Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak, kerana di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.

Friday, January 27, 2012

Langkawi dan rombongan cik Kiah

Asyik dok publish gambar-gambar pemandangan dan ikan yang bungaOren perasan bungaOren ambil gambar tu  cantik je kan, bohsan juga, meh sini nak paparkan gambar2 rombongan cik Kiah yang menyertai lawatan tersebut.








Nota:
1. Thank dear cabinian for the cake oren masa rombongan kita di Langkawi dulu.

Thursday, January 26, 2012

Langkawi acara bebas

Sehari sebelum hari terakhir di Langkawi, kami dibenarkan membuat acara sendiri, rombongan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Ada yang terus ke Pekan Kuah mencari barang-barang bebas cukai dan coklat.

Ada yang mencari sawah padi mini (semua musim padi ada pamerkan) - pada yang tak pernah tengok pokok padi adalah digalakkan pergi ke sawah padi ini.

Kami tak sempat ke Makan Mahsuri, tapi kami sempat ke kawasan membuat ubat gamat. Mesti cuba celup jari dalam kawah minyak gamat. Jangan risau, tak panas, walaupun minyak gamat itu sedang menggelegak.





Tuesday, January 24, 2012

Langkawi Underwater World

(samb.. Langkawi Kereta Kabel)
Selepas kami penat bermandi manda di Pantai Beras Basah (kecuali bungaOren) dan makan tengahhari, kami kembali ke hotel Langkasuka dan berehat dan bersolat. Seperti yang dijadualkan, disebelah petang kami ke Langkawi Underwater World. Kualiti gambar kurang menarik, sebab semasa lawatan ke Langkawi Underwater World ini bungaOren masih kekurangan kepandaian mengambil gambar di tempat yang kekurangan cahaya. (-_-)y

 Ikan kecil bermata merah.

 Tapak sulaiman berwarna hijau.

 Ikan berwarna biru berekor kuning

Anggun dan megah ikan Lionfish merangkap ikan singa ini berenang, tak percaya cer google. (-_-)y

Antara Aquarium yang cantik - teringat pemandangan sedemikian ketika snorkling di Pulau Perhentian 
(batu karang di Pulau Perhentian lebih cantik)

 Cintaku si tapak sulaiman 

Rasanya ini sejenis batu karang laut, version lembut beralun, ke rumpai laut ek?


Nota:
1. Lama saya tak jalan-jalan jauh-jauh
2. Ketiadaan budget untuk jalan-jalan jauh-jauh tahun lepas adalah punca perkara ini terjadi
3. Mungkin juga sebab tahun lepas saya simpan sedikit duit untuk tahun ini
4. InsyaAllah, tahun ini saya akan berjalan jauh sedikit daripada selalu
5. Semoga perjalanan jauh kami tahun ini mendapat barakah.
6. Amin.

Monday, January 23, 2012

Langkawi terjah hotel

Semasa lawatan kami ke Langkawi, kami (dibaca mereka ajak bungaOrentelah memberanikan diri melawat ke beberapa hotel cantik-cantik seperti Four Season Hotel dan Hotel Tanjung Rhu. Paling suka hiasan-hiasan ringkas tapi cantik yang digunakan menghiasi kebanyakan kawasan Four Season Hotel. Duduk tepi koridor hotel pun dah terasa cantik. Hiasan dalam bilik hotel macam mana lah pulakkan.

Mereka menjadikan lampu-lampu sebagai hiasan dinding! Cantik ok!

Susunan lampu pada salah satu dinding di Hotel Four Season menjadi tarikan utama mata bungaOren di hotel ini.

Susunan lampu menjadi kegemaran bungaOren ketika menterjah Hotel Four Season, Langkawi.

Pokok kurma yang sepokok. Pokok kurma ke pun? Hotel Four Season

Pintu ke tingkap? Tapi cantik, walaupun di view diganggu dengan tangga construction, Hotel Four Season.

Pokok kurma itu lagi, Hotel Four Season.

