kita kena bijak.
2. Bijak tidak semestinya mendapat A++ didalam peperiksaan
3. Kebijakan boleh ditingkatkan selari dengan pengalaman.
4. Berada dengan orang-orang yang bijak kita akan @ boleh terkena tempias kebijakkannya
5. Bijakkan saya?

Monday, May 09, 2011

Mode: Feeling Lovely

It doesn't matter how long we may have been stuck in a sense of our limitations. If we go into a darkened room and turn on the light, it doesn't matter if the room has been dark for a day, a week, or ten thousand years -- we turn on the light and it is illuminated. Once we control our capacity for love and happiness, the light has been turned on.
- Sharon Salzberg



Nota:
1. Selamat hari ibu.
2. Saya sayang emak saya.
3. Semoga emak saya dirahmati Allah sentiasa di dunia dan di akhirat.

Friday, May 06, 2011

Dugaan: Kenapa aku diuji?

Pada zaman dahulu, bungaOren ada terbaca status facebook seorang kawan.

Don't compare your life to that of others. You have no idea what their journey is all about..

Selang beberapa dekad, dengan tidak diduga, bungaOren telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang kawan. Kawan yang bungaOren dah lama kenal dan mungkin anda juga kenal.

kawan: Hello, bungaOren?
bungaOren: Yer! Hello, kawan??

kawan: Maaf, awak saja kawan yang saya kenal masa ini.
bungaOren: hmm..

kawan: Jika awak berada berhampiran orang ramai, harap dapat jauhkan diri..
bungaOren: baik..

kawan: Saya ada rahsia nak diluahkan.. Saya harap saya dapat percaya awak..
bungaOren: baik..

kawan: kisahnya begini bunga.. bla.. bla.. bla..
bungaOren: Serius? Jangan main2 wei.. nak nangis saya dengar nih!

kawan: betul bunga.. bla.. bla.. bla.. sob.. sob.. sob..
bungaOren: Saya sangat simpati. huhuhu.. Itu yang dapat saya tolong. Don't do something stupid ok! Ingat kita masih ada Allah tuhan yang kita boleh bergantung harap.

kawan: sob.. sob.. sob..
bungaOren: Call me if you need my ears and shoulder! We should meet and eat aiscream or something sweet!

Kami berjumpa tidak lama selepas itu.

Sungguh berat dugaan yang kawan bungaOren hadapi. BungaOren sendiri, masih tak percaya dia diduga dengan dugaan seberat itu.

 - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - -
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

"... ....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

 - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - - - - - - - -  - - -






Nota:
1. Setiap daripada kita akan diduga dan diuji.
2. Dugaan yang kita terima berbeza2
3. Hadapi dugaan dengan senyuman dan kesabaran.
4. Pasti ada hikmah disebalik musibah
5. BungaOren sendiri sentiasa dihuji
6. Alhamdullillah
7. Allah Maha Besar!
8. Allah bersama dengan orang yang bersabar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...