Pondok rehat di tengah kolam buatan, Hotel Four Season. Lepak minum jus oren petang-petang best ni.


Ada khemah tepi pantai, Hotel Tanjung Rhu, kredit to Aifa- gambar ini bukan bungaOren yang tangkap


Thursday, January 19, 2012

Langkawi kereta kabel







Wednesday, January 18, 2012

Luar tingkap kapal terbang

Pemandangan daripada atas kapal terbang selalunya cantik, boleh tengok awan dekat-dekat boleh jenguk bumi dari jauh. Hilang rasa gayat bila tengok pemandangan cantik ciptaan Allah. (-_-)y

Pemandangan daripada atas kapal terbang sekitar Pulau Langkawi 

Ramai orang suka ambil gambar awan yang berkepul-kepul memutih di angkasa.

Nota:
1. Mata kuyu
2. Tidur lewat semalam, sibuk edit gambar-gambar melancong zaman dulu
3. Sungguh tak boleh stop bila dah start sorting-sorting gambar
4. Rajin juga bungaOren melancong @ jalan-jalan dulu
5. Tiba-tiba rajin nak buat entry kisah bungaOren jalan-jalan
6. Semoga saya dan anda semua diberikan kesabaran yang tinggi.
7. (-_-)y wordless wednesday tak macamam wordless..

Tuesday, January 17, 2012

Rombongan ke Langkawi

Teringat semasa dahulu, rombongan pekerja pejabat ke Langkawi. Perjalanan bermula dengan menaiki kapal terbang ke Langkawi daripada KLIA ke Lapangan Terbang Langkawi. Kami menginap di Hotel Langkasuka selama percutian selama 4 hari 3 malam di sana. Banyak tempat menarik yang dikunjungi dan diterjahi seperti Langkawi Cable Car, Marina Bay, Pantai Chenang, Langkawi Underwater World, Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah, Eagle Feeding dan tempat wajib pergi iaitu Dataran Lang. (Sungguh skema ayat2 itu)

Perlukah mengambil gambar signboard Langkawi Pulau Bebas cukai apabila tiba di Lapangan Terbang Langkawi? 

Subhanallah! Pemandangan matahari terbenam di Dataran Lang.  

Monumen burung helang yang dibina sebagai mercu tanda di Dataran Lang

Nota:
1. Kawan-kawan datang dan pegi
2. Harap masa saya juga akan tiba
3. Maka keluarkan gambar-gambar daripada cakera keras bergerak.
4. Gambar-gambar sebagai kenang-kenangan yang mengembirakan
5. Harap persahabatan kekal selamanya
6. Ada orang sebelah saya kata Langkawi dah canggih sekarang ni..
7. Yer la.. nanti saya pegi la semula lawat Langkawi..

Monday, January 16, 2012

Poskad dari Paris

Hujung tahun lepas, ada sahabat bungaOren yang telah menjejakkan kakinya ke Kota Paris. Minggu lepas, bungaOren telah ke rumahnya untuk bersembang dan bertukar-tukar cerita. Menarik juga pengembaraan terjah mereka ketika di Paris. Banyak gambar-gambar menarik yang menyebabkan bungaOren terpaksa pulang lewat ke rumah sebab nak tengok gambar-gambar tersebut (Kaki tengok gambar sebenarnya bungaOren ni). Empat jam berlalu pantas, tetapi  kami masih belum habis melihat gambar-gambar yang mereka rakam semasa melancong di Kota Paris itu. Harap ada lagi session sedemikian dianjurkan di rumah beliau.

Sebelum balik, bungaOren dan seorang lagi sahabat dihadiahkan beberapa cenderamata fridge magnet, keychain dan juga poskad. Memang selalu bungaOren akan request poskad daripada kawan-kawan yang berjalan-jalan luar kawasan.

Poskad 4 musim di kota paris berlatarkan Eiffel Tower - Antara poskad yang menjadi rebutan!

Sahabat ini memang terpikirkan akan bungaOren semasa membeli kad ini, kebetulan pula bungaOren pun memilih poskad ini untuk simpanan semasa sesi pilih hadiah! Dia boleh baca fikiran bungaOren ke? Dush!

Nota:
1. Bila baca semula karangan diatas, - saya rasa saya sangat skema!
2. Cintai bahasa kebangsaan kita!

Thursday, January 12, 2012

Muka belagak


Bukan saya tak mahu buat kerja terengkas kelmarin, tapi aura spiderman lebih kuat daripada kerja-kerja terengkas yang tidak sedikitpun ringkas.

Bukan saya menghasut diri saya untuk memposingkan si spiderman, tapi ada seorang kakak yang duduk disebelah kiri saya kelmarin memaksa saya menjadi jurugambar kepada spiderman itu.

Bukan salah saya kerana terima hasutan kakak sebelah kiri itu. Kakak itu yang salah sebab memang bertujuan asal dia membawa mainan spiderman anaknya itu untuk menyuruh saya menangkap gambar spiderman bermuka angkuh itu.

Bukan salah saya menangkap gambar spiderman bermuka angkuh dengan menggunakan iphone4 kepunyaan kakak disebelah kiri saya kelmarin. Kakak tu yang paksa saya.

Bukan salah saya jika spiderman itu bermuka angkuh. Memang semasa kakak sebelah kiri saya beli patung spiderman itu di Tesco, spiderman itu memang sudah bermuka angkuh!

Nota:
1. Mana ada orang yang nak mengaku salah?
2. Kalau ada pun orang sanggup mengaku kesalahannya - jumlahnya sangatlah minoriti.
3. Sangat respek pada orang yang sanggup mengaku akan kesalahan mereka.
4. Saya masih cuba menjadi orang seperti itu.
5. Kita akan berasa lega - tidak terbeban dek perasaan bersalah
6. InsyaAllah tenang tidur dimalam hari.
7. Tapi kalau bukan salah kita kenapa kita perlu mengaku kan?

Wednesday, January 11, 2012

Spiderman datang pejabat



Nota:
1. Last week spiderman datang pejabat
2. Penat amik gambar spiderman
3. Hensem ke spiderman itu?

Tuesday, January 10, 2012

Kandang kuda

Last-last-last month ago (dibaca sebagai pada masa dahulu), bungaOren meneman kawan menguruskan urusan pengajian beliau. Kemudian kawan bungaOren mengajak bungaOren terjah kandang kuda. Dia kata pemandangan kat situ cantik. Dia rasa bungaOren tentu suka ambil gambar kat situ. 

Alkisahnya, kawan bungaOren yang sorang ni selalu pergi situ bersama famili dia. Cuma ada beberapa kawasan yang dia nampak dari jauh dan teringin nak terjah.Tapi dia tak boleh nak terjah bersama famili dia. Maka dia ajak bungaOren subahat untuk terjah bersama dia. ngehngehngeh.. Maka bungaOren pun setuju.  

Dan pada hari itu kami berdua pun menerjah ke kandang kuda yang mempunyai pemandangan yang sungguh cantik itu.

 Tilt-shift kuda - 'Kuda atanya korang dapat permission tak? Snap gambar kami nih?

Gambar asal kuda - Kami cakap dalam hati - 'Kena minta kebenaran ke?' 

Tilt-shift kuda yang sedang melihat kami - Kuda-kuda itu memandang kami dengan kehairanan. 

Gambar asal kuda yang melihat kami itu 

Tilt-shift kuda terpisah dek pagar - rupanya kuda-kuda ini dipisahkan dengan pagar - mungkin bagi mengelakkan sumbang mahram. 

Gambar asal kuda-kuda yang dipisahkan dengan pagar

Nota:
1. Masih kemaruk meng' tilt-shift 'kan gambar-gambar pemandangan
2. Baru beberapa folder gambar yang bungaOren terjah
3. Harap pemerhati dan pembaca dan kawan-kawan semua bersabar dan bergembira.
4. Agak-agak korang tau ke kat mana kandang kuda nih?
5. Rasanya ramai yang tau kan! hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...